Tuesday, November 18, 2014

Review Hotel Legoland: Adventure Room dan Bricks Cafe

Jika dulu LEGOLAND hanyalah sebuah taman tema semata tapi sekarang ni LEGOLAND sudah menjadi sebuah resort yang mesra kanak-kanak.
 
Dengan pembinaan Hotel LEGOLAND, sekaligus menjadikan tempat ini menjadi sebuah resort percutian idaman kanak-kanak ~ bermain bersuka-ria + menikmati tempat tidur yang selesa :)

Serius uollls...
Bukan sahaja fasiliti yang mesra kanak-kanak bahkan cara pembinaannya yang berinspirasikan LEGO yang berwarna-warni mencetus kelainan, dan ianya sangat menarik!

Jom, saya kongsikan dengan uolls beberapa gambaran yang menarik di Hotel Legoland.
Di lobi Hotel, disediakan banyak sudut yang mempunyai lego untuk kanak-kanak bermain. Keseronokan bermain di sini bukan sahaja kanak-kanak bahkan ibu-bapa turut menyertai bermain sama. Sememangnya bersantai di lobi berjam juga tidak menjadi masalah, apatah lagi dapat melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga.
Kemunculan maskot LEGO menggamatkan suasana...

Kamar Tidur : Tema Adventure

Di sini terdapat pelbagai jenis konsep tema untuk kamar tidur.
Saya dan famili berpeluang merasai untuk tidur satu malam di bilik yang bertemakan "Adventure"- family room.
Bilik saya tingkat 6 ~ 601!
Apa yang menarik tentang bilik ini...
Keluasan dan susun atur yang cukup sesuai untuk keluarga besar saya.
Disediakan satu katil bersaiz "King" yang sangat empuk.
Dengan perhiasan menggambarkan suasana "Adventure" di dunia Legoland.
See, muka My Ameer yang memang syiok berbaring... Heheheh
Di satu ruang yang lain terdapat katil bertingkat untuk kanak-kanak. Ada 3 katil di sini uolls...
Dengan ketinggian katil yang sederhana, ternyata tidak merbahaya. Apatah lagi bilik ini ditutupi sepenuhnya dengan permaidani yang tebal.
Berhadapan dengan katil anak, terdapat juga sebuah lagi TV. Jadi anak-anak yang tidur sini dapat menonton dengan selesa tanpa menganggu ibu-bapa yang berada di ruang katil utama.
Saya paling suka dengan perhiasan lego di sini. Pelbagai karektor alam "adventure" yang comel2. Di bawah lego MONKEY ni terdapat peti harta karun, hiks. So, setiap pengunjung berpeluang memenangi cenderahati dengan menyelesaikan masalah yang diberikan. Dapat key chain, fridge magnet dan buku nota!
Almari yang sangat simple dengan perletakan segala keperluan untuk pengunjung yang mendiami bilik ini...
Bilik air yang nampak kemewahannya melalui cara susunan...
Saya paling suka sebab ada disediakan getah paip, hahaha (ada kebanyakan hotel tiada getah paip, huhu).
Disebabkan ianya "mesra kanak-kanak", disediakan juga sinki khas mengikut ketinggian kanak-kanak.
Packaging sabun, berus gigi dan macam-macam lagi...
Sabunnya berbentuk lego brick. Cute dan menarik, bukan ???
Air minuman dan cookies yang disediakan dari pihak hotel...
Erkk cawan, sudu dan kettle tu boleh pinjam guna sahaja ya :p
Juga disediakan satu set LEGO di sini, membolehkan kanak-kanak bersuka-ria main bersama... Memang sangat santai uolls :)
Dapat tidur satu malam, kemudian dapat pula merasai bersarapan di sini...

Bricks Cafe di Legoland Hotel

Seawal 7 pagi pintu Cafe ini telah dibuka kepada pengunjung Hotel Legoland.
Sekali lagi saya teruja bila berada di sini..
Sebabnya...
Susun atur meja yang selesa dan sesuai untuk satu famili...
Serta perhiasan dalaman cantik2 adalah dari rekaan lego...

Dan variasi makanan untuk sarapan pun boleh tahan banyaknya.
Tinggal tak muat nak penuhkan semua dalam perut ajer...
Ada pelbagai jenis sup dan mee...
 
Hidangan tradisi masyarakat tempatan seperti nasi lemak dan roti canai pun ada. Terdapat juga hidangan sarapan ala kebaratan seperti spaghetti, roti dan lain-lain.
Dan bijirin juga ada...
Memang pelengkap nutrisi buat kanak-kanak.
Bubur pun ada pelbagai lauk uollls... Best kan!!!

Dan macam2 lagi...
(swimming pool, lif dier siap ada lampu disko kih kih, surau dll).
Oits takderlah saya nak snap semuanya...
Gegeh sangat tuuuu...
 
Ternyata Hotel Legoland sememangnya memberikan kemudahan penginapan terbaik, selesa, cukup sempurna buat seisi famili datang bercuti!

Keterangan lanjut boleh layari : www.LEGOLAND.my 

10 comments:

Mama Zharfan said...

Siyes besh!! Lom ada bajet nak tido sini ;)

Anonymous said...

ada masalah lif x akak? .. heheehe..
-arfah-

Merlyn Hasshim said...

beshnya... one of my wishlist... huhuhuhu

adarain said...

seronok betol tengok suasana hotel legoland kat sana.

Cik Puan Tqah said...

besttnyaa... xmampu lg nk g..huhuhu

Anis Premium Beautiful Agent said...

hotel ni best. x berpeluang lagi nak stay sini. tp legoland theme park tu best sbb sy construct theme park tu.. salam kenal n singgah

Zuraida Rahim said...

Bestnya.. nak juga pergi satu hari nanti

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

best tue kakkkkkkkkkkkkk

Sherry said...

special room, for kids and adult.. I pun like :D hehe.. hope future got chance go.

Wai Yee aka Rane said...

Bestnya!