Keseronokan Bersukaneka Setahun Sekali

Acara sukaneka merupakan acara sukan tahunan di kebanyakan Sekolah Rendah. Dan untuk tahun ini SKTTDI (2) telah mengadakan 2 kali acara sukan tahunan yang melibatkan peringkat pertama untuk murid pra sekolah, pkpi dan tahap 1 (hanya untuk darjah 1 dan 2) dan perigkat kedua untuk tahun 3 serta murid-urid yang berada di tahap 2 (darjah 4,5 dan 6)
Seawal pagi, saya bersama My Ameer, Amani dan Afiq sudah berada di sini. My Dedet kena kerja pagi Sabtu dan anak2 yang lain sudah mempunyai agenda di rumah (nak basuh kasut sekolah, sidai baju, buat homework, tanam pokok, layan running man dan macam-macam lagi).

Seperti di mana-mana sukan sekolah, acara perbarisan rumah wajib ada. Macam-macam gaya dan costume anak-anak ini terpaksa lenjan hasil gaya imaginasi para guru rumah pasukan. Kahkah.
Persembahan dari team Taekwondo SKTTDI (2), pembuka majlis selepas acara sukaneka dirasmikan oleh VIP yang dijemput.
Memandangkan dari abang pertama sehingga adik-beradik yang lain semuanya bersekolah di sini. My Amani tidak mempunyai sebarang masalah berlegar di kawasan sekolah. Kira memang dah benar-benar  mengenali selok-belok SKTTDI(2) ini. Dan saya juga dah siap-siap register My Amani untuk bersekolah Tahun 1 di sini :)
Sebelum acara sukananeka dimulakan, pelajar dikehendaki duduk dalam barisan mengikut rumah pasukan. Baguihhh betoi semuanya dengar kata :p
Dimulakan dengan acara sukaneka khas murid prasekolah. Bila saya tengok murid-murid ni bermain dan berinteraksi dengan guru mereka di sini, terlintas juga di kepala saya untuk menghantar my Amani mengikuti pelajaran di prasekolah di sini. Selain daripada yuran yang dikenakan cukup murah dan berpatutan, didikan diperolehi juga daripada guru-guru yang benar mendapat pengiktirafan kementerian. Hmmmm...
Paling tertarik saya melihat acara sukaneka yang disertai oleh murid PPKI (autisme, down sindrom dan sebagainya). Apa yang menarik, anak-anak ini begitu semangat bermain dan setiap anak ditemani oleh guru mereka. Aktiviti yang disediakan bukan sahaja boleh merangsangkan koordinasi untuk mereka melakukan aktiviti mengikut arahan, bahkan membentuk jati diri untuk berani menyahut cabaran. Thumbs up!
Momen yang mana guru mahukan Hi-5 dari muridnya, sebagai tanda "Yeay kita berjaya lakukan dengan baik" :)

Acara tahun 1... Seterusnya Tahun 2...
Yang mana my Afiq ada menyertainya...
Hokeh, mak dier yang kat tepi padang tu beria-ia menjerit tau!!
Hijau... Hijau!!!
Pasukan hijau team Afiq berjaya memperolehi tempat kedua tapi saya suka sangat tengok pasukan merah. Mereka juara! Yang buat saya kagum... bila pelari terakhir berjaya mara ke hadapan sebagai tempat pertama, semua pasukan merah yang menyertai berlari ke arah pelari terakhir dan memeluk gembira... I am so speechless uolls...
Kejayaan rumah merah bukan hanya disebabkan oleh sokongan padu dari guru pasukan bahkan ibu-bapa yang menhadiri turut menyediakan poster gambar anaknya dalam pasukan itu. I kagum gilerrr...
Ada juga ibubapa yang datang memakai pakaian ikut warna pasukan anak. Lagi kiut ada ibubapa yang datang ke acara pakai baju sukan sekolah (tiba-tiba rasa nak beli baju sukan sekolah anak buat diri sendiri, hmm masalahnya ai kena beli 2 kaler sebab my Yana umah merah manakala Afiq serta Akid umah hijau).
Selesai acara sukan, sesi penyampaian hadiah. See anak Lyna, Fahry yang mendapat tempat pertama! Hebat Fahry :)
Bukan setakat waktu acara sahaja ibubapa memberi sokongan bahkan di acara penyampaian juga kami sama-sama memberi tepukan tanda galakan dan tahniah kepada mereka yang menyertai. Yang beshnya hadiah medal diberi untuk semua kedudukan tempat 1, 2, 3 dan 4. Jadi anak-anak yang menyertai turut sama merasai keseronokan memenangi pingat :)
My Afiq tempat kedua... bravo!
Muka penuh bangga, menunjukkan score latest untuk rumah hijau!

Seronoknya bila menghadiri sukaneka anjuran sekolah anak bukan hanya untuk memberi sokongan kepada anak, bahkan ianya juga sebagai sumbangan "untuk memeriahkan" acara yang dianjurkan sekolah. Kan?

Keseronokan Bersukaneka Setahun Sekali Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 28, 2015 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.