Saturday, December 6, 2014

Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan oleh Antabax

Aktiviti mencoret atau doodling kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dan Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif, tampil mempopularkan bentuk karya artistik ini dengan menganjurkan Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Pertama Kalinya dengan sokongan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Doodle adalah lukisan spontan yang boleh mempunyai pelbagai bentuk daripada corak atau reka bentuk abstrak hingga kepada imej objek, landskap, manusia dan wajah. Sesetengah orang doodle dengan menyurih balik perkataan atau huruf.
 
Mulanya dipandang rendah dan dianggap membuang masa, kajian-kajian terbaru dalam sains saraf, psikologi dan reka bentuk bagaimanapun mendapati aktiviti doodle boleh membantu dalam memfokus, memahami konsep baru dan menyimpan maklumat.
 
Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax berlangsung dari 1 September hingga 19 Oktober 2014 dan telah menerima lebih daripada 2,000 penyertaan daripada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dari seluruh pelosok Malaysia yang bersaing bagi merebut wang tunai berjumlahRM22,500.
 
Bagi menggalakkan lagi peserta untuk berkarya, satu pameran 60 lakaran, 20 daripada setiap kategori, telah diadakan di Balai Seni Visual Negara, dan telah dihadiri oleh peserta finalis serta ahli keluarga, sahabat handai dan guru-guru yang datang dari seluruh pelosok negara bagi memberi sokongan.
 
Pemenang tempat pertama dalam kategori masing-masing adalah Louis Fong Jin, 12 tahun, dari Help International School (sekolah rendah), Siti Balkis Mahd Salled Masari, 17 tahun, dari SMK Puncak Alam, Selangor (sekolah menengah) dan Mohammad Nur Syafiq Bin Azhar, 22 tahun, dari Universiti Teknologi Mara Bandaraya Melaka (kategori pengajian tinggi). Setiap daripada mereka menerima hadiah RM3,000 dan hamper produk Antabax untuk kreativiti dan kemahiran mereka.
 
Sekolah Kebangsaan Assunta Satu dari Petaling Jaya muncul sekolah dengan penyertaan terbanyak dengan lebih daripada 399 pelajarnya menghantar penyertaan. Sekolah tersebut menerima wang tunai RM3,000 kerana usaha mereka.
 
Menurut Pengurus Produk Kumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim, Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax ini lahir daripada sesi perah otak yang tentu sahaja melibatkan banyak lakaran.
 
“Ketika sedang merancang program kami yang seterusnya, kami menyedari beberapa orang daripada kami sedang doodling ketika mesyuarat. Kami segera mengkaji dengan lebih lanjut aktiviti doodling dan mendapati ia ada kaitan dengan kesihatan dan kebersihan, terutamanya kebersihan tangan kerana kebanyakan daripada kita menggunakan tangan untukdoodling. Manfaat kognitif dan kreatif aktiviti mencoret pula amat besar. Maka lahirlah Pertandingan Doodle Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax,” kata Cik Sim. 
 
“Ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh semua orang dan dilakukan mana sahaja kerana ia tidak memerlukan perkakasan khas selain daripada kertas, pen atau pensel. Ia membantu anda melahirkan idea, buah fikiran dan emosi. Kajian menunjukkan bahawa doodle memberi manfaat kepada minda kerana ia membantu menguatkan ingatan bagi mengingat maklumat. Doodle membawa manfaat kepada semua kerana ia membantu menguatkan lagi kaitannya dengan kebersihan tangan,” tambah beliau.
 


Senarai pemenang:-

Kategori Sekolah Rendah
 

Pemenang
Louis Fong Jin
Help International School
RM3, 000
 Kedua
Juni Umairah Bt Mohd Afandi
SK Bandar Tun Hussein Onn
RM2, 000
Ketiga
Choong Bee Yee
SJK (C) Chung Kwok
RM1,000
Sagu Hati
Lim Wei Lyn
SK Assunta Satu
RM250
Sagu Hati
Hoh Yi Kang
SJK (C) Damansara
RM250
 
Kategori Sekolah Menengah:-
 
Pemenang
Siti Balkis Bt Mahd Salleh Masari
SMK Puncak Alam
RM3, 000
Kedua
Sia Siew Fong
SMK Bandar Sibu
RM2, 000
ketiga
Mohd Imran Bin Mohamad Hasni
SMK Bukit Selambau
RM1,000
Sagu Hati
Emily Wee Siao Yin
SMK Bandar Sibu
RM250
Sagu Hati
Lau Sing Yi
SMK Bandar Sibu
RM250
 
Kategori Pengajian Tinggi:-
 
Pemenang
Muhammad Nur Syafiq Bin Azhar
Universiti Teknologi Mara
RM3, 000
Kedua
Muhammad Syahmi Bin Shahrom
Universiti Teknologi Mara
RM2, 000
Ketiga
Nurul Hanim Bt Muhammad Khairuddin
Universiti Malaya
RM1,000
Sagu Hati
Mohammad Fadzli Bin Mohammad Darus
Universiti Malaya
RM250
Sagu Hati
Nur Aina Fatini Bt Azaman
Universiti Malaya
RM250
 
Kategori Penyertaan terbanyak:-
 
Pemenang
Sekolah Kebangsaan Assunta Satu
RM3,000
 
 
Antara karya doodling yang telah memenangi hati juri :)





Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Mencoret Bertemakan Kebersihan Peringkat Kebangsaan Antabax, layari www.facebook/NewAntabax.

1 comment:

Merlyn Hasshim said...

hebat-hebat sunguh entry yg menang,mak memang angkat bendera putih awal-awal la