Monday, April 20, 2015

High Tea Bersama Alfio Raldo | Pelancaran Koleksi Terbaru

Berpeluang menghadiri Hi-Tea bersama Alfio Raldo memberi peluang untuk saya melihat sendiri dari dekat produk "terbaru" dan "hot" dari Alfio Raldo. Jenama yang sememangnya tidak asing lagi bagi pengemar fesyen. Bukan sahaja kerana jenama itu sendiri tetapi juga fesyen yang diperkenalkan telah menjadi ikutan dan menepati citarasa fesyen terkini. 

Telah bertapak lebih dari 18 tahun, jenama Alfio Raldo sememangnya tidak gentar untuk bersaing dengan jenama sedia ada malah jenama Alfio Raldo semakin mendapat tempat di hati pengemar fesyen. Ianya juga menjadi bualan dek kerana koleksi yang ditawarkan begitu klasik dan elegan serta sesuai digayakan dalam semua acara. 
Alfio Raldo telah memperkenalkan koleksinya yang terbaru, sememangnya begitu ranggi dan elegan dengan warna-warna garang dan menarik direka bagi disuaipadankan untuk dipakai ke semua acara seperti rumah terbuka, majlis rasmi malah juga untuk acara santai.
Kasut yang menjadi fesyen terkini seperti Wedges, tumit tinggi, sandal, sneakers dan loafers. Pasti anda akan berasa lebih yakin dengan ayunan langkah yang penuh bergaya dengan koleksi terbaru Alfio Raldo. 

Juga tidak dilupakan pilihan untuk tas tangan , tote bag, handheld.
Oleh kerana tahun 2015 adalah tahun fesyen gemilang dengan warna-warna ceria bagaikan pelangi, koleksi Alfio Raldo pasti tidak akan mengecewakan dengan adunan kualiti dan citarasa fesyen yang tinggi mengikut peredaran fesyen terkini. Warna hijau, merah, kuning & biru bagi koleksi terbaru Alfio Raldo pasti akan memberi keyakinan bagi si pemakai.
Kini, koleksi Alfio Raldo ditambah lagi dengan cermin mata hitam dan jam tangan yang begitu eksklusif. Menepati citarasa semua lapisan umur dan pengemar fesyen semasa. Begitu indah dipakai dan digayakan dengan koleksi beg tangan dan kasut Alfio Raldo yang begitu menawan. Koleksi yang begitu elegan dengan buatan yang begitu teliti akan membuat anda merasa amat dihargai. Kualiti produk Alfio Raldo tidak boleh disangkal lagi kerana ianya bukan sahaja di perhalusi dengan jahitan yang amat sempurna malahan ianya adalah dari kulit yang bermutu tinggi. Setiap barangan yang dihasilkan akan diperhalusi supaya ianya menepati kualiti yang dikehendaki oleh jenama Alfio Raldo.
Bagi pengemar koleksi Alfio Raldo, katalog terbaru ini adalah amat dinanti-nantikan. Selain dari fesyen yang terkini, koleksi ini juga adalah koleksi yang harus dimiliki :)
Antara para media yang mengghadiri majlis Hi-Tea yang glam ini :)
“Bergaya mengikut majlis dan aktiviti harian dan pasti semua akan terpegun dengan gaya mewah dan menawan anda nanti” kata Jordan Ling selaku Pengarah Urusan Alfio Raldo.

Selain daripada media, di majlis Hi-Tea ini juga beberapa selebriti turut dijemput bagi menggayakan koleksi pilihan mereka dari koleksi Alfio Raldo yang terkini. 

Antara selebriti yang menghadiri majlis Hi-Tea;
Ifa Raziah dan suami, bahagia berdua. Koleksi tas tangan warna biru garang dan juga jam tangan rekaan esklusif menjadi pilihan pasangan bahagia ini.
Saya memang peminat dua selebriti ini. Sangat excited uolls, bila dapat berjumpa dan bergambar sama :p
*kredit pic : FB Alfio Raldo
Linda Rafar dan Syed Aiman, pasangan selebriti sejoli turut menggayakan tas tangan dan jam tangan dari jenama Alfio Raldo. Sememangnya cantik!
Ieda Moin seorang yang ceria. Tentunya warna kuning paling sesuai dengan jiwanya!
Saya sangat sukakan warna yang dipilih oleh pelakon ini. Tas tangan berwarna lembut dengan rekaan yang menarik begitu padan dengan pemilihan baju yang digayakan semasa majlis Hi-Tea ini.
Fahmi Mentor dengan aura maskulinnya sememangnya terserlah bersama kaca mata hitam yang ranggi ini.
Kamal Adli in da house uolls!!! Jejaka "HOT" ini turut menggayakan keluaran terbaru kaca mata hitam dan jam tangan Alfio Raldo.
Peminat drama bersiri CINTA IBADAH pasti kenal dengan pelakon utama siri ini. Cik Aishah yang memegang watak Siti dan Rina dalam siri ini turut bersama meluangkan masa menghadiri Hi-Tea yang dianjurkan oleh pihak Alfio Raldo. Warna lembut pastel menjadi pilihan sememangnya amat sesuai dengan penampilannya yang anggun tinggi lampai.
Bergambar kenangan selebriti bersama VIP yang menghadiri majlis santai ini. Masing-masing menggayakan koleksi Alfio Raldo yang terkini yang sememangnya anggun dan bergaya dengan adunan warna mewah dan klasik.
Unuk pengetahuan uolls, Alfio Raldo kini telah maju setapak lagi apabila telah menembusi pasaraya besar seperti Parkson Grand, Isetan, Metrojaya & AEON Jusco. Produk ini juga boleh didapati di butik-butik Alfio Raldo di serata Semenanjung Malaysia, selain daripada pembelian secara talian di Zalora.
Kini produk Alfio Raldo telah setanding dengan jenama antarabangsa dan menjadi tarikan bagi pengemar fesyen. Jenama Alfio Raldo telah menjadi kemestian bagi yang gemar membeli-belah bagi barangan keperluan kasut & tas tangan. Rekaan yang tidak pernah mengecewakan dan pasti gaya anda tidak akan lengkap tanpa jenama Alfio Raldo.

Terima kasih Alfio Raldo dan Hai Blogger atas jemputan!

3 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya dpt handbag tu :)

mummy_ayu said...

wah..bestnya..dpt join event2 mcm ni..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cantik linda rafar tue