Wednesday, April 15, 2015

Merasai Keseronokan Perayaan Songkran Selepas Menikmati Hidangan Best di Boat Noodle

Sawadikap...
Untuk pengetahuan uolls ya, menu-menu di Restoran Boat Noodle adalah diinspirasikan daripada hidangan di Thailand. Tercetusnya idea perkataan "Boat Noodle" itu sendiri bermula daripada pengasasnya yang begitu berminat dengan penjualan hidangan mee di atas sampan di negara Thailand. 

Terdapat 9 cawangan Boat Noodle di Malaysia, iaitu :-
  1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
  2. The School at Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage
  3. Ikon Cheras, G Floor 
  4. Berjaya Times Square, Level 2
  5. Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a
  6. Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C
  7. Gamuda Walk, Kota Kemuning
  8. Klang Parade, 5th Floor
  9. D'Pulze Cyberjaya
Dan saya berpeluang menikmati hidangan Boat Noodle ini di Empire Damansara. Biarpun ruang makannya agak terhad, namun susunan dekorasi dan pemilihan kerusi meja mampu menjadikan outlet Boat Noodle ini menempatkan ramai pelanggan dalam satu-satu masa.
Tertarik dengan hiasan dinding yang meletakkan begitu banyak gambar inspirasi dari Thailand. Dengan ruang kerja yang terbuka, benar-benar menekankan konsep minimalis dalam susunan dekorasinya boleh diumpamakan seperti gerai yang berbumbung. Memang unik dan santai!
Antara pilihan menu yang ditawarkan di sini...
Boleh membuat pilihan di atas kertas pesanan yang disediakan di atas setiap meja.
Cikdeaut uolls...
Apa yang saya pesan untuk makan tengahari itu :)
Ice-Blended  | RM 8.90 
Ice Tea/Coffee | RM 6.90
3 beradik Cha Yen, Kaffe Yen or Cha-Keow-Yen, antara minuman yang menjadi pilihan bagi pengunjung tegar Boat Noodle. Bagi saya tentulah coffee yang terbaik (sebab peminat coffee yang tegar). Haruman coffee mampu menjadi terapi buat saya apatah lagi campuran susunya cukup ngam dengan rasa.
Ice-Blended Coconut | RM 8.90
Minuman ini memang sangat disyorkan kepada pelanggan Boat Noodle. Rasa enak sari buah kelapa pandan asli, dikisar bersama susu dan ais. Terutama jika menikmatinya di musim cuaca panas, minuman ini benar-benar memberi kesegaran!
Jika tidak mahu yang sudah dikisar sarinya. Uolls boleh juga menikmati air kelapa asli. Memang terbaik :)
Ironinya, hidangan utama dan popular sejak restoran ini diperkenalkan merupakan hidangan mee beras. Kuahnya samada ayam/daging Pathumthani ataupun Ayutthaya.
Semuanya sedap-sedap uolls...
Memang ramai yang makan bermangkuk-mangkuk untuk hidangan ini.
Gril Beef Meatball  | RM 5.90
Bukan setakat rasa dagingnya yang pejal tapi lembut bahkan sos Thai juga memberikan rasa yang enak dalam setiap gigitan.
Chicken Beef Meatball  | RM 4.90
Tidak ada bezanya dengan hidangan di atas, cuma di sini ada pilihan bagi mereka yang tidak menikmati daging. bolehlah mendapatkan meat ball ayam.
Yum Meatball  | RM 5.90
Meatball yang dimasak bersama rencah tomyam. Begitu ketara rasa pedas dan masam. Dan ini antara hidangan yang enak di makan begitu sahaja mahupun sebagai lauk sampingan untuk nasi ataupun mee.
Kra-Pow Chicken Rice | RM11.90
Hidangan epik di negara Thailand ya uolls, yang pastinya akan menjadi feveret anak-anak saya. Daging kisar yang dimasak pedas kicap dan juga "kra-pow" (daun selasih dalam bahasa Thai). Kelainan pada rasa kuah daging ini sendiri, dihidangkan pula bersama nasi (beras siam) dan telur dadar. Makan panas-panas uolls gerenti terangkat!
Thai Popeye's Tempura | RM6.90
Keranggupan sayur yang digoreng ala tempura. Apatah lagi mempunyai sos pencicahnya yang lain daripada sos biasa yang dinamakan sebagai "Soot-Yot"Ahem, "Soot-Yot" yang membawa maksud "terbaik/ohsem" dalam bahasa Thai memberikan rasa lemak dan pedas memang benar-benar menjadikan menu ini salah satu hidangan unik yang hanya boleh didapati di Boat Noodle.
Yum Woon Sen | RM 13.00
Salah makanan tradisi ala-ala kerabu yang boleh didapati di Thailand kini boleh dinikmati di Malaysia. Nak cuba, kena datang Boat Noodle uollls, hehehe
Yun Mama | Harga : RM 8.50
Mee yang digoreng bersama isi ketam, hot dog serta sayuran bersama rencah ala-ala rasa tom yam.
Bangkok Omelet with "Sood Yut" | RM 11.90
Itu bukan telur dadar biasa-biasa ya uolls. Ada pelbagai isi seperti ayam dan sebagainya. Ianya dinikmati bersama kuah khas yang menggabungkan rasa lemak dan pedas (tidaklah berapa pedas). Menu ini boleh diperkenalkan buat anak-anak ya. Confirm anak-anak pasti suka :)
Chicken Wings | RM 4.90
Keranggupan kepak ayam dimakan bersama sos Thai.
Ka Num Tuay *satu set ada dua kuih | RM 1.00
Lepas menikmati hidangan utama, uolls bolehlah mencuba pencuci mulut ini ya. Rasanya seperti kuih pelita tapi ianya versi Thailand yang tekstur agak pejal sedikit.
See, lihatlah kesemua makanan yang kami rasa di atas habis licin. Sedap gitewwww...
Kebetulan, hari Sabtu yang lepas Boat Noodle cawangan Empire Damansara telah mengadakan aktiviti menarik buat pelanggannya. Yang mana pelanggan yang hadir boleh mengambil gambar selfie di Boat Noodle, dan dimuat turunkan ke dalam media sosial FB  dengan meletakkan  hash tag # seperti yang disyaratkan. Kemudian tunjuk gambar tersebut kepada marsyal yang bertugas. Dan pelanggan boleh memilih"cawan misteri" di papan ini.

Setiap cawan misteri mengandungi voucher dan juga penalti yang perlu dikenakan!
Macam kes saya... Saya kena simbah air! Kahkahkah
Kena pilih seorang antara staf di situ siapa yang diboleh membaling air dekat saya..
Bukan main mengelak... kan kan... hahaha
Time ni saya rasa cam berada di Thailand meraikan perayaan Songkran, hahaha
Ok, tak basah sangatt... hahahaha..
Hebat kot saya mengelak air, ngeeeeeee
Ok, mak lencun sebenarnya... hahahahha
Kitaorang hepi beria makan kat sini!
So uolls bila lagi?
Jangan lupa terjah Boat Noodle ya!!!
*Kredit pic bertiga: Ruby
Kap Khun Kappppp
Keterangan lanjut boleh buat carian di;

3 comments:

mama tisya said...

tk pernh try lg mkn boat noddle..dh byk cawangan...wah siap ekna simbah air ye hehe

Sherry said...

nice makan area :D

Sherry said...

nice makan area :D