Monday, February 9, 2015

Masak-masak Bersama Chef Dato' Fazley

Saper tak kenal dengan Dato' Fazley kan? Ai rasa personaliti beliau mula menyerlah bila dinobatkan Pemenang Master Chef satu masa dulu. Seorang yang sangat merendah diri, mudah didekati, sentiasa meletakkan ibu dan keluarga perkara utama menjadikan Dato' antara selebriti yang berjaya dan dikagumi di Malaysia.

Di acara Masak-masak Bersama Panasonic bukan sahaja kami dapat pelajari beberapa resepi dan tips masakan dari Chef. Bahkan Chef Fazley juga sempat menghiburkan kami dengan beberapa dendangan lagu beliau. Memang ohsemmm

Secangkir kopi sebagai pembuka bicara ..chewaaahhh


 Masakan pertama "Grilled Prawn and Thai with Chili-Lime Salad"...

 Close-up sikit..di dalam resepi ini saya pelajari tentang gabungan rasa citrus. Tip dan teknik bagi menghasilkan masakan yang mewah dengan modal kecil :)


 Ini adalah masakan salmon.
Penggunaan zikuni dan juga gabungan rasa zest lemon. Dan yang menariknya ianya dimasak secara kukus.
 Hidangan yang menjadi trademark Chef Fazley ~ coklat kek..coklat kek...hikhik

 Haruslah ai cubakan...
Kita tengok hasilnya nanti ya!

 Sesi ramah mesra bersama Chef...
Wah baru ai tahu Chef Fazley sudah menjadi salah seorang tenaga pengajar kulinari di kolej dan memiliki restoran sendiri juga..

 Muka ai sangat berrminyak uolls...
Oits penat ke sana-sini uruskan aktiviti anak2 ari tu ya..

Khas buat My Anaqi yang suka masak :p

Best betul ketuhar terbaru dari Panasonic. Ada banyak function - gril, bakar, kukus dan macam2 lagi. Paling menarik operasi menggunakannya seperti telefon pintar -press and swipe...
canggih tokkkk

4 comments:

mama tisya said...

best dpt peluang camgini..sambil dpt tips masakan pastu sambil dgr die nyanyi jugak ye

shukran TQ said...

waaa.. bestnyer dpt bersemuka cam gini:) ....visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

Salma Tayo said...

sedapnya salmon! panasonic ni memang produk dia best2.

Miera Nadhirah Tan said...

bestnyer... macam seronok.....