Posts

Showing posts from May, 2014

Coco by Jovian... Koleksi Terkini Baju Raya 2014

Image
Uollls... Dah beli baju raya ke belum??? Ai belum lagi... Tapi memandangkan hujung bulan 6 ni dah start puasa... So, misi mencari baju raya sudah menguasai jiwa :) Sebelum majlis pelancaran koleksi raya 2014 bermula...
Jovian dan Nina (so suwit melangkah masuk berpimpin tangan) hadir bersama dengan penuh gaya.
Jovian bersama orang kuat dari CITROEN :)
Mengabadikan tanda tangannya di salah sebuah kereta CITROEN.
Yang mana CITROEN merupakan salah satu penaja JM pertunjukan fesyen kali ini.

Koleksi COCO by Jovian kali ini mempertengahkan koleksi pakaian tradisional yang diperbuat dari fabrik dan warna menarik direka khas dengan sentuhan citarasa Paris. Di inspirasi daripada Coco Gabriel Chanel kolesi diberi sentuhan gaya dari "signature" Jovian sendiri. Rekaan kali ini menekankan "empowering", "alluring" dan "demuring" gaya seorang wanita moden. Potongan tradisional baju melayu diberi sentuhan potongan moden seperti kurung peplum dan gaun menjadik…

Beshnya Kalau Gong Cha Datang Di Hari Sukan...

Image
4 dari 5 anak saya bersekolah di SKTTDI(2)... Sekolah banyak memberi jasa, sering membantu ibubapa dalam memastikan anak mereka berjaya. Sebagai ibu yang mempunyai anak yang bersekolah di sini... Saya sentiasa memberi sokongan dalam apa jua program yang hendak dilaksanakan. Antaranya Hari Sukan Tahunan Sekolah... Biarpun sekolah ini tidak mempunyai padang sekolahnya sendiri... Namun setiap tahun aktiviti sukan tahunan tidak terlepas untuk dilaksanakan! Alangkah beshnya..... Kalau ada Trak Gong Cha datang dan membelanja semua peserta di hari sukan sekolah. Pasti lebih meriah, kan? Keriangan Dalam Bersukan Bersama Gong Cha!!! #Butterfly Project :)

Promosi Kasut Basketball Adidas, Murah uolls!

Image
Saya bukannya kaki butik sukan pun... Paling kerap masuk Al-Ikhsan... Sebab banyak variasi barangan sukan ditawarkan di situ... Tapi bila ADIDAS ada buat promosi... Harga agak murah dan berbaloi untuk jenama sehebat ADIDAS... Saya pun heret my laki... ehhh my laki yang heret saya sebenarnya ya hahaha Terutama untuk mereka yang bergelar pelajar dan kanak2... Terembat jugak kasut ni buat my Anaqi... RM79 hengget jer.. Dari harga asal RM180 lebeh... Anaqi kata die tak reti sangat main basketball... Saya kata "Ok fine, pakai kasut ni buat jalan2 di musim raya..." Redho ya anak... Biar beza fungsinya... gaya nak meraya tu tetap ada... Huk huk

Poney Warehouse, First Time Terjah...

Image
Siyesly, first time saya pergi Poney Sale...
Sebab biasanya saya beli kat JUSCO jer...
My Amani suka sangat dengan suar Poney ni...
Material dier pun besh...
Tapi kalau saya sendiri, saya suka jenama POLO (selalu ada sale kat SOGO), harga lagi murah kih kih
See antara harga yang ditawarkan... Tapi kalau ikut harga asal 2-3 kali ganda mahalnya... Sebab PONEY ni cam jenama baju kanak2 yang agak dikenali... So, dapat rege camni agak murah... Walaupun macam tak berapa ramai...
Tapi setiap orang yang datang pasti memborong berhelai2 :)
Saya membeli ini jer... tak sampai seratus pun... Untuk blanket baby dalam kotak--5 hengget (murah tak? ngeee) Baju 2 pasang untuk my Amani (2 pasang die jual RM59) Dan shirt untuk Akid (RM19)... suka kaler biru kuning ni...
Okla... takdelah sakan membeli sangat... Zaman sekarang kena berbelanja dengan berhemah... Beli kerna perlu bukan kerna nafsu :p  Iya idok?

Ujian Karate Yang Pertama Buat Si Afiq!

Image
Gigih tau kami sekeluarga keluar umah pagi2 di hari Ahad... Selalunya kami boleh lepak sampai tengahari baru nak fikir arah tujuan... Ni seminggu sebelum hari kejadian, memang dah rancang perjalanan... Semata-mata kerana Afiq ada ujian Karate (nak tukar tali pinggang, kih kih) Rasa baru 2-3 bulan Afiq join Karate... Bulan lepas dah masuk perlawanan... Kali ni ujian naik tarap pulak... Syok betul bila bebudak kecik2 ni duk sebut... Kiyai... Kiyai... Kiranya untuk tali pinggang putih... Memang semuanya pukulan asas jer... Tapi bagi saya selain daripada ianya salah satu seni mempertahankan diri. Menyertai apa2 aktiviti seperti ini, boleh mendidik anak lebih disiplin dan punyai aktiviti yang digemari. Sesi terima tali pinggang hijau :) Muka serius jer kan? :p Ada sijil lagik... Tahniah my Afiq... bulan 9, kita tukar tali warna biru pulak ya... hehehe Antara sedutan ujian... Lama juga dowang kena tunjuk skill... dalam 15-25 minit ada kot.
Pstttttttt: Tak sangka ada gak antara anak ai yang…

Jualan Pesta Kasut BATA, Primavera, Marie Claire, North Star Etc. Berbaloi!

Image
Pesta BATA weh!!! Kebetulan masa nak pergi PONEY sale kat SACC Mall... ternampak juga SALE kasut BATA... Terjah selaluh!!! Ni kawasan kasut Primavera, Marie Claire... Budget kat sini paling murah RM9 jenama Footin... Rata2nya RM15, RM25 ke atas... Kalau label BATA sendiri memang murah... Serendah 5 hengget ja. Amik kasut sekolah untuk My Afiq dan Akid... 15 hengget jer, ni saiz tahun depan :p Sepasang ni semua 5 hengget jer.. Murah dan berbaloi, kan? :)

MasterChef Junior Cooking Workshop : First Time My Amani Join Kelas Memasak!

Image
Saya ada hantar satu entry di laman FB Friso untuk menyertai Cooking Workshop Junior bersempena dengan rancangan realiti MasterChef Junior di saluran FOX. Dan tak sangka terpilih. Yang beshnya calon junior haruslah berumur diantara 3-6 tahun. Kalau tengok dari segi usia memang agak kecil, tapi bagi saya pendedahan awal dalam bidang kulinari tidak salah asalkan mendapat pengawasan sepenuhnya dari ibu-bapa :)
MC yang ceria dan dedikasi memulakan majlis... Pihak penaja yang menyampaikan ucapan dedikasi...
 Sebelum kelas memasak bermula, kanak-kanak diberikan beberapa aktiviti sambil mak ayah leh minum pagi (ringgan2) yang disediakan oleh pihak penaja.
Sesi kali ni. Ada 2 resepi yang akan dipelajari oleh si cilik. Resepi pertama buat vanilla muffin (bersama toping) dan resepi kedua macam ala2 resepi pizza tapi dibuat dalam bentuk karipap.
Ni adalah dapur kami :)
See, semua kanak-kanak lebih kurang baya my Amani jer...
Mak-mak jadi helper... dan photo-g, kih kih kih
Sebab semua bahan suda…