Saturday, January 3, 2015

Prasekolah Hi-5 Pertama di Dunia dibuka di Malaysia!

Minat Hi-5??
Ramai yang minatkan..hiks

 Buat julung kalinya di Malaysia, Hi-5 World telah melancarkan Hi-5 House of Learning (Hi-5 HOL), pusat pra-sekolah yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.  Hi-5 HOL menawarkan  pendekatan bermain sambil belajar dan kaedah penemuan, khusus untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan hingga 9 tahun. Melalui kaedah-kaedah berikut, kanak-kanak dapat mengalami  dunia Hi-5 di dalam kelas dan secara tidak langsung membina asas kemahiran penting untuk persediaan ke sekolah rendah. Majlis pembukaan Hi-5 HOL dirasmikan oleh kelima-lima ahli kumpulan muzik terkenal Hi-5, yang meninggalkan kesan tapak tangan mereka sebagai cenderahati kepada sekolah berkenaan.
 Kaedah pembelajaran bersepadu yang dicipta oleh Dr Catherine Martin, Helen Martin dan Julie Greene (panel penasihat pendidikan kanak-kanak Hi-5) pasti memenuhi citarasa ibubapa yang ingin
mendedahkan anak-anak mereka kepada kurikulum yang komprehensif.

 Kurikulum Hi-5 mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner serta teori perkembangan kognitif yand diperkembangkan oleh Jean Piaget. Hi-5 HOL menerapkan klip-klip video, lagu-lagu, kisah-kisah dari program terkenal Hi-5 untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

 Apa yang membezakan Hi-5 HOL dari prasekolah-prasekolah yang lain adalah model pembelajaran uniknya yang kaya dengan aktiviti-aktiviti pendidikan yang menyeronokkan. Setiap minggu, Hi-5 HOL akan menayangkan klip video yang difilemkan khusus oleh ahli-ahli Hi-5 buat tatapan para pelajar.

Seperti di dalam program Hi-5, para pelajar Hi-5 HOL akan meneroka 5 segmen pendidikan sepanjang minggu.  Contohnya, Isnin adalah hari Shapes and Space yang menitikberatkan pendidikan visual, Selasa adalah Hari Wordplay yang memberi fokus kepada pembelajaran Bahasa Inggeris,  Rabu adalah Puzzle and Patterns iaitu hari pempelajaran logik dan konsep matematik. Khamis adalah Making Music dimana kanak-kanak dapat mengenal rentak, irama dan muzik. Jumaat  adalah Sharing Stories dimana kanak-kanak dapat bertukar pendapat dan berkongsi cerita disamping membina kesedaran sosial dan emosi.

“Hi-5 HOL memberi platform yang menyeronokkan untuk kanak-kanak menimba segala aspek
pendidikan. Program televisyen Hi-5 menyediakan suasana pendidikan yang amat ideal buat kanak-
kanak dan sekarang kami ingin membawa konsep itu ke dalam kelas.  Di Hi-5 HOL, kanak-kanak akan berasa seperti berada di dalam dunia Hi-5 dan ini mendorong mereka  untuk membuat penemuan dalam mengenali dunia dan diri mereka setiap hari,” kata Datuk Jared Lim, Pengerusi Hi-5 World didalam siding media Hi-5.

Hi-5 HOL menawarkan program Prenursery, Nursery dan pelbagai kelas-kelas tambahan  yang sejajar dengan minat kanak-kanak yang berlainan dari satu sama lain

Jom tengok sekolah Hi-5 HOL..











Menarik kan??

Untuk pengetahuan uools, Hi-5 HOL terletak di dalam kawasan seluas 100,00 meter persegi di Bukit Damansara dan mengandungi kemudahan seperti taman permainan indoor dan outdoor, sistem kolam renang air garam, dinding panjat tebing (rock climbing), bilik gimnastik, bilik muzik, kafe, dapur untuk kelas memasak dan kafe.

Layari http://school.hi-5world.com untuk maklumat terkini mengenai HI-5 HOL. Daftar segera untuk memaksimakan potensi anak anda.

No comments: