Monday, March 9, 2015

Review: Baby Room Esklusif Terbaru Di Sunway Piramid

Mempunyai anak kecil, kalau dibawa jalan-jalan memang kita perlukan satu ruang atau perhentian. Ini terutamanya apabila anak kecil kita itu sudah meragam untuk menyusu ataupun untuk menukar lampin pakai buang...
Jadi, apabila kompleks membeli-belah ada menyediakan semua kemudahan yang diperlukan oleh ibu yang mempunyai anak kecil seperti saya. Secara tidak langsung saya tidak perlu risau untuk keluar berjalan-jalan samda untuk membeli-belah atau makan-makan bersama keluarga.

So, hujung minggu lepas saya berkesempatan berjalan di Sunway Piramid. Seperti yang kita tahu Sunway Piramid ibarat syurga membeli-belah dan banyak sekali restoran dengan pelbagai pilihan menu. Bila dah berjalan bersama keluarga dari pagi hingga ke petang sememangnya My Ameer perlukan tempat untuk menukar lampinya dan untuk minum susu!


Apa lagi saya terus mencari Baby Room.... :)

Yang beshnya! Baby Room di LG1 Orange Concourse (bersebelahan dengan Butik Bonita) telah dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengunjung Sunway Piramid.

 Suasana bilik yang selesa dan bersih menjadikan saya begitu yakin untuk menukarkan "lampin pakai buang" my Ameer di sini.

 Apatah lagi berdekatan dengan tempat persalinan lampin turut disediakan "pencuci" yang sesuai untuk bayi.

 Ruang untuk membasuh tangan dan botol juga bersih dan luas. Tambah menarik dengan cermin deko serba guna di hadapan sinki.

 Bilik untuk menyusu yang sangat santai uolls...
Terdapat juga majalah di meja sudut. So sambil ibu2 menyusu anak bolehlah membaca bahan santai yang disediakan.

 Kerusi yang empuk dengan sentuhan dekorasi minimalis!!!

 Tong sampah juga disediakan bagi memudahkan ibu untuk membuang segala kotoran seperti lampin pakai buang yang telah digunakan. Ada juga telefon kecemasan berhampiran dengan pintu.

 Sabun sesuai untuk bayi dan dewasa, boleh pilih ya!

 Ada juga disediakan air panas dan air sejuk so kalau ibubapa nak bancuh susu buat anak masing2 memang tidak ada masalah..

 See..........................
Cantik, kemas dan hiasan menarik ..
Memberi keselesaan yang terbaik!!

Lepas ni tidak ada masalah untuk keluar shopping di Sunway Piramid seisi keluarga,
Dengan adanya Baby Room terbaru yang memenuhi keperluan dan keselesaan si manja!!

4 comments:

Mama Zharfan said...

nmpk sgt comfy dan baru

mummy_ayu said...

Dah gie dah...best best!!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cantik boleh tido baring hihi

Wildan said...

Tempatnya sangat cantik dan nyaman