Wednesday, November 5, 2014

Majlis Penghargaan Bakat Kanak-kanak Terbesar Di Malaysia Pada 7 Pertandingan Akhir DUGROSTAR™ Di Seluruh Negara

Dugrostar™, wadah seni persembahan pertama yang dianjurkan oleh Dugro®, mengadakan siri persembahan peringkat akhir yang mempamerkan bakat luar biasa kanak-kanak dari seluruh Malaysia. Disertai seramai 6,381 kanak-kanak tampil menunjukkan potensi dan kreativiti mereka dalam nyanyian, tarian dan bermain alat muzik sejak kempen Dugrostar™ dilancarkan pada bulan Ogos.

Dicipta untuk mendorong kanak-kanak mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya, Dugrostar™ merupakan pengiktirafan terbesar Malaysia kepada bakat kanak-kanak. Ia berakhir dengan tujuh pertandingan akhir yang diadakan di tujuh negeri dengan hadiah wang tunai melebihi RM175,000 yang diberikan kepada seramai 280 kanak-kanak di seluruh negara.Wah memang lumayan bukan?

Please cikedaut, acara dan tarikh persembahan :)
So, minggu ini masih terdapat beberapa lokasi yang akan membawa secara langsung persembahan dari si cilik yang berbakat..Jangan lupa terjah uolls!


Pertandingan Akhir di Sunway Lagoon

Kebetulan saya ada mendapat jemputan bersama anak-anak untuk bersama-sama menyaksikan persembahan akhir di Sunway Lagoon pada 1 November 2014, hari Sabtu yang lepas. Dengan pelbagai gaya dan aksi yang menarik dipersembahkan oleh kanak-kanak yang berbakat.


Panel juri Dugrostar™ terdiri daripada Cik Nur Diyana Hashim (Radio DJ dan Instructor di BluBricks), Cil Elza (Aktor, Penerbit dan Instruktor Speech/Drama di Blubricks) dan Cik Ruth Liew, Pengarah Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia dan Pakar Perkembangan Kanak-kanak.  

 Pelbagai jenis persembahan dapat disaksikan. Masing-masing menunjukkan bakat terpendam. Sekiranya saya menjadi juri di hari kejadian memang agak sukar untuk saya membuat keputusan. Tapi apa yang saya dapat rasakan, impak positif dari penganjuran pertandingan seperti ini, bukan sahaja dapat membantu menyerlah bakat kanak-kanak dalam bidang seni yang mereka gemari seperti, menyanyi, menari dan bermain alat muzik. Bahkan kanak-kanak ini boleh dianggap sebagai PEMENANG kerana berjaya membuktikan mereka berani berkongsi bakat mereka di hadapan khalayak ramai...BRAVO!! 

 Persembahan selingan :)

Aktiviti Menarik Disediakan

Finale Dugrostar™ juga menonjolkan persembahan menarik daripada kanak-kanak dan promosi serta aktiviti di atas pentas dan gerai untuk disertai keluarga yang berkunjung, misalnya Dugrostar™ Step, Dugrostar™ Beat, Dugrostar™ Style dan aktiviti mengambil gambar keluarga. Pada masa yang sama, bagi mereka yang tidak sempat mendaftar, mereka masih boleh membuat persembahan di gerai video Studio Dugrostar™ dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang lain!
 

Setelah melihat beberapa persembahan  dari semua peserta, semasa menunggu keputusan akhir diumumkan saya sempat melayan anak-anak saya membuat beberapa aktiviti di sini.
Antaranya...
Mencuba cabaran, menari mengikut rentak muzik dan arahan yang terdapat di skrin


Dugrostar Beat! Cabaran bermain alat muzik mengikut tempo!

 Ada tempat untuk anak-anak kecil bermain bola sakan di sini...

Bergaya sakan seperti "seorang BINTANG!"



Dan boleh dipotretkan :)

Dugrostar Studio..Kanak-kanak boleh merakamkan aksi mereka menari dan menyanyi di sini!

Anak saya paling suka berada di sini...
Dugrostyle booth..
Sebabkan..
Boleh solek-solek muka, hehehehe
 
Jadilah seperti muka Minnie Mouse...
Kiut tak anak ai :p
  
Ada pertandingan mewarna juga..


Antara aktiviti yang digemari oleh kanak-kanak seusia Amani...

Promosi dan Jualan

Sempena dengan roadshow DUGROSTAR, Dugro juga membuat beberapa promosi melalui jualan susu yang sangat berbaloi!

Ada juga susu Dugro dijual dalam pembungkusan baru...


Beli dan tebus hadiah disini..


Paling besh...hadiah beg ini...
Hadiah ini adalah esklusif bagi mereka yang membeli susu satu karton!

Pengumuman Pemenang!

Masa yang ditunggu oleh semua peserta..
Jeng-jeng...
Pengumuman pemenang!!!!
Dan ini adalah gambar pemenang utama bersama VIP dan pengadil!


Kenalkan pemenang untuk kategori 3-6 tahun..
Syabas adik adik........
  • Tempat ketiga : Cindy Lim, 5 tahun bermain piano
  • Tempat kedua : VINCY KONG YUN SIM, 5 tahun menyanyi (berhias dengan memakai pakaian ala2 1 Malaysia :)  )
  • Tempat pertama : Ashley Yong Hui Jing, 4 tahun, menari
Semua peserta pertandingan..............
Bergambar bersama..

 
My Afiq sedang menikmati susu Dugro!
  
Dugro® adalah jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar. Inovasi terbarunya, Dugro® dengan 5 Nutri, membantu menyokong tumbesaran pelbagai dimensi keseluruhan pada kanak-kanak yang termasuk lima aspek tumbesaran utama, iaitu minda, tulang, imuniti, penghadaman dan kecergasan.

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.


Jom BerDUGRO!!

1 comment:

setya said...

Acara yang sangat bagus sekali, memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk menunjukan bakat dan kemampuan mereka sehingga bisa lebih terarah.