Bukit Tinggi Pahang : Apa Yang Menariknya?

2 minggu selepas ke Bali, weolls ke sini pulak uolls...
Ke Bukit Tinggi Pahang :)
Merasalah kejap bercuti ala2 ke obersea, ahaks..
Biarpun hakikatnya, pergi ke Bukit Tinggi tu naik Exora semata :p
Kebetulan ai ada menang penginapan 2H1M kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi, tu yang gegeh juga pergi. Ikutkan sekembali dari Bali, malas nak ke mana-mana, nak melepak dalam kawasan jajahan ajer. Tapi seriusla! Area Colmar Tropicale ni memang cantek dan menarik juga. Dengan binaan tempat peranginan yang agak esklusif, gambaran seperti binaan bangunan lama di Barat. Apatah lagi keadaan cuaca agak sejuk disebabkan kawasan ini terletak di tanah tinggi, benar2 memberi kelainan pada percutian kami sefamili.
Ini peta kawasan Bukit Tinggi. Selain daripada hotel untuk bermalam, tempat makan (agak terhad), terdapat juga Taman Jepun, Taman Botani, Petting Zoo, Adventure Park, Paintball Park dan banyak lagi.

Tapi sampai2 kat sini, kitaorang memang amik peluang jalan-jalan kawasan persekitaran hotel. Paling menarik kat kolam yang berbentuk terusan. Terdapat banyak ikan dan juga angsa-angsa yang berenang,
Black Swan...
White Swan...
Semuanya jenis jinak dan suka makan, heheheh
Anak2 memang suke ler part bagi makanan kat haiwan. Berjiwa penyayang kan memasing :)
Budak yang terover dos teruja!!!
Selain ada kedai makan kat area hotel, ada juga pusat SPA dan Arked yang menawarkan pelbagai permainan. Cam biasa, kitaorang masuk untuk berposing ajer. Hahaha.

Siyes, bila waktu malam memang chantek kawasan Bukit Tinggi. Tapi bagi ai sendiri, untuk tidur semalam adalah sangat OK, tapi kalau dah masuk 2-3 hari cam boring juga sebab dah tak tahu nak buat apa kecuali bergambar sakan.

So, memang kalau tengok dalam kamera penuh dengan gambar anak-beranak yang suka berposing. Ni untuk semalam ajer, rasanya hampir 200 keping bidikan muka yang sama ajer, aiyak!

Contohnya, gambar kat kawasan ni...
Berenam...
Berlima...
Berenam...
Bertujuh...

Bergambar sampai muntah uolls...
Takpe next entri ai story pasal bilik yang super best kami sempat bermalam.
Bereh!

Bukit Tinggi Pahang : Apa Yang Menariknya? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 02, 2015 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.