Wednesday, November 19, 2014

Sesuatu Yang Menarik Di Legoland, Persembahan Sketsa: When Santa Got Stuck Up The Chimney"

 Sesuai dengan kehadiran Hari Krimas tidak lama lagi (bulan Disember ni kannn), Legoland menjadikan cuti perayaan ini lebih warna-warni dengan hiburan sketsa yang akan dipentaskan di City Stage Bandar LEGO.

Keterujaan ini dikongsi oleh Mr Mark Germyn Pengurus Besar Legoland Malaysia, yang mana mahukan kelainan da keunikkan di dalam LEGOLAND sekaligus menjadikan ianya salah satu taman tema yang cukup menyeronokkan bagi seisi famili datang berlibur.

 Acara pembukaan di mulakan dengan persembahan nyanyian kumpulan ini, yang menyanyikan beberapa lagu klasik sempena kehadiran Hari Krismas.

Sketsa ini mengisahkan seorang anak, Ginger namanya yang tidak begitu teruja dengan kehadiran Hari Krimas. Si Ibu Mrs Ginger Bread sedaya upaya menyakinkan anaknya tentang betapa seronoknya kehadiran tahun baru yang perlu diraikan.

 
Pelbagai konflik dan perkara lucu yang berlaku..contohnya seperti santa clause tersekat di cimni, kehadiran penari ballet dan maca-macam lagi.

Ianya musikal uollls...so memang sepanjang mereka berdialog turut disertakan nyanyian dan tarian. Dan pastinya kanak-kanak akan terhibur dengan persembahan..dan bersama-sama berinteraksi dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti yang disuruh pelakon pentas :)

Bila ai berada disini tiba2 teringat cerita Dora The Explorer..hehehe

Mrs Ginger Bread: Can u see santa??

Kanak-kanak : Yesssssss..there...there...

Memang gamat uollls....
 
Pelakon sketsa bergambar ramai...

Just nak inform uolls...

Bermula 1 Disember 2014, pada pukul 7 malam, setiap hari seorang pengunjung yang bertuah berpeluang untuk membuka "Tingkap Bertuah" dan berpeluang memenangi hadiah misteri. Hadiah adalah tajaan rakan penaja LEGOLAND seperti LEGO, Maybank, Celcom, Unilever, The Traders Hotel, Thistle Hotel, Pulai Spring Mall dan banyak lagi..

Best kannnnnnnnnnnnnnnnnnn

No comments: