Wednesday, April 8, 2015

Himalaya Wellness, Membantu Atasi Halangan Masalah Mulut Berbau

Pernahkan uolls rasa nafas auolls berbau? Hmmmm bagaimana uolls nak tahu nafas yang keluar dari mulut uolls menyenangkan atau kurang menyenangkan? Adakah kita sedar bahawa bukan diri kita yang menakutkan orang lain, tapi ianya nafas iolls! Memang memalukan kan, huhuhu

Sama ada suka atau tidak, kita hidup di dunia yang mengutamakan penampilan luaran. Gambaran
awal, terutamanya , menentukan sama ada anda berjaya melakukannya atau tidak. Ini adalah cabaran
utama kepada belia Malaysia yang sentiasa bersaing ketika bekerja atau bermain. Menyesuaikan diri
dalam terma ‘penerimaan’ boleh menyebabkan tekanan dan fokus pada penjagaan diri, walau pun
bukan menjadi keutamaan, boleh mencetuskan perbezaan pada dunia! Nafas berbau, kulit kering,
kelemumur… semuanya membawa kepada sesetengah stigma untuk mereka yang malang, namun,
kita tidak patut menuding jari atau memulaukan mereka. Kita sepatutnya mengetahui bagaimana
untuk mengatasi masalah bermula dari puncanya, maka wujudlah, kempen ‘Himalaya Wellness,
Membantu Anda Atasi Halangan’



Menurut Denise Yan, Pengurus Besar Pemasaran Embun Elit, pengedar tunggal jenama Himalaya
di Malaysia ;

Isu seperti nafas berbau, bukanlah satu kekurangan pada seseorang - ia hanyalah perkara biasa yang memerlukan perhatian dan tindakan yang cepat. Sebagaimana kami
janjikan, matlamat kami untuk terus membawa penjagaan kesihatan dalam setiap rumah dan melalui
kempen ini, terutamanya bagi golongan belia, untuk menggalakkan mereka berjalan keluar dengan
yakin, mengetahui halangan yang memalukan dan kurang selesa ini bukanlah terlalu mencabar –
ianya isu yang boleh diselesaikan bersama Himalaya. Oleh itu, marilah kita mengorak langkah untuk
menghilangkan nafas berbau dengan penjagaan oral yang lengkap dan tingkatkan keyakinan diri!”

“Sebagai pengguna yang peka pada bahan kimia dan lain-lain kandungan dalam produk yang mereka gunakan, tahap penerimaan dan penggunaan produk herba oleh pengguna dilihat semakin meningkat secara keseluruhannya. Kami berterusan memperkenalkan bahan semulajadi yang bersifat menyembuhkan, seperti delima, cengkih, bayam dan bahan lain sepertinya digunakan dalam rangkaian produk kami, dan tidak hairanlah ubat gigi kami adalah produk jualan terbaik” 


Himalaya bersemangat untuk membantu lelaki dan wanita memperoleh rutin penjagaan diri
sepanjang hari yang sihat dan selesa dari hujung rambut hingga kaki. Nafas berbau adalah masalah
memalukan. Oleh itu, ubat gigi Himalaya diformulasikan untuk membantu individu mengatasi
masalah kesihatan oral seperti nafas berbau, gusi tidak sihat, gigi kekuningan dan lain-lain hal
berkaitan.


Cikedautuols  produk oral terbaru dari Himalaya :=)

Dikenali sebagai pakar herba untuk kesihatan gusi, dengan menggunakan 100% kandungan tumbuhan dan herba serta bahan yang bebas parabens, rangkaian ubat gigi Himalaya melindungi gusi anda, membantu mencegah pendarahan gusi, dan mengekalkan kesihatan gusi untuk kesegaran sepanjang hari. Rangkaian penjagaan oral Himalaya terdiri dari 4 variasi:




Himalaya Herbals Complete Care Herbal Toothpaste ialah formulasi herba terhebat dengan bahan utama seperti Neem dan Delima yang memberi perlindungan sepanjang hari dari kuman yang berbahaya dan pembentukan plak, memberikan anda dan gigi serta gusi yang sihat sepanjang hari.

Himalaya Herbals Active Fresh Herbal Toothpaste terdiri daripada bahan herba yang menyegarkan seperti menthol, miswak, cengkih, fennel dan indian dill yang memastikan kesegaran nafas bertahan lebih lama.

Himalaya Herbals Sparkling White Toothpaste ialah formulasi herba yang terbaik yang terdiri daripada miswak, betik, nenas, dan cengkih berasaskan Teknologi Enzim Tumbuhan, yang bertindak dengan menghilangkan warna tidak sekata pada permukaan gigi dalam masa 2 minggu, untuk gigi kelihatan lebih putih dan sihat.


Himalaya Herbals Sensitive Toothpaste adalah penemuan formulasi herba daripada miswak, ekstrak kulit badam dan menthol yang berasaskan Perlindungan Phyto yang memberikan kesan segera dan kelegaan berpanjangan untuk gigi yang sensitive. 

 Setiap produk boleh didapati dengan berat 100g dan berharga RM11.90 untuk produk ubat gigi Complete Care and Active Fresh. Manakala untuk produk ubat gigi Sparkling White and Sensitive pula berharga RM12.90. Rangkaian produk penjagaan oral Himalaya Wellness boleh didapati di rangkaian kedai Himalaya Wellness dan di farmasi-farmasi utama serta pasaraya terkemuka di seluruh negara.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan herba, layari Himalaya Wellness’s Facebook page untuk tips-tips penjagaan kesihatan yang menarik.


No comments: