Monday, February 2, 2015

Hidangan di Kungfu Bake Rice Yang Memukau...Cer Try :)

Aloha!!

Berkonsepkan "Bake the way you like", Restoran Kungfu Bake Rice sememangnya menjadi pilihan bagi mereka yang sentiasa "on-the-go" untuk membuat pemilihan menu makanan bersesuaian dengan citarasa yang diingini.

Disediakan oleh chef-chef hebat samada tempatan ataupun dari negara Asia yang lain seperti Thailand. Sememangnya tidak dinafikan kepakaran mereka menyediakan hidangan negara asal sememangnya hebat. Dan  di Kungfu Bake Rice  kelainannya adalah dalam segala masakan disediakan "di fusionkan" untuk menampakkan versatil dan istimewa pada hidangan.

Bertambah menarik di restoran ini juga memberi peluang untuk pengunjung  mendapatkan semua jenis hidangan pilihan tidak kira masa. Contohnya untuk hidangan tengahari jika uolls nak makan french toast, uolss boleh dapatkan di sini tanpa perlu untuk datang seawal pagi untuk bersarapan. Begitu juga sekiranya teringin nak makan tom yam di waktu pagi, di Kungfu Bake Rice ada menawarkannya!

Pendek kata, sepanjang masa Kungfu Bake Rice menawarkan semua hidangan yang ditawarkan!!

Untuk pengetahuan semua, semua bekalan bahan mentah didapati saripada "supplier" yang mendapat pengiktirafan HALAL, so kita tak perlu risau status HALAL nya ya :)

Ini terutama bagi hidangan "cheese baked rice", yang menawarkan pelbagai pilihan topping yang menarik seperti ayam, ikan mahupun daging..

Begitu juga hidangan sampingan yang kebanyakan resepi "fusion" yang memberi kelaianan dari segi rasa
Variasi minuman disediakan dan minuman yang menjadi "signature" bila ke Kungfu Bake Rice tentunya "Kungfu Stylo Coffee"!


Disebabkan terdapat pelbagai pilihan menu yang sedap2, Sememangnya ianya mengambil masa untuk membuat pilihan...

Seperti Bro. Framestone ini kihkihkih... Gigih mentelaah segala hidangan yang ditawarkan di sini. Apatah lagi harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan..

Dan setelah berjaya membuat tempahan makanan yang ingin dicuba...Dengan seronoknya Bro Framestone berselfie.....
Sebagai bukti beliau dah terjah Kungfu Bake Rice dan mencuba sendiri makanan yang sedap-sedap di sini, hikhik -->Jangan lupa uolls cikedaut blog Bro Framestone ya!!!

Ketika nak buat pemilihan makanan sekiranya uolls nak dapat gambaran bagaimana rupanya, uolls boleh lihat sendiri di rak kaca berhampiran dengan kaunter pembayaran. Mudahkan :)

Berikut adalah beberapa hidangan dari Kungfu Bake Rice yang saya sangat rekomenkan kat uolls, yang boleh try dengan perasan gerenti tak menyesal :p

opkos, Kungfu Stylo Coffee harus dicuba. Kesedapan bukan hanya pada rasa kopi yang begitu kaw-kaw bahkan aromanya penuh dengan rasa energi yang memukau..

Saya juga berpeluang merasai sendiri "Cheese Baked Rice" dengan pilihan ikan dan ayam sebagai salah satu topping di atasnya...Mewah dengan keju mozarella dan juga kuah kari menjadikan kombinasi citarasa Barat dan Asia ini benar-benar memberi kelainan dalam setiap suapan..

Untuk peminat tom yam, di Kungfu Bake Rice ada juga menawarkan hidangan ini. Yang menariknya kita boleh memilih sendiri jenis mee ataupun yang hendak dimakan bersama dengan tom yam. Serius uolls, rasa tom yam di sini memang antara yang sedap pernah saya cuba. Cer uolls try pulak :)

Begitu juga dengan garlic mashed potato di sini. Tekstur kentang lenyek yang sangat lembut diiringi dengan rasa "gravy" yang sangat sedap!


Original french toast--> kena cuba uools kalau ke sini...
Roti yang diluar bersalut telur dengan rasa lepa mentega dan juga madu..

Dan isinya adalah lepa mentega kacang...

Memang thorbaek!!!

Ini adalah Kungfu Berger! My Dedet cakap ni antara berger yang sedappernah die cuba...
Daging berger itu dihasilkan dari daging ayam yang di gril enak bersama sos Kung Pao...

Jangan tak percaya, Bro Hazman (malay food blogger yang pamos amos iteww), mampu tau menghabiskan beberapa biji Kungfu berger ini hanya disebabkan kesedapan sos Kung Pao yang begitu serasi dengan ayam gril apatah lagi ianya juga dilapisi dengan roti yang lembut dan enak.

Bernaung sebagai salah satu dalam anak syarikat Paradise F&B Malaysia Sdn Bhd, tidak hairanlah Kungfu Bake Rice sentiasa komited memberi yang terbaik dalam menawarkan hidangan makanan agar dapat memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Dan uolls, kalau nak rasa makaan Kungfu Bake Rice terdapat 2 cawangan di Malaysia setakat ini iaitu di KLCC dan juga di Ground Floor Aeon Big Subang Jaya yang beroperasi seawal 10 pagi sehingga 10 malam.

Keterangan lanjut boleh layari www.paradisefnb.com.my ataupun www.facebook/paradisegroupmsia

Jom berKUNGFU!!!

1 comment:

Mama Zharfan said...

yum yum terliur tomyam tu