2464 Peserta Telah Menyertai "Acara Berkumur Mulut dengan Penyertaan Paling Ramai (12 Jam)"

Hari Kesihatan Mulut Sedunia memberi penekanan terhadap penjagaan mulut dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia bersama LISTERINE®, Rakan Antarabangsa Hari Kesihatan Mulut Sedunia, meraikan hari sejagat ini dengan usaha untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang baik amat penting untuk kesihatan diri keseluruhannya.
Bila mulut bersih, senyuman yang diberikan pasti menawan

Kempen yang disokong oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan ini akan menyaksikan penganjuran ‘roadshow’, inisiatif pendidikan dan program/ceramah oleh doktor gigi untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kebersihan gigi dan langkah penjagaan mulut yang lengkap di kalangan masyarakat.  


“Lazimnya, masyarakat umum hanya berjumpa doktor gigi apabila mengalami sakit atau menghadapi masalah gigi, justeru itu Hari Kesihatan Mulut Sedunia adalah masa terbaikuntuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang baik adalah penting dan harus diberi perhatian oleh semua orang tidak kira usia atau jantina,”
kata Dr Chow Kai Foo, Pengerusi Penganjur Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 (Malaysia).



Atas kesedaran kepentingan kebersihan mulut, LISTERINE® telah menganjurkan acara berkumur pada Sabtu 21 Mac dari 10 pagi hingga 10 malam di ‘Roadshow’ Hari Kesihatan Mulut Sedunia (Ruang Legar Highstreet, Aras G, Pusat Membeli-Belah 1Utama). Kempen ini adalah bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan rutin penjagaan mulut yang lengkap termasuk berkumurdengan pengkumur mulut. Selain itu, acara ini mensasarkan untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records untuk “Acara Berkumur Mulut dengan Penyertaan Paling Ramai (12 Jam)”.

Untuk pengeraguan uolls, 'roadshow’ ini juga turut mengadakan aktiviti pendidikan kesihatan mulut dan pemeriksaan gigi percuma untuk semua peringkat usia.

Berkumur beberapa saat bersama LIsterine..
Tunngu sekejap...
Jangan telan ya...

Kemudian luahkan balik listerine yang digunakan ke dalam sinki.

“Memberus gigi hanya membersih 25% daripada mulut anda dan ini tidak mencukupi. Dengan mengabaikan rutin penjagaan mulut yang lengkap, kita mengabaikan satu-satunya perkara yang membolehkan kita makan, minum, senyum dan bercakap dengan yakin. Dan ini akan menjejaskan kesihatan, perhubungan peribadi, pekerjaan dan juga harga diri kita,”

“Inilah sebabnya LISTERINE® menggunakan gabungan unik empat minyak esensial yang terbukti secara klinikal dapat membersih hampir 100% bahagian mulut, membunuh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi, nafas berbau dan penyakit gusi. Acara berkumur sepanjang hari ini serta aktiviti ‘roadshow’ yang lain adalah peluang terbaik untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang menyeluruh amat penting.”

My Ameer yang begitu teruja dengan ramainya pengunjung "roadshow" Hari Kesihatan Mulut Sedunia..

Terdapat juga jualan produk LISTERINE sepanjang "roadshow" dijalankan. Yang menariknya LISTERINE dijual dengan harga yang sangat berbaloi (ada pemotongan RM5 menerusi kupon yang diberikan kepada mereka yang telah berkumur dengan LISTERINE)

Bukan itu sahaja mereka yang menyertai kempen bekumur beramai-ramai ini juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma.



Setiap pengunjung yang membeli produk LISTERINE di roadshow berpeluang juga memenangi hadiah hamper J&J bernilai RM50.

Untung uollls, sebab hadiah yang ditawarkan memang banyak..


Mereka yang bersama berkumur dengan LISTERINE di sini juga diberikan satu kupon RM5 (untuk pembiaan LISTERINE di Guardian) dan juga sebotol LISTERINE.

Kempen ini juga disertai oleh DJ BEn dari Fly.fm

Untuk rekod jumlah yang menyertai  “Acara Berkumur Mulut dengan Penyertaan Paling Ramai (12 Jam)” ialah 2464!!!
*token untuk semua pengunjung yang terlibat dengan kempen :)

Dapatkan maklumat lanjut tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 daripada www.listerine.com.my atau ‘LIKE’ laman Facebook  LISTERINE® Malaysia di www.facebook.com/ListerineMalaysia.

2464 Peserta Telah Menyertai "Acara Berkumur Mulut dengan Penyertaan Paling Ramai (12 Jam)" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 24, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. wah bestnya..Uollss pegi yer? Ayu tak cihat hari tu plus jauh kan... I dok seremban, kalau dekat tu..tak sihat pun terjah gak kejab..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.