Posts

Showing posts from March, 2015

Kenapa Saya Membuka Akaun SSPN-i Buat Anak

Image
Benda ni dah lama, kononnya simpanan untuk anak2 bila diorang masuk Universiti nanti. Tapi my laki & ai malas nak layan sangat. Ikhlas, sebab tak tertarik pun dengan faedah2 yang ditawarkan. Dengan kadar faedah yg rendah ( ± 4%) lebih baik kitorang invest kat tempat lain. Biarpun dikatakan tanpa akaun SSPN akan menyebabkan anak2 tidak layak memohon pinjaman PTPTN. Kami takde nak kalut sangat, sebabnya anak2 kami semua dah ada education fund masing2. Cuma part potongan cukai LHDN tu yang sedikit menarik. Kelebihan2 menabung dengan SSPN-i. Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke portal rasmi di bawah. http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/keistimewaan

Cuma aritu masa ai isi e-filing LHDN ai punya my laki remind balik. Dia dah tak tahan kena potong banyak2 just untuk gomen beli jet  buat 'pembangunan berhemah' so ajak ai bukak akaun SSPN-i untuk anak2. Sebab nak grab item 11 kat bawah tu la.

Pelepasan cukai untuk individu pemastautin untuk Tahun Taksiran 2010-2015No.Jenis Poton…

Alfio Raldo Sememangnya Menjadi Pilihan Bagi Pencinta Fesyen!

Image
Jenama Alfio Raldo sememangnya terkenal kepada peminat yang meminati fesyen dan gaya. Diinspirasikan dari fesyen dunia Itali, Alfio Raldo banyak mengetengahkan koleksi rekaan klasik, elegan dan variasi gaya yang sesuai mengikut acara. Selain daripada koleksinya yang begitu versatil, rekaanya juga tampil mewah dengan pelbagai warna yang menarik, sesuai untuk semua acara samada formal mahupun kasual. Apatah lagi Alfio Raldo bukan sahaja menawarkan beg tangan, bahkan jam, dompet, kasut dan shades (cermin mata hitam) yang berkualiti tinggi turut mencuri perhatian peminat fesyen. Puan Leny menyambut kami dengan mesra dan sedikit pengenalan mengenai produk Alfio Ralido. Kagum sungguh saya! Rupanya produk Alfio Raldo ini begitu banyak sekali koleksi yang telah dikeluarkan dan setiap keluaran adalah sangat terhad. Esklusif gitew!
Untuk pengetahuan uolls, tahun 2015 beberapa koleksi baru dari Alfio Raldo banyak mengetengahkan warna-warna penuh keriangan seperti pelangi. Ini sejajar dengan per…

Kemeriahan Menyaksikan Pertandingan Akhir Liverpool VS MU Yang Dibawakan FOX SPORTS ASIA

Image
Pada hari Ahad minggu yang lepas bertempat di Sunway Giza, Kota Damansara  beratus-ratus peminat telah menyaksikan persaingan antara Liverpool FC dan Manchester United F.C.di dalam pertandingan akhir BARCLAYS PREMIER LEAGUE yang dibawakan secara langsung oleh  saluran FOX SPORTS ASIA. Mereka yang hadir awal juga telah menerima beg cenderahati dari pihak penaja :) tau uolls. Di sinilah di mana para media dan peminat 2 pasukan gergasi ini beramai-ramai menyaksikan perlawanan ini. Dan bertambah meriah lagi apabila kehadiran mereka ini dengan berpakaian jersi mengikut pasukan kegemaran masing-masing. Pelbagai hidangan makanan dan minuman yang boleh dinikmati oleh peminat yang datang menyaksikan perlawanan di sini. Semuanya ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur acara.
Selain siaran LIVE daripada "Battle of the Reds", terdapat beberapa aktiviti menarik yang dianjurkan untuk peminat. Ini termasuk Sukan Bola Sepak Simulator Fox, Sukan Double Dribble Fox dan Cabaran Bola Sepak Play …

Memperkenalkan Menu Baru "Golden Chicken" dan Kempen #PaySameOrLess Di Domino's

Image
Tidak dinafikan DOMINO'S sentiasa membuat pembaharuan dengan menawarkan menu baru yang menarik kepada para pelanggannya. Ini selaras dengan permintaan daripada pelanggan yang sentiasa mencari kelainan dalam setiap hidangan yang ditawarkan oleh DOMINO'S.
Menurut Encik Shamsul Amree, Pengurus Besar Operasi Domino's Pizza Malaysia dan Singapura,
"DOMINO'S telah melancarkan Golden Chicken bersama-sama dengan tawaran terbaru #PaySameOrLess. Sebagai sebuah syarikat yang benar-benar mengambil berat tentang pelanggan-pelanggan, kempen ini adalah satu cara untuk meyakinkan pelanggan kami bahawa mereka akan membayar yang sama, atau kurang daripada harga yang pernah ditawarkan. Ini bagi memastikan pelanggan dapat berjimat cermat dan berhati-hati dengan kenaikan kos sara hidup, terutamanya dengan pelaksanaan GST yang akan datang. Kami juga menekankan ketelusan, yang mana pelanggan dialu-alukan untuk melihat Harga Checker kami dan seterusnya membandingkan harga sebelum dan sel…