Monday, April 13, 2015

Outlet SPOTLIGHT Terbaru Di The Mines Shopping Centre | Banyak Giler Barangan Menarik Oits

SPOTLIGHT, kita boleh umpamakannya sebagai sebuah kedai sehenti (pit-stop) yang menawarkan pelbagai barangan yang merangkumi "Barangan Kelengkapan Rumah", "Bedding", "Perhiasan Rumah", "Fabrik dan Peralatan Jahitan", "Kraftangan", "Hobi", "Alatan Parti" dan banyak lagi. Yang menariknya selain dari kepelbagaian barangan yang dijual dengan kualiti terbaik, harga yang ditawarkan juga mampu milik! Apatah lagi, SPOTLIGHT sentiasa menawarkan pelbagai item dengan harga promosi yang sangat berbaloi untuk dibeli.

Untuk pengetahuan uolls ya! Outlet pertama SPOTLIGHT dibuka di Ampang Point, seterusnya IPC Damansara (bulan Mac 2015) dan kini outlet ketiga SPOTLIGHT dibuka di The Mines Shopping Mall. SPOTLIGT di outlet The Mines berkeluasan 31,000 kaki persegi dengan menawarkan  lebih 100,000 variasi barangan!! Fuyoooo
Eva Daly (Pengurus Komunikasi, Spotlight Retail Group) berkata;
"Malaysians have shown great enthusiasm and overwhelming support for SPOTLIGHT, facilitating rapid expansion in the country. And hence, we are excited to embark on the next chapter to bring this shopping convenience to yet another neighborhood. We want more shoppers to be constantly suprised with new discoveries at they immerse themselves in every aisle, section and corner of the retail space"
Untuk meraikan pembukaan outlet terbaru SPOTLIGHT di The Mines, Arisa Chow seorang pereka fesyen, blogger yang sememangnya berbakat dalam menghasilkan pelbagai hasil seni kraft telah menunjukkan beberapa hasil kreativiti beliau menerusi barangan yang boleh diperolehi daripada SPOTLIGHT. Teruja ai uollls!

Cikedaut ya, 6 kategori segmen barangan yang ada dijual di SPOTLIGHT!

"Home Gods & Goddesses"

Segalanya mudah semuanya ada. Daripada sarung tilam/bantal, linen, tuala dan aksesori serta peralatan dapur serta langsir "ready-made" serta "custom-made" ada ditawarkan. Jenama terkemuka seperti "Brampton House","Logan & Mason", "KOO", "Fackelmann", "MIXE", "Living Space" dan banyak lagi boleh uolls dapatkan di sini.
"For Astute Home Decorators"

Terdapat pelbagai barangan deko yang unik dan menarik di sini uolls. Siyesly! Rambang mata ai tengok karpet, bantal hiasan, jam dinding yang cantik-cantik, pasu, lilin, "wall art" dan banyak lagi... aishhhh...
"Party Organizers"

So, kalau nak cari barangan ntuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi, hari terbuka dan sebagainya. Di SPOTLIGHT macam-macam ada. Paling tertarik dengan parti costume!!! Dari saiz kanak-kanak sehingga orang dewasa ada juga dijual di sini.
"For Avid Dressmakers"

Jika dilihat pada sejarah 41 tahun dahulu ianya bermula dengan kiosk fabrik di Pasar Queen Victoria yang popular di Melbourne, dan kini SPOTLIGHT begitu gah sebagai "supplier" jahitan di Australia, New Zealand dan Asia. Ini termasuklah fabrik, barangan "knitting", "quilting" dan alatan menjahit. Fabrik juga ada pelbagai jenis uolls, semuanya mengikut citarasa dan budget pelanggan :)
"For Passionate Hobbyists & DIY Enthusiasts"

Alatan untuk membuat kraf, "DIY" - semuanya mudah dan boleh didapati di sini. Nak buat kad ucapan, anak patung, rantai manik dan macam-macam lagi.
Paling menarik ada sahaja promosi harga jauh lebih murah dari pasaran di SPOTLIGHT! Memang rambang mata uollls, bila berada di sini.
Contohnya harga promosi beg ini!!! RM39 sahaja...
So, uoollls jangan lupa terjah SPOTLIGHT ya! Selain daripada variasi barangan yang ditawarkan, kualiti barangan yang terbaik dengan harga yang berpatutan memang tidak mengecewakan. Kedai sehenti yang berbaloi untuk dikunjungi dan pasti memberi kepuasan dalam membeli.

Insta: @Spotlightstores
#SpotlightMalaysia

4 comments:

Mama Zharfan said...

menarik gak ni!

juelee said...

menarik ni.. harus terjah dekat dgn rumah dah ni

Azyyati Liah said...

Tq for info! Nanti nak pergi di IPC Damansara. Dekat sikit dengan rumah. Orang suka dengan barang-barang kraf pasti heaven kan di sini.

mummy_ayu said...

wah..menariks nya kedai nie.