Magnum Gold Pursuit, BMW 3 Series Telah Menemui Pemiliknya

Akhirnya pencarian finalist Magnum Gold Pursuit telah tiba kemuncaknya. Seramai 20 finalist telah dipilih berdasarkan skor yang paling tinggi menerusi aplikasi talian peraduan yang bermula dari Ogos 2014 sehingga 31 Oktober 2014.


Dan dari 20 finalist ini, hanya seorang sahaja berpeluang membawa balik hadiah utama yang ditawarkan iaitu kereta BMW 3 series. Yang mana finalist ini akan bertarung untuk mendapat tempat akhir perebutan kunci kereta yang melibatkan 3 peringkat.

Dengan tagline "As Good As Gold", ais krim Magnum Gold ini memenuhi citarasa pada mereka yang mencari kepuasan dan keseronokan dalam hidup. Rasa coklat mewah yang berwarna keemasan, memberi setiap gigitan begitu bermakna.

Ucapan dari Mr Henri Budiazhari selaku Marketing Dirctor, Unilever  (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, sebelum cabaran peringkat kedua dimulakan.

Untuk pengetahuan uolls, untuk sertai peraduan ini setiap peserta perlu membeli ais krim Magnum Gold (90ml) dan perlu memasukkkan 13 digit alphanumeric kod yang terdapat di batang ais krim. Dan dengan kod-kod ini adalah peluang untuk membuka peti besi di aplikasi peraduan yang disediakan.

Dan akhirnya...ini adalah 20 pemenang akhir yang telah disenarai pendek. Cabaran yang dikenali sebagai "The Greatest Heist in History" diberikan untuk menguji minda dan juga fizikal setiap peserta. Cabaran peringkat pertama memerlukan mereka menyelesaikan "blue print puzzle" yang membolehkan mereka memecahkan kod dan seterusnya membuka laluan untuk ke peringkat kedua.

Peringkat kedua hanya 10 orang yang berjaya. Dimana dari cabaran ini hanya 3 orang sahaja yang akan dipilih untuk ke cabaran akhir (peringkat ketiga) dan seterusnya berpeluang memenangi hadiah utama iaitu kereta BMW 3 series.


Di cabaran kedua ini setiap peserta harus membawa 1 kotak yang kononnya berisi bom dengan memastikan bom yang dibawa berada dalam keadaan tetap. Sekiranya ianya bergerak banyak dan terlanggar dinding bekas, maka signal merah akan kelihatan. Daya kecekapan dan kesabaran sangat diperlukan dalam permainan ini apatah lagi setiap peserta perlu mengharungi 3 halangan.


3 peluang diberikan untuk setiap peserta. Dan ianya bukan mudah tau uollls. Rasanya pada pusingan pertama peringkat kedua ini hanya seorang peserta sahaja yang berjaya. Namun dibuka peluang semula kepada 9 peserta yang gagal untuk mencari 3 peserta yang mempunyai masa yang terpantas dan mampu membawa bom ini secara selamat sepertimana yang diarahkan.

Dan dari 3 peserta yang berjaya dan terpantas berpeluang untuk membuka pintu besi harta karun dan seterusnya berpeluang memenangi hadiah utama :)

Sambil menunggu semua peserta mengharungi cabaran, saya dan rakan2 dengan gembiranya melayan ais krim magnum, ngeee
Tertarik dengan aksesori bahan makanan yang akan saya taburkan atas ais krim mengikut citarasa saya..Ho mai ada chilli flakes!!


Dipping yang pelbagai, ai like...


Hasil sentuhan ais krim magnum saya, nyummmehhhh

Dan inilah pemilik BMW 3 series---> Mr Fung Yoke Yan!!!
Bravoooo...
Dan semua peserta akhir juga tidak balik dengan hampa ya, mereka juga diberikan 2gm Syiling Emas Magnum dengan ketulenan emas 99.9%..

Tahniah!!

Keterangan lanjut megenai ais krim Magnum boleh layari www.facebook.com/Magnum
Magnum Gold Pursuit, BMW 3 Series Telah Menemui Pemiliknya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 19, 2014 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.