Kids Gallery di One City USJ, Saya Dah Pergi Anda Bila Lagi?

"Kids Gallery" syurga berbelanja barangan kanak-kanak kini telah dibuka di One City USJ menawarkan pelbagai koleksi pakaian dan kasut kanak-kanak dari jenama terkemuka dari Malaysia mahupun luar negara.


Perasmian pembukaan disertai ramai VIPs dan selebriti, dan majlis diacarakan oleh hos yang digandingkan bersama pelakon kanak-kanak berbakat iaitu Mia Sara.

Ketika di acara pembukaan ai paling teruja melihat persembahan LION DANCE!
Dan juga beberapa aksi "gimmick" sempena dengan pelancaran Kids Gallery :)
Tinggi tau uollls...
Kalau ai terasa gayatnya..
Dan tadaaaaaaaaaaaaa....
Ai kat bawah dapat angpow yang berisi coklat :p

****

Dengan keluasan 15,500 sqf bersamaan dengan 9 lot kedai, Kids Gallery menawarkan pelbagai barangan keperluan kanak-kanak seusia bayi sehingga 17 tahun. Yang menariknya bukan sahaja ditawarkan pada harga berpatutan, bahkan pelbagai rekaan terkini fesyen yang digemari kanak-kanak juga menarik perhatian penginjung ke sini.

Di sini terdapat pelbagai hamper barangan bayi yang siap sedia dijual dengan hagra mampu milik. Banyak sangat pilihan, so uolls boleh pilih mengikut kesesuaian dan boleh ikut budget memasing.

Untuk kanak-kanak 2-6 tahun...
Koleksi pakaian yang menarik perhatian saya antaranya Winnie the Pooh, Mickey Mouse, Character Disney sperti Mickey Mouse, Princess..

Jenama POCOYO...Upin-ipin, Ben 10 dan banyak lagi..

Bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas, boleh mendapatkan barangan dari jenama seperti Kickers. Memang terbaik kualiti fabrik serta pelbagai rekaan terkini dari Kickers juga ditawarkan di Kids Gallery.
Ini adalah koleksi kegemaran my Amani :) Yesszaa BARBIE, selain daripada watak Barbie sendiri itu memang agak kiut, warna-warna baru serta rekaannya yang sentiasa "up-to-date" menjadi pilihan kanak-kanak perempuan. So, uolls nak dapat fesyen Barbie yang menarik boleh kunjungi butik ini ya.


Barangan keperluan bayi pun ada....

Bagi mereka yang mencari katil bayi, stroller dari jenama-jenama terkemuka. Uols boleh terjah sini untuk mendapatkan barangan keperluan ini pada harga yang berpatutan.

Baju-baju bayi yang chantek2...


Seriusly.....
Ni sangat berbaloi...
Saya merembat satu untuk My Ameer...
Pakaian ala formal, ada tali leher @ bow yang comel...
Sesuai untuk digayakan jika untuk photoshoot, melaram ke majlis istimewa dan sebagainya...
Harganya serendah RM39-Rm59....mana nak dapat oiits tempat lain....


Ok, uolls nak habaq...
Promosi jualan untuk sesetengah barangan yang ada diskaun sehingga 70% ni akan berakhir pada Tahun Baru Cina ya...
So, kalau nak beli dengan harga menarik kena terjah awal2 :)

Di sini kalau nak kita lebih selesa untuk bershopping..
uolls boleh biarkan anak uolls bermain di kawasan permainan yang disediakan...
tapi tinggal dengan pengawasan uolls ler.. (suruh our partner peratikan anak di sini)

Ada bilik persalinan untuk anak2 kita mencuba baju yang mereka ingin beli...
Kiutkan tengok bilik persalinan ni :)
Ada bilik untuk tukar pampers anak..
Ada ruang untuk penyusuan bayi...
Pendek kata Kids Gallery ni menyediakan pelbagai kemudahan yang "family with kids friendly"

 Selain baju...
Terdapat juga kasut, alat tulis, beg sekolah...

Dan juga buku-buku bacaan dan aktiviti buat kanak-kanak...

Macam-macam ada..
Anak gembira..
Mak bahagia...
Kids Gallery syurga membeli-belah barangan kanak-kanak buat seisi keluarga...


Jom terjah!!!
Kids Gallery di One City USJ, Saya Dah Pergi Anda Bila Lagi? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 28, 2015 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.