Monday, March 16, 2015

Revolusi Penjagaan Badan Terbaru Dari Nivea!

Hi, uoolls!!

Tidak dinafikan kulit yang cantik sering dikaitkan dengan kulit yang bermaya. Namun majoriti wanita Asia mahukan lebih daripada itu. Mereka sentiasa mencari inovasi terbaru dalam menzahirkan kulit cerah sempurna kerana ia adalah faktor utama dalam menentukan erti kecantikan bagi wanita di Asia.

Pastinya keinginan untuk memiliki kulit yang cantik tidak berakhir disitu sahaja. Wanita mahukan kulit yang anjal dan tegang supaya mereka kelihatan muda. Ahem..macam ai uolls...Namun ia adalah sukar untuk memiliki kulit yang cantik, cerah dan anjal kerana tiada produk penjagaan kulit badan di pasaran yang memberikan manfaat dua dalam satu mencerah dan menganjal secara serentak. Oleh itu, ramai wanita bergantung kepada fesyen untuk mengaburi rasa tidak yakin terhadap bahagian tubuh badan yang bermasalah.

Memahami situasi ini, NIVEA sebagai peneraju jenama produk penjagaan kulit antarabangsa berdedikasi dalam memenuhi kehendak khsusus setiap wanita untuk memiliki kulit yang cantik. NIVEA telah mengambil pendekatan baru dalam kategori produk penjagaan kulit badan dengan inovasi produk yang menggabungkan formulasi 95% keaslian Vitamin C dan Q10.  Ini merupakan produk yang pertama di Malaysia yang menawarkan dwi fungsi; manfaat mencerah dan menganjalkan kulit badan dalam satu aplikasi.

NIVEA telah Nivea turut melancarkan kempen ‘Flaunt it. Fair and Firm”, yang mana majlis pelancaran ini dihoskan oleh Nadia Heng.

Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas oleh Jaren Ong, Pengurus Kanan Produk Beiersdorf Malaysia. Menurut Jaren

“Selama lebih dari 100 tahun, NIVEA telah menerajui kategori produk penjagaan kulit dan sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik. Sebagai pakar kulit melalui inovasi produk, kami sentiasa meletakkan keperluan dan kehendak khusus setiap pengguna sebagai tunggak utama di dalam menghasilkan sesebuah inovasi produk. Pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit badan mencerah dan menganjal yang pertama di Malaysia, ini merupakan sebuah pencapaian inovasi produk bagi kami dan para pengguna NIVEA”.

Pelancaran kempen ini juga adalah bersempena dengan kehadiran inovasi produk mencerah dan menganjal yang pertama daripada NIVEA. Untuk pengetahuan uolss ya objektif kempen ini adalah untuk membantu memberikan kesedaran bahawa kulit yang cerah dan anjal adalah definisi gaya fesyen yang sebenar. Kini mereka tidak perlu menutup kekurangan diri dengan berselindung disebalik gaya pakaian, sebaliknya tampil yakin dengan kulit cerah dan anjal mereka
Rangkaian produk terbaru mencerah dan menganjal NIVEA ini bukan sahaja menawarkan manfaat mencerahkan kulit malah ia juga turut menganjalkan kulit. Dengan pelancaran produk ini, NIVEA merupakan jenama penjagaan kulit pertama yang melancarkan produk penjagaan kulit badan yang menggabungkan Vitamin C & Q10 untuk manfaat kecantikan kulit yang lebih cerah dan anjal.

Rangkaian produk terbaru dari NIVEA ini menggunakan Vitamin C dengan 95% keaslian untuk merawat kulit kusam dan tidak sekata akibat pendedahan kepada sinaran matahari. Manakala Q10 pula adalah coenzyme yang terdapat di dalam sel manusia yang membekalkan tenaga kepada sel kulit manusia. Walaubagaimanapun, kadar coenzyme menurun apabila usia semakin meningkat. Justeru itu, NIVEA Q10 terkenal dengan manfaat anti kedutan, anti oksidan dan merangsang tenaga sel kulit menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Gabungan kedua-dua bahan utama ini dalam formulasi produk terbaru NIVEA ini, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang dengan aplikasi yang berterusan.

Ketika berlangsungnya majlis pelancaran produk terbaru ini, NIVEA turut menjemput Dr.Siddique yang merupakan seorang pakar Dermatologi Aestetik untuk berkongsi pendapat pakar beliau tentang kepentingan Vitamin C dan Q10 coenzyme selain berkongsi pendapat tentang keinginan wanita dalam memiliki kulit cerah dan anjal.


Jelas Dr.Siddique,

 “Vitamin C boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan untuk mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata dan kedutan. Antioksidan ini bertindak dengan mempercepatkan sistem pemulihan semula jadi kulit dan dengan secara langsung menghalang kerosakan yang lebih teruk. Q10 memainkan peranan penting dalam memastikan kulit kelihatan lebih muda. Namun Q10 akan mula berkurangan apabila anda semakin berusia. Kebanyakkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas mempunyai kadar Q10 dibawah tahap optimum. Ini mengurangkan kemampuannya untuk menghasil kolagen dan elastin. Kolagen amat penting kerana ia membuatkan kulit ada anjal, manakala Elastin mebuatkan kulit lebih fleksibel. Kehilangan Kolagen dan Elastin menyebabkan kulit berkedut dan kendur.  Penggunaan produk penjagaan kulit luaran yang mengandungi Q10 dapat membantu kulit menjadi lebih anjal dengan berkesan kerana ia dapat meresap terus kedalam kulit memberikan antioksidan yang menghasilkan kolagen serta elastin”.


Dalam panel diskusi mengenai kempen, pihak NIVEA juga telah menjemput Emely Poon iaitu seorang personaliti radio dan TV. Menurut Emely beliau mempunyai gaya hidup yang aktif. Oleh kerana beliau menggemari aktiviti luar, beliau gemar memilih gaya fesyen yang santai sekaligus mendedahkan kulit beliau kepada sinaran UV yang merberbahaya. 

“Sinaran UV matahari mendedahkan kulit saya kepada risiko kulit kusam dan tidak sekata. Ini menyukarkan saya untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan hebat. Kadangkala saya terpaksa mengkompromikan gaya fesyen saya dengan memilih pakaian yang lebih tertutup untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Tetapi jika saya diberi pilihan saya tidak mahu menukar gaya fesyen saya. Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA ini adalah jawapan kepada keperluan khusus kulit saya. Ia bukan sahaja melindungi kulit saya daripada kerosakan kulit akibat sinaran matahri malah membuat kulit saya sentiasa cerah dan anjal. Kini saya tidak perlu risau lagi dan menyerlahkan kelebihan kulit saya”, 
kata Emely dengan penuh ceria.

Rangkaian NIVEA WHITENING & FIRMING terdapat dalam 3 Kategori

Losyen NIVEA Whitening & Firming -  Harga bermula dari RM10.50
-       Losyen Badan NIVEA Instant White Firming SP15
-       Losyen Badan NIVEA Extra White Firming

Serum NIVEA Whitening & Firming - Harga bermula dari RM 9.50
-       Serum Badan NIVEA Anti-Age White Firming dengan SPF 33
-       Serum Badan NIVEA Extra White Firming dengan SPF 33
-       Serum Badan NIVEA Instant White Firming dengan Serum SPF 33
-       Serum badan NIVEA Night White Firming

Krim NIVEA Whitening & Firming Cream – Harga bermula dari RM 12.90
-       Krim Badan NIVEA White & Repair UV


Kemeriahan kempen “Flaunt it. Fair and Firm” ini akan berlangsung sehingga bulan April 2015 di mana NIVEA secara eksklusif akan membawa Adam Saaks dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk sebuah pertunjukan fesyen istimewa di mana beliau akan mempersembahkan demonstrasi bakat beliau mencipta gaya fesyen pakaian dengan sebilah gunting. Seiring dengan trend gaya fesyen “cut-out” yang menjadi ikutan fashionista seluruh dunia, mesej yang ingin disampaikan melalui pertunjukkan fesyen ini adalah,  seandainya anda memiliki kulit yang cerah dan anjal anda mampu menyerlahkan kelebihan kulit anda dengan apa sahaja gaya fesyen.

Adam Saaks terkenal untuk persembahan memotong pakaian secara langsung beliau. Beliau telah menempa nama dipersada fesyen antarabangsa sebagai salah seorang invidu dengan bakat seni yang amat unik di dunia ini.  Digelari sebagai  ‘‘The Master Shredder“ dan ‘‘Adam Scissor Hands“, beliau telah bekerjasama  dengan bintang-bintang ternama Hollywood dan sentiasa memperkenal trend gaya terkini dengan potongan yang terperinci dan tepat serta teknik mencarik pakaian yang dimiliki beliau.



**********

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, para pengguna boleh melayari laman facebook rasmi NIVEA di  https://www.facebook.com/mynivea atau perjalanan kempen “Flaunt it. Fair & Firm” yang menampilkan Adam Saaks, Yasmin Hani dan Emely Poon di laman rasmi Youtube NIVEA di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA.  Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA boleh di dapati di semua farmasi, pasaraya hyper, pasaraya utama, pasaraya mini dan kedai serbaneka yang terpilih di seluruh Malaysia

No comments: