Monday, December 22, 2014

Restoran Onde-Onde Mempertengahkan Citarasa Selera Malaysia

"Onde-Onde" nama restoran yang agak catchy, dinsipirasikan dari sejenis kuih tradisional yang juga dikenali sebagai kuih buah melaka, dan juga membawa pengertian cenderahati, buah tangan yang teristimewa. Terletak di kompleks membeli-belah yang berdekatan dengan unit kediaman, menjadikan restoran ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan untuk datang bersarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga minum lewat malam. Yang menariknya restoran ini dibuka seawal 7.00 pagi dan berakhir operasi pada pukul 12 tengah malam. Dibuka setipa hari termasuklah cuti umum.

Dan kali ini saya berpeluang untuk merasai sendiri beberapa hidangan pilihan saya di Onde-Onde di Citta Mall.

Buku menu yang tebal ini menyenaraikan pelbagai jenis masakan terbaik dari Malaysia. Terdapat juga hidangan barat ya. Sehinggakan saya dan My Anaqi mengambil masa begitu lama untuk memilih menu memandangkan hidangan yang ada ditawarkan di Restoran Onde-Onde semuanya menarik dan membuka selera :)

Ok, lets cikedaut, menu pilihan saya dari Restoran Onde-Onde

Dari buku menu C10 : Pemelo Salad (Seasonal). Harga hidangan RM15.90

Uolls kenal limau bali. Cuba bayangkan ianya dijadikan sebagai salad :) Apa yang menarik tentang hidangan ini, selain daripada khasiat dan rasa buah limau bali yang sememangnya manis-manis masam, gabungan daun pudina dan "lime leaf", serta keranggupan kelapa dan bijan yang digaul bersama menjadi ianya begitu enak.

Menurut Pengurus Restoran Cik Eyz, teknik untuk mengupas buah limau bali adalah penting bagi memastikan kualiti limau itu yang terbaik dapat dirasai oleh setiap pelanggan. Untuk membuang isi limau tidak boleh menggunakan peralatan tajam seperti pisau, ianya perlu dilakukan menggunakan tangan. Teknik dan kaedah tradisi yang diamalkan perlu diiukuti bagi memastikan rasa kemanisan buah limau itu tidak hilang. Dan menu ini adalah bermusim ini kerana ianya bergantung kepada stok buah limau bali yang dibeli terus dari Tambun Ipoh.

Hidangan kedua pilihan saya ialah Fried Asam Laksa. Yang ini memang super nyummmeh. Ianya adalah asam laksa tapi dihidangkan dalam bentuk gorengan. Biasanya kita makan yang berkuahkan? Tapi yang menarik dari Onde-Onde ada juga versi Asam Laksa yang digorengkan. Siyes, saya sangat rekomenkan menu ini pada uolls. Apa yang menarik selain dari mee beras (mee laksa) yang digunakan kenyal tapi lembut, pes-pes yang digunakan juga adalah "home made" dari dapur Onde-Onde. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ini ialah RM12.90.

Konsep hidangan ini seperti YeeSang. Hidangan ini dinamakan Kerabu  Mee Hoon (cold dish), dari buku menu N14 ya!. Yang menarik mee hoon yang digunakan di perap agak lama dengan pes "home made". Dan ianya tidak digoreng. Uolls akan rasa mee ini agak sejuk, dan apabila ianya digaul dengan timum ranggup, nenas, hirisan ayam, udang, bawang, kacang tanah dan nenas. Rasanya memang enak! Jika uolls nak lebih pedas boleh tambah dengan cili (diasingkan). Harga set ini ialah RM10.90.

My Anaqi memilih untuk merasai menu dari N20 Udang Galah Noodles.

Apa yang menarik tentang menu ini sos mee udang menggunakan pes "home made" yang sihat tanpa pengawet dari dapur Onde-Onde. Udang galah yang terdapat dalam mee juga agak besar juga saiznya. 

