Monday, January 12, 2015

Jom Mengenali Dinasour di DISCOVERIA Avenue K

First time saya dan famili terjah ke Avenue K yang terletak berhampiran dengan KLCC. Yang menariknya di sini, terdapat Pameran Interaktif  Pra-Sejarah ~ Dinasour di Discoveria Avenue K Kuala Lumpur. Dengan keluasan 13,000 sq, pameran ini bukan sahaja menawarkan pelbagai informasi mengenai haiwan pra-sejarah dari keluarga Dinosour, bahkan pelbagai aktiviti menarik seperti mini wall climbing, berlumba dengan  dinasour dan macam-macam lagi.


Ok, ini adalah harga tiket yang ditawarkan ya :)

Ada juga tawaran harga tiket yang dijual dan diberikan patung dinasour :)

 
Ni patumgnya ada 2 pilihan warna dan bentuk

Ok, masa bereksplorasi bersama famili.
Masing2 sudah excited nak melihat dan mempelajari mengenai dunia dinasour, ahem...

 Yang menariknya, sebelum kami memulakan pengambaraan. Kami telah diberikan setiap seorang satu vest untuk dipakai (nampak bergaya giteww). Setiap kumpulah (satu famili) akan terlibat dengan permainan ala2 treasure hunt yang mana kami diberikan satu peta (yang perlu diisikan jawapan) dan"Dino Detector Wristband" untuk mencari klu kesemua10 spesimen dinosour yang wujud 250 tahun dahulu.
 Akid yang sudah bersiap sedia memulakan perjalanan pencarian 10 spesimen dino!

Walaweh, muka-muka excited :)
Kiut jer my Ameer pakai vest..

Ok, sepanjang perjalanan menyelesaikan tugasan. Kebanyakan aktiviti adalah bersifat "hands on learning". Kita akan melihat sendiri rupa dinasour yang diceritakan, pelajari tentang habitat, mengenali secara dekat cara pemakanan, saiznya dan pelbagai lagi

Selain itu kita juga boleh melakukan perlbagai aktiviti antaranya berlumba secara maya dengan dino Therapod, wall climbing dan jika berjaya sampai ke atas kita akan dapat lihat telur dinasour, mengumpul sebanyak mungkin ahli keluarga (menentukan berat) dan sekiranya mencecah 240 kg, maka suara TRex mengaum akan kedengaran, menaiki salah satu patung dinosour dan boleh bergambar dan pelbagai aktiviti yang menarik lagi .

Oh ya, sepanjang berada dalam bilik pameran, tidak dibenarkan ambil gambar. Huhuhuhu..
So, memang takde gambar ya uolls....ai yang menurut perintah dari pihak Discoveria :)
Gambar yang ada dalam blog ni, adalah gambar dalam kawasan yang dibenarkan untuk mengambil gambar, harap maklum :P

 Ni lah misi treasure hunt yang berjaya disiapkan. Setiap check point tu kena tampal sticker yang disediakan. Di sebalik map ni ada juga beberapa soalan yang perlu dijawab.

Hasil suksess melakukan semua misi, dapatlah sijil, yeah!!!


Habis bereksprementasi...
Kanak-kanak khasnya pasti teruja, bila boleh merasak sendiri bagaimana menjadi Paleontologist di bahagian ini..Gali dan cari tulang dinasour, hehehe


Ada kawasan permainan ala2 gunung berapi yang mengeluarkan bola..
Ada permainan mini paintball, leh tembak dinasour..

Kalau uolls berminat nak beli ole2 dari Discoveria...
Boleh dapatkan di sini ya!

Ada cafeteria juga :)

Disebabkan dalam bilik pameran kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Tapi kita masih boleh mengabadikan kenangan kita bila berada di sini dengan diambil gambar oleh pihak Discoveria. Ahem, tapi gambar ni kalau uolls berminat boleh dibeli dari pihak Discoveria lah ya..

Sementelaah menanti adik dan abang tengok dokumentari mengenai Dinosour dalam bentuk 3D, my Yana dan Amani main kaler2 kat situ. Peralatan untuk mewarna semua disediakan.

 Kenalkan Paleontologist wanna be dari Malaysia, ekekeke

Belajar tentang haiwan pra-sejarah,
Ramai-ramai memang meriah!

Keterangan lanjut boleh KLIK--->

3 comments:

careno said...

erkk... tak boleh ambk gmbr kat dalam ke... ari tu pergi ok jer... takde lak yg tegur... hehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

tak boleh careno...

siap pesan banyak kali...

tension betoii...

ckp dtg kena buat review pun tak kasi amik gambor, huhu

Devi said...

Sangat bagus untupengetahuan anak-anak.