Butik Duchess Menawarkan Pelbagai Barangan Yang Fabulous!!

DUCHESS membawa maksud  "a woman holding a rank equivalent to duke in her own right". Seumpamanya kedudukan wanita yang hebat, Butik Duchess menawarkan pelbagai koleksi terbaik khasnya buat wanita yang berketerampilan seperti pakaian dan juga perhiasan diri seperti jam tangan, shades, kerongsang baju, tas tangan dan pelbagai lagi.
Berpeluang melihat sendiri barangan yang ditawarkan di majlis pelancaran butik sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi, pelbagai tawaran yang menarik diberikan kepada pengunjung pada hari pembukaan.
Selain tawaran harga menarik, pelbagai aktiviti turut disediakan buat pengunjung butik. Antaranya segmen tips dalam penggayaan pakaian mengikut kesesuaian acara dan bentuk badan. Banyak juga info yang saya perolehi dalam segmen ini :)

Antara koleksi pakaian yang mencuri tumpuan saya ketika berada di sini...
Blouse putih ini rekaannya memang unik. Apatah lagi fabriknya sangat lembut dan mudah digosok :p
Terdapat juga pakaian pre-loved yang dijual di sini. Kebanyakannya adalah jaket wanita dan juga kemeja yang mempunyai pelbagai potongan menarik. Harga dalam RM20 ke atas sahaja.
T-shirt esklusif Duchess!!!
Bagi mereka yang suka kelainan dan ingin tampil ciri-ciri keberanian. Leopard stripes antara harus menjadi pilihan...
Terdapat juga koleksi baju melayu pelbagai warna yang ceria dari dewasa sehinggalah kanak-kanak.
Baju kurung moden dengan rekaan yang menarik, didatangkan hanya beberapa koleksi sahaja memandangkan ianya begitu "special limited edition".
Saya merembat blouse floral uollls... Nampak ringkas sahaja rekaannya bukan? Tapi sebenarnya baju ini mempunyai potongan pendek di bahagian hadapan dan labuh di bahagaian belakang. Harganya RM20 sahaja. Serius! Murah dan berbaloi, ai likeeee....
Terdapat juga tudung shawl instant yang dijual di sini. Cuma tinggal kita pilih warna dan rekaan yang didambakan, memang rambang mata ketika membuat pemilihan.
Uolls juga boleh mencuba terlebih dahulu pakaian yang hendak dibeli. Terdapat bilik "fitting" di sini untuk uolls mencuba pakaian yang diminati sehingga puas hati baru beli ~ ahem, kepuasan pelanggan diutamakan!
Koleksi jam tangan yang trendy...
Clutch warna-warni dan rantai sebagai aksesori juga terdapat di sini.
Untuk mereka yang mahukan lebih pilihan dalam penggayaan harian :p

Sepanjang saya bershopping di sini, saya juga berpeluang menyaksikan pertunjukkan hebat yang penuh skil dari grup ekstrem yang terlatih ini.
Adik ni baru berusia 11 tahun uolls... Tapi mampu melakukan aktiviti ini atas latihan yang bersungguh dan minat dalam aktiviti ekstrem ini.
Melentok abiss...
Yup, ini adalah ahli kumpulan yang berjaya membuat persembahan yang benar-benar mampu menarik perhatian pengunjung di hari pembukaan.
Saya juga tertarik dengan dekorasi butik ini. Pengcahayaan dari bentuk lampu yang menarik pandangan...
Reka letak susun atur begitu kemas memudahkan pencarian barangan...
Terdapat juga ruang santai, untuk pengunjung yang datang bersama keluarga mahupun rakan taulan.
Ok, uollls jangan lupa terjah!

Duchess Closet,
F-16-G & F-18-G,
Jalan Serai Wangi  N 16/N,
Alam Avenue 2, Seksyen 16, 
Shah Alam, Selangor.

Keterangan lanjut boleh layari... www.duchesscloset.com

duchess
fabulousity begins here!

Butik Duchess Menawarkan Pelbagai Barangan Yang Fabulous!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 29, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. kalau muja gi ni,, mungkin tak jumpa dah jalan keluar.. hahaa

    ReplyDelete
  2. muja---murah giler muja....mmg ssh nak kembali ke pangkal jalan hahahah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.