Dengan menggunakan mee wantan yang digoreng terlebih dahulu, tidak hairanlah apabila menimatinya kita akan merasai kuah yang enak dengan keranggupan mee dalam satu suapan :)

Kalau dah makan, pasti kena ada air minuman kan? Hiks..
So minuman pilihan saya khas dari Onde-Onde
Dari buku menu S05, Kedondong Asam Boi (ampler). Harga yang ditawarkan RM5.50. Pada yang suka rasa masam-masam, minuman ini adalah yang terbaik. Rasa buah kedondong bersama asam boi :)

Minuman berkhasiat ini dari buku menu S01 Lemongrass Cooler. Harga yang ditawarkan RM4.50. Sejuk dan nyaman begitu melegakan. Rasa daun serai yang segar dengan biji selasih yang ranggup. Menjadikan air minuman ini begitu unik dan lain dari yang lain.

Layer tea! Dari buku menu SO73, harga segelas yang ditawarkan RM6.50. Ini memang all time feveret saya. So, bila Onde-Onde ada menawarkan minuman ini, haruslah order kan, heheheh


Restoran Onde-Onde ini berkonsepkan santai. Ruang yang luas boleh menempatkan 120 orang dan lebih. Jika dilihat dari segi susun atur restoran yang kemas dan menarik, terdapat juga hasil seni kraf tradisi lama yang dipamerkan di sini.
Ruang dapur yang kemas dan bersih.

Susun atur meja yang santai. Jika tidak penuh pelanggan kita berpeluang memilih jensi tempat duduk yang diinginkan.


Kalau uolls perasan, barangan dekorasi seperti produk anyaman ada terdapat di sini..

Begitu juga dengan perkakas bekalan yang lama. Agak simbolik disusun dengan mangkuk tiffin.


Di ruang tengah, disusun gula-gula lama yang menjadi nostalgia zaman kanak-kanak dahulukala, di susun menarik bersama dengan sangkar dan bekas lampu minyak tanah.

Berkonsep ruang terbuka, dimana terdapat gerai membakar sate, menyediakan pasembor dan juga ABC.

Yang menarik jug adi sini..
Disediakan set tiffin yang menghidangkan beberapa kuih tradisonal yang agak klasik. Set ini sesuai untuk dinikmati 4 orang.

Akan datang dalam pertengahan bulan Januari tahun 2015, hidangan terbaru Onde-Onde iaitu Nasi Briani yang istimewa. Ok, saya teringin nak cuba menu ini baru dari Onde-Onde yang katanya ini adalah resepi turun temurun Pengurus Restoran di sini Cik Eyz.

Antara orang kuat di belakang tabir Restoran Onde-Onde, Cik Eyz. Menurut Cik Eyz, kelainan menu hidangan yang disediakan dari Restoran Onde-Onde bukan sahaja pelbagai sajian tradisi instimewa dari Malaysia dihidangkan. Bahkan mereka sangat menjaga kualiti makanan dengan memastikan bahan pes yang disediakan asli tanpa bahan pengawet dan ianya "home made". Mempunyai staff yang agak ramai dalam 120 orang, dan untuk setiap shift melibatkan hampir 40 orang staff. Yang paling menarik setiap staff dibahagikan mengikut kepakaran masing-masing. Contohnya tukang masak mee, tukang memotong bahan mentah, pelayan, cashier dan lain-lain. Ini bagi memastikan setiap pekerja Onde-Onde mampu menumpukan kerja mereka dengan lebih efisien.



My Anqai dan Ameer yang tersandar kekenyangan, hehehehe


So, uools kalau berminat nak buat tempahan awal atau keterangan lanjut mengenai restoran ini..uolls boleh telefon atau wassap kepada nombor yang dinyatakan di atas.

Onde-Onde Flavors of Malaysia!
Memenuhi citarasa semua :)

2 comments:

Mama Zharfan said...

laparrr la plak bila baca entry ni

Nur Masliza Muda said...

Wah sedapnya...tak leh jadi ni kena pi carik jugak ni. Terima kasih sharing info gini utk org yang suka makan mcm saya hehehe. Jemput jenguk blog saya http://mummyfiras.blogspot.com