Monday, December 29, 2014

Istimewanya Hidangan di Pak John Steambot & Yong Tao Foo

 My Anaqi hari jadinya pada 24hb Disember. So, die request nak makan steamboat bersama keluarga. Saya pun gigihlah mencari restoran mana yang terbaik buat "birthday boy", merealisasikan impiannya menjamu selera yang ada hidangan steambot.

Finally..
 
Kami memilih Restoran Pak John Steambot & Yong Tao Foo. Untuk pengetahuan uolls, Restoran ini mempunyai 2 cawangan, iaitu di E-Curve dan juga di Wangsa Walk. Dan kami telah memilih untuk meraikan hari jadi My Anaqi di cawangan E-Curve kerana berhampiran dengan rumah :)

Untuk pengetahuan uools, restoran ini, dibuka bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam.
So, uolls boleh pilih samada nak datang sarapan, makan tengahari, minum petang, makam malam ataupun makan lewat malam di sini.Untuk hari hujung minggu terdapat LIVE BAND yang mula menghiburkan pelanggan bermula jam 6 petang sehingga lewat malam.

Kelainan di restoran ini bukan hanya menawarkan pelbagai jenis makanan bahkan konsep hidangan yang bervariasi di Pak John juga mengikut musim festival tertentu. Contohnya sempena hari Krismas terdapat pelbagai menu baru diperkenalkan dan ianya adalah untuk dalam tempoh tertentu sahaja ya. So, kalau tak cuba memang rugi uolls.

 Pelbagai jenis sup yang ditawarkan di sini. Boleh pilih ikut selera dan citarasa masing-masing :)

Jika tidak berminat untuk mengambil set buffet, boleh juga diorder set personal value. Bergantung pada keinginan dan kepuasan uolls menikmati hidangan pada hari tersebut.

Restoran ini mempunyai keluasan yang boleh menempatkan sehingga 300 pelanggan dalam satu-satu masa. Dengan kapasiti yang agak ramai, tidak hairanlah restoran ini juga sesuai untuk diadakan majlis keraian samada formal (korporat) atau tidak formal (gathering kawan-kawan dan keluarga).


Susun atur restoran juga kemas dan santai.


Wall of fame, hehehehe...Di satu sudut kelihatan gambar beberapa orang selebriti yang pernah datang berkunjung ke Pak John Steambot & Yong Tao Foo.


Selain daripada hidangan steamboat, pelanggan juga berpeluang merasai sendiri pelbagai menu lain di sini. Untuk hidangan ringkas yang sangat digemari kanak-kanak, di Restoran Pak John ada disediakan "kaya Ball" dan "waffle", uolls order dan boleh rasa sendiri hidangan ini panas-panas.


Ada juga teppanyaki, burger dan roti canai...

Untuk tepanyaki uolls boleh pilih samada hendak lauk ayam ataupun sotong...

Untuk hirisan daging segar uolls boleh request di sini :)


Peminat Dim Sim, ada pelbagai jenis Dim Sum yang ditawarkan ya!

Macam-macam ada.
Rasa nak cuba semua sekali, hehehe


Mee kering yang pelbagai boleh uolls pilih juga..
Bestkan..

Lagi menarik diRestoran Pak John Steambot & Yong Tao Foo, ada variasi makanan steamboat yang uolls boleh cuba.

Hidupan laut yang segar seperti salmon (untuk salmon ditawarkan mengikut musim tertentu ya) memang menarik hati peminat seafood.

Cuba uols tengok kepah ni! Nampak tempting kan :)

 Selain dari hidupan laut yang segar, di Restoran Pak John Steambot & Yong Tao Foo, ada pelbagai daging perap dengan pelbagai rasa. Tepuk dada tanyalah selera, yang mana uolls suka untuk mencuba.


Kepelbagaian fish ball, fish cake yang memikat jiwa..

Paling penting kualiti produk makanan yang ditawarkan sentiasa terjamin yang terbaik, memberi 1001 kepuasan.

Ada juga sayuran ya. Ini bagi mereka yang memang jaga pemakanan dengan mengambil makanan yang seimbang - sayur + protein
Tauhu kering pelbagai jenis juga ada uolls..

Staf di sini juga efisien melayan pelanggan. See, my Amani yang mendapat bantuan untuk mendapatkan makanan yang digemari dari staff Pak John :)

Pelbagai sos (home made) ada disediakan. Dari sos rasa klasik, kontempori dan juga fusion. Suami saya cukup suka dengan sos yang rasa masam2 buah nenas. Saya pula suka yang ada rasa kuat belacan. Uolls pula suka jenis macam mana, so bolehlah cuba ya :)

Terdapat juga pilihan hidangan buffet yang sudah dimasak..
Antaranya..


Saya sangat suka salad ni. Ranggup dan juicy.

Ada juga hidangan nasi ya, bersama sup krim dan sayuran.

Kepelbagaian menu seperti seafood bread memang memikat rasa. Dan bagi mereka yang mahukan nasi dimakan bersama seafood, jangan risau ya di Pak John Steambot & Yong Tao Foo ada menawarkannya.

Ayam goreng ni agak crunchy, bersama spaghetti bolognese yang pastinya digemari kanak-kanak.

Yang ni agak istimewa. Hidangan daging yang digoreng bersama sayur seperti brocolli dan bunga kobis.


Dan ini adalah hidangan pilihan saya untuk dinikmati dengan senang hati, hehehe

Menikmati hidangan di hari istimewa,
Bersama keluarga tercinta,
Kenangan terindah dan bermakna..
See, my happy family bersantai di sini menikmati makan tengahari.

Melihat bagaimana anak-anak yang masing mempunyai pilihan dan citarasa..
Memasak dengan penuh gaya :)

Teruja dengan melihat pilihan makanan yang mereka inginkan..
Daging dan ikan diatas grill..
Tao Foo dan mee di masak dalam lautan sup tom yam :)

Bagi anak perempuan yang paling kecil, si Amani. Beliau telah memilih sup ayam dimakan bersama ikan digrill serta me.

My Ameer macam biasa suka buat muka kagum melihat abang dan kakak bereksprimentasi dengan lauk pauk yang best2 dari Pak Joh.

Selamat dan mudah..

Enak dan berkualiti, itu jaminan hidangan dari Pak John semestinya!

Makan dan makan...

Bila dah makan perlu ada air untuk menghilangkan dahaga..
Dan juga dessert penutup untuk hidangan istimewa

 
Di sini uols boleh pilih nak minum air panas seperti Latte, Mocha, Teh Tarik ataupun air jus seperti oren, ais lemon tea, mango. Terdapat juga air suam, air panas kosnong dan air sejuk kosong disediakan.


Peminat jagung?
Ok, ada juga di sini ya..

Yessss, saya paling teruja melihat ais krim potong yang ditawarkan di sini..
Epik sangat ais krim ni..
Dan agak rare nak jumpa kat luar tau uolls!


Ais krim potong durian tetap pilihan nombor satu!

Ada buah-buahan potong segar sebagai pencuci mulut..

Agar-agar dan "banana chocolate"

Sedap uolls, serius tak tipu!
Ada rasa manis buah pisang bersama coklat dan juga rasa masam-masam creamy keju di dalamnya. Tambah enak ada taburan kacang melengkapkan lagi rasa pencuci mulut ini.

My Amani menikmatinya dengan penuh teruja sekali..

Saya dan staff  Pak John Steambot & Yong Tao Foo yang dedikasi...

Happy me with family members!
 
 
Besday boy My Anaqi bersama adik-beradik yang lain.

Just nak kongsi dengan uolls...
Pada pelanggan Pak John Steambot & Yong Tao Foo, berpeluang menyertai lucky draw yang akan dicabut setiap bulan. Bestkan.
Apa lagi uools...
Nak merasai keenakan hidangan steamboat dan yong tao foo yang berkualiti, segar dan terbaik, bolehlah singgah di  Restoran Pak John. Memang berbaloi dan puas hati.

Keterangan lanjut boleh layari :-

2 comments:

Nur Zayyani Liman said...

Salam ayu..mcm puas je klu mkn sini..bnyk choice..mesti sedap kan..

Mama Zharfan said...

nak try gak mkn kat sini nanti :) my hubby suka steamboat tu