Peluang Untuk Memenangi Minyak Shell Selama Setahun

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell) melancarkan satu peraduan terbaru "Shell Win Free Fuels" bagi menghargai semua pengguna minyak Shell yang akan bermula dari 23 Disember 2014 sehingga 15 Mac 2015.

Turut hadir dalam majlis pelancaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Pengarah Urusan Shell Malaysia Azman Ismail dan beberapa jemputan kenamaan yang lain.


Senang jer uolls nak bagaimana cara untuk sertai Shell Win Free Fuel Campaign?

1. Mula2 uolls kena beli produk Shell Malaysia (samada Ron95, Ron97, Diesel, Shell FuelSave atau Shell V-Power) dengan jumlah pembelian sekurang-kurangnya RM30 di mana stesen Shell Malaysia.
2.Kemudian isilah borang Shell Win Free Fuel Campaign yang ada diletakkan di stesen2 minyak Shell. Jangan lupa sertakan sekali RESIT dan jawab soalan mudah.
3. Hantar borang penyertaan dalam kotak (gambar seperti di atas) yang telah disediakan

Kalau bertuah, mana tahu rezeki terpijakkan uolls antara 10,000 pemenang yang akan menerima ganjaran dari pihak Shell Malaysia, ini termasuk bakal menerima bekalan minyak Shell Malaysia selama setahun. Fuyohhhhhh

Dalam pelancaran tersebut, turut diperkenalkan deli2go pusat jualan mudah alih yang menjadi tarikan terbaru dari  stesen minyak Shell.

deli2go menawarkan pelbagai sajian lazat, segar dan berkualiti, antaranya seperti pastri, hot dog, premium english fruit cakes serta kopi premium untuk kemudahan para pelanggan Shell.



Kopi premium yang ada di deli2go!-


Pelbagai pastri yang lazat!

Premium English Fruit Cake, sememangnya pilihan saya :)

Dan untuk pengetahuan uolls, deli2go sehingga kini disediakan hanya di 16 buah stesen minyak Shell di sekitar kawasan Selangor, Johor, Pahang dan Pulau Pinang. Pastinya deli2go akan dibuka lebih banyak cawangannya akan datang di stesen Shell seluruh negara, Cikedaut ya uolls.

#deli2go
#shellwinfreefuel
#easiGO

:)

Peluang Untuk Memenangi Minyak Shell Selama Setahun Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 31, 2014 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.