Tuesday, May 19, 2015

Bila Bloggers Ber-BBQ Parti Di Tepi Kolam

Yuhuuu...
Yabaaa..Yabaaa,,,,

Mendapat jemputan untuk menghadiri parti BBQ bersama blogger yang ohsem sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi parti yang dianjurkan oleh Dr Sidney Kan (sifu dalam segala hal macam dunia masakan) antara objektifnya untuk merapatkan hubungan sesama blogger, dan boleh mengenali antara satu sama lain. Yang menariknya ramai pihak penaja yang hebat sama-sama turut menaja parti yang besh ini.

Teruja kan...
Sampai sahaja di lokasi kejadian..
Berteraburan belon-belon menghiasi kolam...

See my anaks...
Yang begitu excited untuk hadir sama ke majlis ini..
Masing-masing membuat aktiviti sementara menunggu waktu makan...

Budak kecik ni selalu jer tercabut kasut..aishhhhh

*sila abaikan objek yang bernama Tatie yang gegeh mengambil gambar menggunakan kamera mahal yang baru dibeli.

Untuk hidangan utama parti ini dibawakan oleh Bakarlah BBQ yang menyediakan pelbagai jenis hidupan laut seperti udang dan variasi ikan dan juga hidupan darat seperti kambing dan ayam. Kihkih...

Ok, nampak Kak Ella di situ dan juga Maha blogger makanan yang sabar menunggu...

Kerja-kerja pembakaran menggril sedang giat dilakukan..

Budak kecik yang teruja....Biarpun gigi baru 4 sahaja...Ko takleh makan dik..nanti lekat nak sumbat dalam tekak...

Elana dan Miera yang rajin nak menolong. Tolong pegang, letak kat tempat membakar,  lepas tu ambil gambar...Hahahahahaha....

Ikan ala2 ikan bilis saiz dewasa ini memang sedap dimakan panas-panas...
First time ai try, memang diri tu kejakunan sikit :p

kredit gambar: Kolin
Selain daripada hidangan BBQ yang marveles, kami juga dapat merasa keenakan spaghetti yang sedap dari nysteakshack. Hokeh yang ni memang "win" bukan sahaja kanak-kanak bahkan mak-mak budak pun berebut sama nak mencuba.

*kredit pic : Sheery
Ada juga kek-kek yang pelbagai varian didatangkan khas dari eastinhotelpj . Hokeh, ai tak sempat nak amik gambar kek. Sebab teruja dengan kecantikan dan kesedapan kek sampai lupa ambil gambar. Tapi sekejap sahaja licin, memang terbaik hasil air tangan chef dari Eastin Hotel PJ.

Sebab konsepnya makan sambil bercanda di tepian kolam...
So, memang kitaorang makan dengan rasa paling relax, dapat bertegur sapa berbual mesra dengan mereka yang hadir...

Dan anak-anak pula....
Sakan main dalam air...

Bukan mak-pak sahaja boleh bergossip di sebelah kolam..
Anak-anak dalam kolam juga dapat mengenali rakan-rakan baru yang terdiri dari anak-anak bloggers. Menarik bukan :)

Selain daripada aktiviti makan dan santai. Kami juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan fotografi daripada  Zung-ninja-photographer. Siyes! Satu pengalaman berharga dan menarik buat saya yang memang sukakan bergambar walaupun mukaku itu tak lawa, hahahaha...

kredit gambar: Leona
Kami didedahkan dengan pelbagai teknik pose yang menarik. Diajar memberi ekspresi yang berlainan mengikut teknik sudut dan pengcahayaan. Ok, yang ini konsepnya "Black-White"..

Hasilnya, nanti ai kasi war-warkan..
Lagi 10 hari (count down dalam hati). Tak sabarrrrrr

Hasil bidikan dari Zung sendiri.
Cool kan...
Cara kerja yang efisien dan mantap...

Memang hebat mencari sudut raut wajah yang menarik...

Hasilnya...tadaaaaaaaaaaaaa...
Sorry uolls gambar tak berapa jelas, sebab ai capture guna smart phone ai yang tak berapa canggih, huhuhu....

Ok, yang ni salah satu hasil bidikan Zung...Gambar Marc, ai amik dari FB Zung :)


Kalau blogger taraf mak-pak seronok bergambar. Anak-anak pula seronok beraktiviti dalam dewan. Anatarnya ada aktiviti membuat jewelery didatangkan khas oleh Angie dan team dari elegantjewellerystudio dan kelvingems


Dan juga aktiviti Face-Body-Art-BY-Fannie !
Pelbagai corak boelh dipilih..

Bukan sahaja aktiviti ini digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa juga :)

kredit gambar: Sherry
kredit gambar: Maha
Dah namanya blogger kan..
Di mana-manapun nak berselfie...

Sekarang anak-anak blogger pun dah terjebak. Nak berselfie juga kerojenya...

kredit gambar: Feeq
All for one..
One for all...

Biarpun sekejap sahaja masa,
Tapi bila berpeluang berkumpul sama,
Ukhwah terjalin persahabatan terbina,
Memeriahkan dunia bloggering yang ceria!

Tq untuk semua penaja #bloggerspoolsidebbqparty #Zungthephotoz #eastinhotel #bakarlah #GSTgroup #shills #NYsteakshack #HeiSushi #FannieFaceArt #EJS #KelvinGems #balloonbuzzUSJtaipan

Atas tajaan makanan, minuman, aktiviti dan juga beg cenderahati.

juga tak lupa buat orang kuat Dr Sidney Kan yang penuh inspirasi dalam menjayakan aktiviti 

"Blogger BBQ Poolside Party"


Yeyeye!!

kredit gambar: untuk semua bloggers yang hadir!

7 comments:

Mama Zharfan said...

beshnya!!!!!!!

lia ummiirfan said...

wow! meriah dan bestt!:))

mummy_ayu said...

bestnya..meriah gitu!!

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- mmg besh

lia- mmg meriah :)

mummy ayu- next time join tau :)

mama tisya said...

tk sbr tgu hasil gmbr dr zung kn..mmg best la ..mkn2 smua sedap..tq ayu yg share aritu psl ni

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- kann tazabaarrrr hehehe...apa2 ayu share lagi ok :)

juelee said...

bestnya kak ayu.... ktorg last week sekeluarga demam.. mmg tak dapek la nak join