Thursday, April 2, 2015

Pharmaton Memperkenalkan Duta Baru ~ Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian



Dalam dunia moden hari ini, kita menjalani gaya hidup yang padat dan amat sukar bagi kita memberi perhatian terhadap diet dan kesihatan diri. Adalah amat penting untuk tidak mengabaikan kesihatan diri kerana dalam tempoh yang panjang, kesihatan yang baik adalah kunci segala-galanya. Menjaga pemakanan sahaja tidak mencukupi dalam menyediakan nutrien menyeluruh kepada tubuh badan tau uolls. Justeru pengambilan multivitamin sangat berguna dalam membekalkan kebanyakan nutrien dalam bentuk suplemen mudah dimakan.
Pharmaton® pendahulu dalam pasaran multivitamin di Malaysia merupakan jenama yang menyediakan lebih daripada vitamin dan mineral biasa kepada anda. Pharmaton® memberikan tenaga untuk seseorang yang menjalani gaya hidup yang padat dan pantas bergerak untuk memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Ia memperbaiki fungsi-fungsi dalam tubuh badan dan membantu mengurangkan keletihan. Formulasi dari Switzerland Pharmaton® yang diperkaya dengan Ekstrak Ginseng G115® yang distandardkan serta kombinasi vitamin & mineral memberikan nutrien bagi membolehkan individu mendapat faedah ekstra selain faedah kesihatan optimum :)

Pada acara baru-baru ini, para media diperkenalkan kepada dua Personaliti Pharmaton baharu, Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian.

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Fara dan Sherson sebagai personaliti jenama untuk Pharmaton® memandangkan kedua-duanya mewakili sempurna teras utama terhadap faedah-faedah produk kami selari dengan gaya hidup aktif dan energetik mereka. Mereka berdua dinamik, berkarisma, berjaya dan personaliti terbaik kepada pengguna Pharmaton® yang peka, fokus dan mahu mencapai yang terbaik dalam semua perkara yang penting kepada diri masing-masing,” 

jelas Carmenza Alarcon, Ketua Produk Kesihatan Pengguna Malaysia/Singapura, Boehringer Ingelheim (Malaysia) Sdn Bhd.



Pada sesi temu bual acara itu, Fara dan Sherson berkongsi tip-tip peribadi mereka berkaitan mengekalkan kecergasan dan tenaga meskipun dibebani pelbagai cabaran harian.

Fara Fauzana atau mesra disapa peminatnya sebagai FaFau mendedahkan bahawa harinya bermula pada awal pagi.

“Bangun tidur seawal pukul 4 pagi dan tiba di pejabat pada pukul 5 pagi setiap hari, rutin menjelang subuh ini memerlukan disiplin yang tinggi dan banyak tenaga tetapi disebabkan saya begitu menyenangi kerja saya, ia tidak pernah menjadi masalah untuk dilaksanakan setiap hari,” 

kongsi Fara pada sesi temu bual tersebut
 Sherson pula berpendapat, dia perlu sentiasa peka dan cergas secara fizikal berikutan tuntutan suasana kerjanya.
“Memasak memerlukan perancangan dan ketepatan. Saya perlu fokus terhadap semua yang saya lakukan bermula daripada perancangan menu sehinggalah kepada memilih bahan-bahan terbaik dan paling segar. Sebagai cef, kami juga perlu mempunyai tenaga bagi berdepan pelbagai cabaran di dapur seperti haba, peralatan berat dan berdiri untuk tempoh yang panjang. Selain itu, selaku pengacara program-program masakan, saya amat mementingkan kepekaan, mampu menghafal skrip serta bertahan untuk tempoh penggambaran yang panjang,” 
ujar Sherson ketika ditanya tentang mengapa Pharmaton® begitu penting dalam kehidupan hariannya. 

Jangan tak tahu pada tahun 2012, Chef Sherson telah membangunkan khidmat rundingan dipanggil Cookery Chemistry Solution yang menguruskan segala berkaitan makanan dari restoran, termasuk khidmat perunding makanan dan pertunjukan.

Pada acara itu juga, Sherson turut menunjukkan kemahiran kulinarinya dalam menyediakan hidangan istimewa yang dihasilkan menggunakan bahan utama iaitu Ginseng yang terdapat di dalam Pharmaton®.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa...nampak sedap giler Ais Krim Ginseng kan...
Bukan sahaja cantek dipandang, bahkan sedap di makan dan aianya sangat berkhasiat :) :)

No comments: