Sunday, November 23, 2014

Seludup! Drama Bersiri Yang Sangat Dinantikan :)

Lambakan citer melayu di TV semakin meningkat setiap hari..
Namun dalam banyak-banyak citer melayu yang ditayangkan, siri SELUDUP antara drama yang sangat saya nantikan..

Antara sebabnya saya tidak sabar menantikan siaran drama ini di TV...ianya kerna ..kerna..saya tidak sabar untuk melihat Jehan Miskin yang sememangnya cukup tersohor sebagai seorang pelakon tapi kali ini bukan sahaja beliau berlakon bahkan diberi kepercayaan untuk mengarah drama tersebut. Selain Jehan gandingan Tiz Zaqyah, Pekin, Raja Ilya dan Nam Ron menjadikan drama bersiri 13 episod ini begitu dinantikan oleh peminat mereka.

Saya sendiri berpeluang melihat episod permulaan drama ini di pawagam. Ternyata seperti jangkaan saya, drama aksi dan cinta ini bukan sahaja mempunyai kekuatan jalan cerita bahkan, muzik skor begitu baik selari dengan teknik fotografi serta penyuntingan yang cantik dan kemas. Lontaran diolag juga bersahaja biarpun berat dalam penceritaan. Kesimpulannya ianya cerita masyarakat yang benar-benar diarahkan dan dilakonkan dengan hebat! 

Sedikit sinopsis drama SELUDUP :
Amran (Pekin) seorang nelayan dan usahawan yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di barat Malaysia. Amran mendapat tahu tentang sekumpulan penyeludup yang diketuai oleh Tam (Nam Ron) dengan dibantu olehg adik perempuannya Rina (Raja Ilya). Kumpulan penyeludup ini mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok dan manusia ke dalam negara. Tekad untuk membanteras kegiatan penyeludupan ini, Amran terpaksa berhadapan segala ancaman dan bahaya yang bukan sahaja mengancam dirinya, keluargan bahkan Yasmin (teman wanitanya) turut terkesan. Bagi Amran beliau sanggup menghadapi apa sahaja demi menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.

Di majlis previu drama SELUDUP turut dihadiri hampir semua mereka yang terlibat dengan penerbitan drama ini...

Kenalkan Yasmin, hehehe (yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah)

Yasmin punyai kekasih hati yang bernama Amran (lakonan Pekin)

Mereka berdua inilah watak utama dalam siri SELUDUP :)

Bergambar ramai barisan pelakon SELUDUP dari kiri Raja Ilya, Nam Ron, Tiz Zaqyah, Jehan Miskin (pengarah dan pelakon), Pekin dan Syafie Naswip :)

So uolls, mark your calendar ya..
Bermula 4 Disember 2014, setiap hari Khamis jam 9.30 malam di Astro Prima. Kalau uolls terlepas waktu tontonan hari Khamis, uolls boleh juga tonton pada hari Sabtu 6.00 petang di Maya HD.

Jangan lupa ya..
karya tempatan drama SELUDUP sarat dengan mesej kemanusiaan, penuh aksi dan percintaan, sesuai ditonton seisi keluarga dan boleh ambil iktibar buat pedoman..

Ececeece :p

Ikuti status terkini drama SELUDUP di..

#seludup

No comments: