Wednesday, December 24, 2014

Blog O'Rama LIBUR, Platform Terbaik Bagi Blogger Pelancongan dan Gaya Hidup

Seriusly, saya memang excited bila mendapat jemputan dari Majalah Libur sempena dengan pelancaran  Blog O'Rama LIBUR di Starbucks Kota Kemuning baru-baru ini.  Ini kerana saya memang membaca Majalah LIBUR, yang bagi saya banyak berkongsi cerita destinasi percutian samada di dalam negara mahupun luar negara secara santai dan bersahaja. Dan kali ini bersempena dengan tahun ke-12 penerbitannya, majalah percutian berbahasa Melayu pertama di Malaysia ini melangkah setapak ke hadapan dengan mengetengahkan pengisian majalah yang terbaru iyang dinamakan sebagai Blog 0’ Rama.


Untuk pengetahuan uolls Blog O' Rama merupakan kolum khas  untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam menyediakan informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta platfom penulisan blog yang berasaskan ' Pelancongan &Gaya Hidup’.




Hokeh! Yang paling menarik bermula Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih dua blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog 0' Rama pilihan Majalah LIBUR. Yaaarrrrr....boleh menglamerkan blog uolls semua hehehehehe.

Pengisian sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi rebiu blog-blog yang menarik, artikel percutian yang disumbangkan blogger dan temubual bersama blogger. Secara tidak langsung segala penulisan uolls dalam blog, memang ada nilainya bila dapat dipertengahkan dalam medium media percetakan :)

Objektif Blog O’Rama adalah sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara secara formal. Bukan sahaja mengetengahkan blogger-blogger ‘otai’ (ahem) dan juga bakat-bakat baru, mereka yang terpilih dalam Blog O’ Rama LIBUR juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR. Secara tidak langsung memberi pada uolls untuk merasai percutian yang ditaja.

Mereka yang terpilih juga berpeluang untuk berkongsi artikel-artikel yang menarik di dalam majalah LIBUR, menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR bersama blogger seperti bengkel fotografi dan penulisan. Ini adalah platform yang terbaik pada mereka yang benar-benar suka menulis, komited untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu, dan Blog O'Rama LIBUR adalah tempatnya.

Berbalik pada cerita saya di Majlis pelancaran, ahem...Serius sangat! Suka giler kot dapat berada di majlis ni. Selain daripada membawa  si kenit Ameer yang suka berjalan dan berposing, hehehe. Peluang dapat bertemu dengan ramai blogger ' Pelancongan &  Gaya Hidup’, unit redaksi majalah LIBUR adalah antara pengalaman yang manis sepanjang saya bergelar blogger. Di sini kami dapat bertukar fikiran, bercerita, berjimba-jimba sekaligus dapat memanjang silaturahim sesama mereka yang telah berada dalam bidang penulisan samada menerusi blog mahupun majalah.

Pengacara dihari kejadian, kenalkan Radin EraFM boleh follow @RADIN_ERA dari instagram. Pemenang  Penyampai TOP Malaysia yang kini telah bertugas di konti ERA dalam segmen Meletop 40 ERA (waktu malam), oits hakak promote ko dik, hehehe. Keletahnya yang cukup bersahaja mampu mencuit hati hadirin menggamatkan lagi suasana acara pada hari kejadian. 

Encik Meor selaku, editor Majalah LIBUR memberi ucapan ringkas pengenalan kepada Majalah LIBUR dan juga Blog O'Rama LIBUR.

Ucapan pembukaan dari Mr Jocko orang kuat Bloogers.COM, yang banyak berkongsi tips tentang penulisan mengenai percutian dari blog beliau.


Majlis ini sangat santai uolls...
Sambil makan + minum, ada juga kuiz dan permainan yang dianjurkan oleh pihak yang menganjur.



Kudapan yang menjadi pilihan!
Ada yang punyai  kurang masin, ada yang berlada hitam...

Punyalah banyak rezeki makanan untuk kami mengisi dalam perut...
Sedap-sedap belaka...

Susun atur meja yang juga kemas dan santai :)


Yang paling besh! Setiap blogger yang datang diberi cenderamata dan juga sijil kehadiran. Wah! hahahahaha, kagum saya, pehh siap frame kooo!

Cer lihat foto pertama..

Dan foto 2..
Ok, punyalah sanggap si My Ameer mengangga mulot...
Comey jer....
Hik hik

Amy yang sangat gembira menerima cenderama dari team LIBUR..

Antara permainan yang diadakan....
Sebut perkataan senapas.....
Deq Nor menang!
Tapi semua yang menyertai dapat hadiah..
So saksama gitewww :=)


Add caption
Inilah pemenang paling bertuah...
Menang khemah yang berharga RM1500
Peh! Memang rejeki sungguh :)

Tahniah dik non..



Bergambar reramai sebelum balik..


Goodies uollls...yayayaya!!!!

Apapun, terima kasih atas jemputan ya...
Majlis santai yang besh antara pernah saya hadiri...
Berpeluang ke majlis seperti ini membuka mata saya tentang dunia penulisan alam maya terutama pelancongan dan gaya hidup lebih luas lagi. Dan syabas juga buat team redaksi  LIBUR dan Bloogers.COM atas kesungguhan uolls berkongsi tentang dunia melalui percutian dan menyediakan platform penulis blogger untuk menyerlah bakat mereka menerusi BLOG O’ RAMA.

Dan uolls jika ingin menjadi sebahagian daripada BLOG O’ RAMA pilihan LIBUR, hantarkan penyertaan dan pautan blog anda kepada ahmad.syahir@karangkraf.com

********************************************

Tentang Majalah LIBUR:
Majalah percutian terunggul di Malaysia ini menggunakan slogan “Mudah & Selesa” dan ia mula diterbitkan sejak tahun 2002. Perkataan ‘LIBUR’, bermaksud ‘Cuti’ berasal daripada bahasa Nusantara. Kemunculan LIBUR bukan saja sekadar memberi informasi percutian. Ia juga memaparkan trend-trend terkini dalam pelbagai aspek lain yang mempunyai perkaitan dengan pelancongan seperti sukan, gajet elektronik, pakaian, makanan, 
kesihatan dan pendidikan. Majalah LIBUR berjaya merangkul anugerah ‘Best Local Tourism Magazine’ dalam Majlis Anugerah Kementerian Pelancongan pada edisi 2010/2011. 


Instagram: http://instagram.com/majalahlibur 


 #BlogORamaLibur #MajalahLibur

2 comments:

Sherry said...

wah mak and bb so syok! :D

kresna bayu tour said...

Sangat kompak, serasi sekali. Like