Wednesday, March 25, 2015

Walk & Hunt, Dan Kenalkan Singa Putih di Sunway Lagoon

Buat pertama kalinya Sunway Lagoon telah menganjurkan Walk & Hunt yang melibatkan pelbagai lapisan masyarat boleh untuk turut serta. Paling besh terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang aktiviti berlangsung :=)

Setiap pasukan terdiri antara 4-6 orang tidak kira usia dan bangsa. Ahem, untuk pengetahuan uolls Walk&Hunt ini diadakan untuk mendidik orang ramai mengenai hidupan liar dan juga untuk mempromosikan Taman Hidupan Liar yang kini sudah berwajah baru.

So, saya tak berpeluang untuk menyertai Walk &Hunt ini. Dalam team saya terdiri My Anaqi, Akid dan Afiq. Gegeh!
Ok, sebelum acara bermula kitaorang buat zumba dulu, aktiviti memanaskan badan.
Seterusnya acara pelepasan peserta dimulakan. Dan ianya dilakukan oleh VIP yang dijemput berserta artis Chichi dan ChaCha; dan juga beberapa ikon maskot Sunway Lagoon. Antaranya seperti Kapten dan Lady Quack, Leo Sunway Pyramid dan Leona, Beruang Samson dari Universiti Sunway, Chichi dan Chacha serta Maskot Milo.

Meriah kan uolls.
Semuanya begitu teruja..


Acara Walk & Hunt ini adalah acara walkathon yang digabungkan berjalan sambil mencari harta karun yang berlangsung di Wildlife Park. Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan mereka juga diberikan semua aksess di Sunway Lagoon sepanjang hari. Paling menarik peserta yang berjaya menjawab dengan pantas dan tepat berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai lebih RM14,000 dari Sunway Resort Hotel & Spa, Lost World of Tambun, Lost World Hotel dan Sunway Lagoon.

Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon merupakan yang pertama di Malaysia yang menawarkan konsep pendidikan secara interaktif yang membawa pengenalan kepada 150  spesis haiwan eksotik yang hidup dan lebih daripada 80 spesis haiwan eksotik yang diletakkan dalam pameran. Yang menariknya haiwan eksotik ini bukan sahaja kecil tapi ianya cukup mesra, burung, ikan, reptilia dan mamalia. Dan jangan tak tahu uolls terdapat juga penambahan baru ke taman pendidikan, antaranya seperti singa putih, monyet kecil kerdil dan lain-lain.

Terdapat 2 task yang kami buat (setiap kumpulan)
1. Kena jawab soalan (ada lebih 10 soalan), semuanya mengenai haiwang di dalam Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon. Ada klu, dan yang pastinya semua klu yang diberikan agak unik.
2. Kena buat aktiviti (ada 10 aktiviti). 

Antara aktiviti yang sempat saya rakamkan ya...
Bagi makan dengan arnab...

Tangkap 4 ekor anak ikan..

Kena bergambar gaya "Muskeeter"
Kiut gilerr...alololo...ai takleh tahan tengok gambar keluarga Nannie Isa, hahahahah

Kena lompat sejauh harimau....
Ala-ala buat lompat jauh ler ni...

Bergambar dengan landak kat sini yerrrr

Kena teka saper Kak Suzy yang seksi, hehehe

Selfie dengan monkey!!!

Dan banyak lagi.......

Jangan tak percaya team saya dapat habiskan semua task yang diberikan...
Chaiyok!!!

Seterusnya Sunway Lagoon juga telah mengumumkan pemenang untuk Peraduan“Name the King and Queen of the Jungle @ Sunway Lagoon” yang mana pertandingan ini telah diadakan pada tahun lepas. Dan pihak juri telah bersetuju memilih Jonny Wong Kwei Ji yang berusia 36 tahun, yang telah menamakan "the white LION"  sebagai Zola (jantan) dan Zuri (betina), yang membawa maksud cinta dan cantik. Pemenang telah menerimaSamsung Galaxy Note 4 yang terbaru.

"Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran semula Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon yang menghimpunkan pelbagai spesies haiwan eksotik. Dan saya juga percaya bahawa dengan pengubahsuaian Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon, ini akan terus dapat menarik perhatian pengunjung tempatan dan seluruh dunia. Sekaligus berpeluang mempromosikan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia. "

Puan Noorul Ashikin Binti Mohd Din, Pengurus Besar Tourism Selangor

Sementara menanti keputusan pemenang..
Kami dihiburkan dengan pertunjukkan dari Sunway Lagoon..



Dan tibalah pengumuman pemenang...
team ini menjadi JUARA uolls...
Siyes kagum....
Dengan 3 orang anak kecil, grup ini berjaya menghabiskan semua task dengan cemerlang dan paling pantas!
Semua pemenang...
Cla clap
So, uolls jangan lupa kunjungi Sunway Lagoon tau...
Untuk melihat sendiri ahli baru dalam Taman Hidupan Liar di sini...

Kenalkan Zola (jantan) dan Zuri (betina)!!!

Sambil mandi-manda, bersakan di EXtreme Park, bermain pelbagai mainan dan banyak lagi .....Jangan lupa terjah Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon juga ya :=)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di + 603-5639 0000 atau layari ke laman web Sunway Lagoon di www.sunwaylagoon.com atau laman Facebook di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

3 comments:

Misz-ella Ismail said...

Yeayy .. seronok, kan

Misz-ella Ismail said...

Yeayy .. seronok, kan

Sherry said...

fun event, water park we played but no snap pic as I jaga son.