Sunday, December 14, 2014

DISNEY JUNIOR LANCARKAN LAMAN WEB INTERAKTIF BARU - ‘PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD’

Salam berhujung minggu uolls..

Nak habaq mai kat uolls semua bermula 9 Disember 2014 ada Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior yang bertujuan memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap - alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat. 

Sebagai ibubapa, kita pastinya mahu mendidik anak kita untuk sentiasa bersikap baik dan berfikiran positif setiap masa. So, apa kata uolls memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web - www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com 


Terdapat empat tema ya uolls iaitu Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya (wah besttt tu) menyempurnakan semua aktiviti dan belajar untuk berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan ibubapa mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.

Menarik bukan :=)


“Kami mengharap kekuatan cerita dan watak kami boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membayangkan dunia yang lebih baik dan membantu mereka memahami, melalui setiap langkah prihatin terhadap persekitaran dan komuniti, yang mereka berpotensi membuat perubahan positif terhadap dunia ini. Kempen “Power of Doing Good” di Disney Junior memperkasakan kanak-kanak dan keluarga mereka dengan maklumat dan peluang untuk bekerjasama dengan kawan-kawan, keluarga dan komuniti mereka untuk meninggalkan kesan positif kepada alam sekitar mereka. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kempen kami – WWF (World Wide Fund for Nature), SPCA Singapura dan Selangor, dan Majlis Alam Sekitar Singapura – di atas sokongan mereka,”
 kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Branded Media and Content, Walt Disney Company Asia Tenggara. 

"WWF gembira menyokong kempen “Power of Doing Good” Disney Junior. Kanak-kanak perlu belajar dari usia muda lagi untuk mengambil berat terhadap alam sekitar, haiwan dan masyarakat. Ini akan banyak membantu dalam memupuk generasi yang lebih bertanggungjawab dalam membentuk planet yang sihat,"
kata Elaine Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF Singapura. 

Watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan menjemput kanak-kanak dalam pengembaraan yang memperkasakan diri melalui kempen ‘Power of Doing Good’.

Melentur biarlah dari rebung...
Anak saya dah sertai anak uolls pulak??

Jom apa kata sempena cuti sekolah ini kita manfaatkan mereka dengan aktiviti yang mampu memberi impak yang baik dan positif  :=)

Jangan lupa daftar dan libatkan aktiviti di apps www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com 

No comments: