Jom Sertai GUARDIAN People's Choice Award 2015 dan Menangi Pelbagai Hadiah Ohsemmmm!!

*Maafkan ai dengan tajuk entri yang terlalu panjang...coz am I so excited, nak war2kan pasal peraduan terbaru dari Guardian ni uollls... keh keh keh

Yabedabeduuuu...
Yeszaaa,,,,
GUARDIAN People's Choice Award 2015, kembali lagi!!!
Seperti tahun yang sebelum-sebelumnya, tahun 2015 GUARDIAN sekali lagi menganjurkan peraduan ini dengan memberi peluang kepada pelanggannya yang setia untuk menyertai dan berpeluang memenangi hadiah yang lumayan.

"Sejak dimulakan 14 tahun lalu, People's Choice Award Guardian semakin berkembang dan semakin popular di kalangan pengguna dari tahun ke tahun. Platform ini bukan sahaja membantu  pelanggan kami melibatkan diri mereka, ia juga membantu rakan niaga dan pemilik jenama untuk kekal relevan kepada kehendak penggunan yangs entiasa berubah"

Pengurus Jualan Guardian, Cik Adeline Wong

Ok, uolls...
Sebelum ai mewar-warkan tentang peraduan terbaru dari GUARDIAN, cikedaut terlebih dahulu ya tentang aktiviti yang sempat kami para media sempat sertai...


Umpama sesi gather-gather bersama lifestyle blogger gitew...

Permainan secara individu, kami perlu selesaikan beberapa task yang agak mecabar minda,ahaks...
Kena pandai cari klu menerusi item yang disenarai pendek dalam pilihan GUARDIAN People's Choice Award 2015.

Gegeh mak tau!!!
Gambar berlari-lari cari kepingan puzzle takdelah amik beria..
Tapi gambar selfie ngan maskot LINE memang berlambakan kot dalam phone, hahaha
*Ada task selfiee....

Bersama Encik Brown yang mukanya nampak garang tapi baik hati... :)

Dengan Adik Cony yang super duper cute!!!!

Ada 16 task uollls...

Dapat 16 kepingan puzzle..
Selesaikan.....jadi macam ni....


Hokeh ai kalah, hahahahahaha
Tak cukup hebat mengatasi the Charlie Angels- Rane, Miriam dan Sarah (kredit pic kak Ella FB)

Anyoyongggg yongggg
Muahhhh, omeiiinya..Nak jer ai bawak balik...
Erkk bawak balik costume ajaa, bukan orang dalam costume ier, kehkeh

\
PENGUMUMAN BUAT PELANGAN-PELANGAN TEGAR GUARDIAN *jeritan bergema*

Ada 3 peraduan yang dianjurkan oleh GUARDIAN yup..
Dan semuanya bermula dari 4 April 2015 sehingga 28 April 2015
1. Undi dan Menang People's Choice Award

Hadiah yang ditawarkan:
1 x Hadiah Utama: Pakej Perjalanan ke Australia bernilai RM10,000 (wooooot)
10 x Hadiah Pertama : Kad Hadiah Petronas bernilai RM1,000
20 x Hadiah Kedua :  BAucer Hadiah Guardian bermilai RM300
30 x Hadiah Guardian bernilai RM100
50 Hadiah Saguhati : Baucer Hadiah Guardian bernilai RM50


Tiada jumlah minimum pembelian disyaratkan. Hendak menyertai belilah apa sahaja barangan di GUARDIAN. Menarik bukan? Uolls boleh sertai samada dengan mengisi borang bercetak yang boleh didapati dimana-mana GUARDIAn ataupun melalui undian online di www.facebook.com/guardianmalaysia (bagi yang vote online, kena sempan resit ya bagi tuntutan hadiah sekiranya dipilih sebagai salah seorang pemenang)

2. Kategori Teens Choice Award

Tiada pembelian kenakan - wooooooooooooooooooooooooooot

Hadiah yang ditawarkan:
1 x Hadiah Utama: MacBook Air 13-inci bernilai RM3,499
2 x Hadiah Pertama : IPhone 6 RM2,549
1 x Hadiah Kedua :  PlayStation 4, RM1,549


Yang ini istimewanya terbuka untuk mereka yang berumur 13-19 tahun untuk memilih produk kegemaran yang biasanya dibeli dari GUARDIAN.


#Terdapat 60 kategori penyertaan dan hampir 300 produk yang dipertandingkan dalam People's Choice Award dan Teen Choice Award. Ianya merangkumi produk penjagaan rambut, penjagaan muka, kosmetik, suplemen, aksesori dan pelbagai lagi.

3. LINE Camera Selfie

Peraduan yang memerlukan uolls berselfie dengan mana-mana produk yang dipertandingkan menggunakan LINE Apps secara kreatif :)

Hadiah yang ditawarkan:
1 x Hadiah Utama: IPhone 6 RM2,549
1 x Hadiah Pertama : Canon Powershoot bernilai RM999
10 x Hadiah Kedua :  Guardian e-voucher bernilai RM100 setiap satu
100 x Hadiah Saguhati : Patung LINE bernilai RM60 setiap satu

Keterangan lanjut boleh layari: www.guardianmalaysia.com/selfie

gambateh...

Jom Sertai GUARDIAN People's Choice Award 2015 dan Menangi Pelbagai Hadiah Ohsemmmm!! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 06, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. every year join tp mcm pyh nak sangkut...sbb pure luck kan..

    ReplyDelete
  2. seronok.. lari sakan masa treasure hunt tu hahaha :P teringat balik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.