Friday, December 12, 2014

JWEL Rangkaian Aiskrim Diraja Yang Terbaru Dari F&N Creameries Malaysia

Terbaru memperkenalkan JWEL, Empayar Aiskrim, yang dicipta oleh F&N Creameries. 

JWEL menawarkan pengalaman yang unik dengan memperkenalkan produk aiskrim mewah dengan sentuhan selamba. Nama JWEL itu sendiri seperti tidak mengikut peraturan :p agak sedikit nakal dengan menggunakan permata dan memendekkan ejaan asal! Secara tidak langsung memberikan sentuhan yang baru pada kemewahan. 


JWEL terdiri daripada barisan lima bangsawan yang mewakili pengalaman aiskrim yang lazat. Disaluti mewah dengan lapisan coklat dan badam, setiap batang aiskrim mempunyai perisa tersendiri seperti klasik Vanilla, Tiramisu, Double Chocolate, Caramel dan Black Forest.

Pencinta aiskrim sebenar pasti mencari kepuasan, mencari ganjaran atas keberanian untuk bertampil beza, sejiwa dengan sifat humor dan akal yang mencerminkan mereka sendiri, pehhhh


Kenalkan Decadent Duke of Vanilla, Curvaceous Countess of Tiramisu, Delectable Duchess of Double Chocolate, Extravagant Earl of Caramel dan Brazen Baron of Dark Forest. Setiap bangsawan aiskrim mempunyai keunikan dan personaliti yang tersendiri.


Seperti mana-mana empayar yang hebat, JWEL mempunyai latar belakang yang menarik. Kisah watak-watak diceritakan secara jelas pada pembungkusan ais krim; setiap pembalut mempunyai sebuah mahkota emas, tajuk pencipta dan motif-motif unik yang menjadi petunjuk kepada perisa serta asal-usulnya. 

Dan bagi Puteri Amani Indera Kayangan, (hahahahah) memilih untuk menikmati Brazen Baron of Dark Forest.


 Yang mempunyai rasa dark coklat yang begitu ketara dengan disaluti limpahan kacang dan berperisa berries


Ternyata dengan JWEL, anda akan mendapat lebih daripada sekadar pengalaman mewah ais krim, malah anda juga akan dijemput ke dunia yang penuh kepuasan dan misteri.


So, uolls boleh dapatkan ais krim JWEL pada harga RM3.50 sebatang atau RM13.80 untuk pek 4 batang di pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

1 comment:

Alongxp said...

fuh.... nampak... unik, menarik, mewah, ajaib dan sebagainya...