Monday, May 4, 2015

Coklat Terbaru Cadbury "Marvellous Creation"| Keenakkan Yang Memberi Keceriaan

Putih dan ungu! Gabungan dua warna yang menarik menampilkan keceriaan yang boleh dikongsi bersama. Apatah lagi ianya dapat dikongsi bersama mereka yang disayangi J
Apakah dia??

Hmmm

Hmmmmmmmm

Yeszaaa!

Ianya
C-A-D-B-U-R-Y

Untuk pengetahuan semua, Cadbury Dairy Milk antara jenama coklat Malaysia yang terlaris (sumber: Nielsen MAT Aug 13, value sales). Coklat “Cadbury Dairy Milk” sentiasa memberikan detik-detik gembira bermula  dari bar pertama coklat yang telah mula berada di pasaran pada tahun 1905. Tidak hairanlah sehingga hari ini jenama ini masih dibeli oleh lebih daripada satu pertiga isi rumah di Malaysia (sumber: Home panel ,Aug 13) Ke semua produk keluaran “Cadbury Dairy Milk” pasaran Malaysia semuanya dibekalkan dari kilang coklat di Shah Alam.


Memperkenalkan produk terbaru iaitu Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations! Menariknya tentang coklat ini ianya didatangkan dalam 2 varian yang berbeza, iaitu :-

o   Jelly Popping Candy
o   Peanut Toffee Cookie

Satu majlis santai memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations telah diadakan di Padang 1 Utama. Berkonsepkan keceriaan, pelbagai aktiviti disediakan selain hadirin yang menghadiri dijamu dengan kepelbagaian hidangan yang enak terutama coklat CADBURY Dairy Milk Marvellous Creations!!

Jom lihat apa yang menarik sepanjang majlis santai Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations…


 Variasi coklat dengan pelbagai rupa hidangan turut mencuri pandangan saya berada di sini. Sememangnya  kreatif uollls! Penghasilan pelbagai hidangan menarik daripada coklat Cadbury yang terbaik.
 Selain daripada coklat, terdapat juga kudapan seperti pop corn…


 Makanan berger mini, tacos, kentang goreng semuanya ada!


 OK, saya paling suka bila berada di booth ini.  Sebab dapat menikmati coklat Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations nyummmehhhh


 Saya juga berpeluang untuk mencuba beberapa permainan yang disediakan! Ohsem!

Kemunculan Pengarah Pemasaran Coklat Asia Tenggara, Mr Ben memberikan ucapan aluan dan seterusnya memperkenalkan ciptaan terbaru Cadbury  ~ Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations!


 Kami juga dihiburkan dengan persembahan kreatif dan agak kreatif dari Shawn J

 Pertunjukkan yang hebat dengan melibatkan hadirin di sepanjang acara santai
Ok, uolls! Saya dan anak-anak juga berpeluang merasai sendiri kehebatan ciptaan terbaru Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations iaitu Peanut Toffee Cookie dan Jelly Popping Candy Jelly


Bagaimana rasanya?
Sedap ke tidak?

Ahem….

Kenalkan…
“Peanut Toffee Cookie”
Coklat mewah Cadbury Dairy Milk bersama kacang, Toffee dan Cookie Bits.



Keunikkan kepada bentuk coklat itu sendiri, hadir dengan rasa kacang yang ranggup pada setiap gigitan coklat. Kepuasan memang terasa bagi mereka yang memang benar-benar minat dengan gabungan coklat dan kacang, keranggupan “cookies” dan juga rasa Toffee yang akan serta merta dalam mulut ketika menikmatinya.

Jelly Popping Candy Jelly
 Coklat Cadbury Dairy Milk didalamnya ada Candy Bits dan Popping Candy 



Saya paling suka varian yang ini! Keunikkannya bukah hanya pada rasa jelly yang masam-masam manis, bahkan setiap kali gigitan terasa seperti “pop” meletup ketika menikmatinya. Memang unik uollls!!!


Berdua gembira menikmati bersama,
Ciptaan terbaru Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations yang enak rasanya!

Akan diperkenalkan di pasaran dalam bulan Mei 2015 ya uolls. Dan untuk dua varian ini terdapat dua saiz iaitu 160g bar (RM8.90 RCP) dan 40g bar (RM2.90 RCP).

Sempena pelancaran Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations ini, Cadbury juga akan mengadakan Karnival Marvellous dimana aktiviti-aktiviti yang marvellous akan memenuhi sepanjang Karnival Marvellous dijalankan! Maklumatnya adalah seperti di bawah:
Lokasi dan tarikh Karnival Marvellous ini seperti berikut:

Sunway Pyramid, Kuala Lumpur – 7 Mei hingga 10 Mei
            Queensbay Mall, Pulau Pinang – 28 Mei hingga 31 Mei


Keterangan lanjut boleh klik pada pautan di bawah :-
www.cadbury.com.my

Jom kongsi keriangan bersama Cadbury Dairy Milk!