Monday, April 20, 2015

Promosi "Farmer's Market" di Tony Roma's Untuk Masa Yang Terhad!

Tony Roma's sememangnya terkenal dengan restoran terbaik dalam menyediakan hidangan "premier ribs", makanan laut dan stik. Dan kini untuk masa terhad Tony Roma's telah memperkenalkan promosi "Fresh Market" yang bermula dari 13 April 2015 sehingga 31 May 2015.

Hidangan dalam promosi ini mengekalkan kesegaran bahan mentah yang hadir mengikut musim ditambah suai beberapa rasa yang memberi kesedapan pada hidangan yang disediakan.

Antara menu dalam promosi:-
Green Goddess Salad | RM24.90 (RM26.39 termasuk GST)
Keranggupan sayuran, dengan sos yang enak. Setiap gigitan memberi rasa istimewa apatah lagi salad ini didatangkan juga bersama isi ayam.
Fillet Medallions & Black Pepper Beef Ribs Combo | RM83.90 (RM89.93 termasuk GST)
Kredit pic: Miera Tan Blog
Kesedapan Ribs bukan hanya terletak pada rasa kesegaran daging lembu dan ribs bahkan sos yang diperap, bersama bawang karamel, mashed potatoes dan sayuran seperti brokoli benar-benar enak! Hidangan ini ternyata memberi kesedapan di luar imaginasi i uolls!
Salmon with Lemon Pesto Shrimp | RM55.90 (RM59.25 termasuk GST)
Keunikan pada nasi yang dihidangkan, ianya dimasak bersama safron dan mentega lepa (butter). Dihidangkan serasi bersama ikan salmon, dan juga "shrimp" segar serta sos lemon. Sayuran brokoli menjadikan hidangan ini sebagai sajian lengkap untuk dinikmati.
BBQ Shrimp Tacos | RM25.90 (RM27.45 termasuk GST)
"BBQ Shrimp Tacos" diibaratkan snek mewah dengan rasa makanan laut, apatah lagi ianya digaul sebati bersama sos salsa dan sayuran seperti bawang, timun dan tomato. Rasa masam-manis hidangan ini memang ketara. Menikmatinya ketika lapar sememangnya mampu memberi kekenyangan :)
Saya telah mencuba "Strawberry Romarita" dan juga "Mango Romarita". Terasa seperti air sparkling tetapi berperisa buah-buahan, benar-benar memberi kesegaran dan kelegaan. 
Variasi pilihan ROMARITA | RM15.90 (RM16.85 termasuk GST)
Selain daripada menu untuk masa terhad di atas, saya juga gemar untuk menikmati milk shakes dengan pelbagai perisa yang menambat hati.
Milkshakes | RM11.90 (RM12.61 termasuk GST)
Dessert Trio | RM23.90 (RM25.33 termasuk GST)
Rasberry Brownie Royale | RM9.90 (RM10.49 termasuk GST)
Brownies, di atasnya satu skop ais krim vanilla dengan sos rasberi. Pencuci mulut terbaik, penutup bagi malam makan yang indah.
Shortcake with Fresh Strawberry Sauce | RM9.90 (RM10.49 termasuk GST)
Lembut dan ringan kek yang di atasnya diletakkan ais krim vanilla, dan juga strawberry sos yang enak!
Keseronokan menikmati hidangan bersama rakan media yang lain. Umpama seperti makan malam sebuah keluarga, hiks :)
Gelagat abang sulong dan adik bongsu. Teruja menikmati hidangan hebat dari Tony Roma's.
Menikmati sehingga ke tulang ribs terakhir!
Ok, ada berita baik untuk uolls ya. Semepena dengan Hari Ibu tidak lama lagi, Tony Roma's telah menganjurkan satu peraduan yang menarik untuk pelanggan-pelanggannya. Klik pada poster di atas untuk keterangan lanjut ya.
Dan juga promosi ini :)
BUY 2 FREE 1 ON MAIN ENTRÉE
bermula 20-26 April, di eCurve, Setia City Mall, Citta Mall & Nu Sentral outlet sahaja.


No comments: