Friday, April 10, 2015

Kediaman BoBoiBoy di Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak

Giler best layan lagu tema Boboi...
Sangat "catchy" dan bersemangat betul, memang terbaik adunan lirik dan lagu tema ni uolls..
Kenalkan watak utama depan dari kiri -Fang, BoBoiBoy belakang dari kiri - Gopal, Yaya dan Ying


Satu majlis memperkenalkan kediaman BoboiBoy di Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) Perak yang mana untuk pengetahuan uolls ini merupakan antara projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai & pelancongan di Malaysia.



 Yang beshnya ianya bakal meliputi lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara siaran langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. MAPS memenuhi tarikan sekeluarga dan pengunjung daripada semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun


Pada mereka yang sukakan cabaran ...

Antara yang menarik, pertunjukkan aksi stunt!


Unik dan cantik!


Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata: 
“Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.”

“Animasi Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia, DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean



Berlangsung sejajar dengan Ulang Tahun ke-4 BoBoiBoy, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak mengumumkan bahawa syarikatnya kini telah menemui ‘kediaman’ sempurna untuk BoBoiBoy di MAPS




Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak  boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D. 











Yang menarik ada Kokotiam ala-ala kedai kopitian ada juga uoolls..




 Kokotiam Tok Aba antara tarikan yang mesti dikunjungi kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman yang terkenal dengan minuman koko panasnya. Cenderahati BoBoiBoy turut ada dijual di Kokotiam

Rakyat Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di taman tema filem animasi pertama Asia, MAPS.

Uiks, tak sambar nak tunggu taman tema ini dibuka!!! Ai pasti terjah uolls :)

Untuk keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, layari www.mapsperak.com dan Facebook www.facebook.com/mapsperak.

Terbhaekkkk!!

3 comments:

mummy_ayu said...

wah..menariksnya. Nie kalau bukak nie, confirm anak2 Ayu ajak terjah sbb dua2 pun minat boboiboy nie..
best best!!

Misz-ella Ismail said...

Kak Ella pun tak sabar .. Boboiboy .. Yeayy! *nyanyi hepi* haha

Azyyati Liah said...

Terbaiklah! Agak-agak setaraf USS ke nanti.