Sunday, December 7, 2014

KL Kids Festival 2014

First time ke sini, bertempat di bangunan Matrade berdekatan dengan mall Publika. Biarpun bagi saya harga tiket agak mahal juga namun ia tetap mendapat sambutan masyarakat setempat. Harga tiket sebelum diskaun untuk kanak-kanak rm60 dan dewasa rm30, tapi kalau beli awal dari groupon harga tiket ada potongan 50%. Festival ini disertai pelbagai agensi antaranya seperti Zoo Negara, Kidzania, Astro, Munchys dan pelbagai lagi. Yang paling menjadi tumpuan tentulah acara pentas seperti pertunjukan artis berkumpulan GoGoGo, kemunculan pororo, iron man dan transformer, finalis pertandingan menyanyi lagu frozen dan lain-lain.
Bertemu dengan Raja Ilya di booth Astro. Biarpun beliau sering membawa watak antigonis, namun hakikatnya Ilya seorang artis yang sangat sporting dan mudah didekati.
2 beradik yang hepi membuat aktiviti. Disebabkan terlalu ramai pengunjung menjadikan saya agak rimas plus malas nak berbaris panjang di setiap booth.
Pertunjukan di pentas oleh artis kumpulan GoGoGo yang diundang. Walaupun saya tidak begitu mengenali kumpulan ini, tidak dinafikan lagu-lagu yang dipersembahkan agak menarik juga. Menambat hati betul dengan lirik yang begitu catchy.
Bagi saya festival ini agak menarik cuma apabila ianya dijalankan dalam premis yang agak sempit dengan tempat duduk untuk makan serta berehat agak terhad menjadikan ibubapa bersama anak kecil tidak begitu relaks membawa anak ke sini untuk beraktiviti.

Moga tahun depan KL Kids Festival lebih meriah, lebih hadiah dan lebih mudah serba-serbi (parking, tempat rehat, tempat makan dll)

3 comments:

IeRA said...

Salam..

Singgah di waktu pagi..

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kalau tempat sempit pening.. mak yang pitam dulu..