Wednesday, January 14, 2015

"Party of the Century" di Empire City

"A city within a city", gambaran yang telah diberikan di atas pembangunan bercampur yang melibatkan keluasan 30 ekar tanah di Damansara Perdana Kuala Lumpur. Pembangunan kompleks bersepadu ini didatangkan dengan kelainan tersendiri sebagai "Kota Gaya Hidup & Hiburan", yang mana kita boleh datang untuk mencari tempat makan-makan, mengadakan mesyuarat, membeli-belah dan bersantai. Percaya atau tidak semuanya ada di dalam kompleks ini yang diibaratkan sebagai sebuah bandar serba lengkap yang mampu menyeimbangkan perniagaan dengan percutian.

Menurut Mark Farquhar, Pengarah Leasing untuk Empire City. 
"Empire City merupakan satu projek yang besar bagi Lembah Klang, sebanyak 2.5 juta kaki persegi ruang runcit untuk di sewa , 8 menara korporat dan suite pejabat, 3 hotel antarabangsa bintang 5+ serta 5 bintang hotel antarabangsa dan sebuah hotel yang bertemakan pawagam dibangunkan di sini.  Pembangunan dan pengendalian Empire City adalah berdasarkan kepada 5 rukun iaitu Reka bentuk, Seni, Muzik, 'Performance' dan Kebudayaan"



Sempena dengan pembukaan Empire City tidak lama lagi, satu prebiu eksklusif pada Jan 23, 2015 akan diadakan. 

Dan the best part is....

Ahem...
Ai dijemput..
Yabedabedu............
Teruja tau ai sesangat..
Antaranya sebabnya, memang ai tak sabar nak tengok keindahan Empire City secara dekat lagi. Apatah lagi ini merupakan prebiu esklusif pastinya ai antara yang berpeluang melihatnya dulu...

Dengan bertemakan "Party of the Century" konsep 'Glamourous 20's" memberi peluang yang hadir berpakaian menarik seperti pakaian mewah di zaman 1920-an :)

So, kalau nak pakai ala-ala diva..
Boleh cari baju ala2 macam ni...




Takpun macam ini...
Ai like....
Klasik gitewww :)


 Beberapa selebriti antarabangsa dan tempatan juga turut hadir dijemput memeriahkan suasana uools..
Antaranya seperti Taboo Black Eye Peas,  Mark Vincent, Him Loo, Eliza Sum, 2AM, Adi Putra (yang hot dalam cerita Zahira sekarang ni kat TV3) dan ramai lagi ..


So, uollls jangan lupa untuk kunjungi Empire City bila sudah dibuka kepada umum nanti. Yang pastinya di sini uolls akan dapat lihat beberapa persembahan unik, seperti teater multiprojection sinematik pertama di dunia , gelanggang meluncur ais dan pelbagai kemudahan dan kedai serta kiosk yang menawarkan perkhidmatan seperti Asian Food Street dan banyak lagi. 

Keterangan lanjut mengenai Empire City...
Boleh terjah :)

2 comments:

Miera Nadhirah Tan said...

Best nyer... semoga have lots of fun... see you there...

Devi said...

Asyiknya,,