Saturday, May 2, 2015

Expo MOBITE 2015 (Mobile, IT & Elektronik) | “You Shop, We Absorb”

Wooooooooooooooooooot
Cuti sakan hujung minggu ni kan..
Jangan lupa uollls...
Silalah terjah Mobite Expo!

Bertemakan “You Shop, We Absorb” (Kamu Beli, Kami Serap), expo ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 1 Mei hingga 3 Mei, 2015 di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Paling best! Pameran di expo ini dimeriahkan oleh lebih 80 jenama dan 300 gerai memenuhi tiga dewan utama,. Sekaligus ini menjadikan MOBITE antara expo terbesar yang memenuhi gaya hidup masyarakat malaysia hari ini. 

Kemasukan adalah percuma ya uollls!

Antara yang menjadi tarikan...

 VIVO, sebuah jenama telefon pintar terkenal di peringkat antarabangsa merupakan penaja utama sepanjang berlangsungnya expo ini. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan di booth pameran VIVO.


Di expo MOBITE ini juga kita berpeluang melihat dan menguji sendiri semua model telefon pintar VIVO.

Antara booth pameran yang menjadi tumpuan ialah ~ KooZaa Dotcom Sdn. Bhd. yang merupakan rakan eStore rasmi MOBITE,. KooZaa telah mengadakan ‘Pra-order Hot Deals’ sebelum expo berlangsung.  Yang mana pra-order ini telah berlangsung dari 15 April hingga 28 April 2015 yang telah menawarkan diskaun mencecah 90% berbanding harga pasaran biasa.



Jika uolls terlepas pra-order Hot Deals @ KooZaa, tidak perlu susah hati. Ini kerana pengunjung expo berpeluang mendapat tawaran "hot deals" melalui secara siapa cepat dia dapat. Namun ianya tertakluk kepada selagi stok yang masih ada. Barang-barang dalam "hot deals" termasuklah pemacu kilat (hard disk) USB Tech Titan 8GB pada RM 1, power bank Tech Titan 8400 mAH pada RM 9.90, monopod Tech Titan dengan alat kawalan jauh pada RM 5, cakera keras Seagate 500 GB pada RM 99, komputer riba AMD pada RM 899, dan banyak lagi.


Bila berada di sini jangan lupa terjah di booth Courts!!!

Ini kerana Courts menawarkan promosi 28 sen untuk barangan terpilih. Antara waktu 11 am- 12 pm, 3pm-4pm dan juga 8pm-9pm.

Hasil rembatan 28 sen :p

Pelbagai barangan IT dan Elektronik di jual dengan jauh berpatutan dari harga pasaran di luar..


Selain itu, Kaspersky Lab, sebagai penaja bersama akan perisian Kaspersky Internet Security untuk Android pada harga RM 9.90 untuk membantu pengguna menjadikan peranti mudah alih lebih selamat. Produk perdana jenama tersebut, iaitu Kaspersky Anti-Virus dan Kaspersky Internet Security boleh didapati secara Beli-1-Dapat-1 di MOBITE nanti

TuneTalk, syarikat telekomunikasi rasmi MOBITE juga memberi ganjaran kepada pengunjung yang membeli di pameran mereka. Bagi setiap peranti yang dibeli di MOBITE, pengunjung layak untuk menikmati pakej data PERCUMA selama 6 bulan dari TuneTalk. Best wooooo!


Saya tertarik dengan laptop yang berwarna merah jambu ini ~HP Stream Notebook PC13. Dengan pelbagai perisian percuma diberikan serta beberapa perkakasan sampingan dengan harga RM1271


Pencetak dari pelbagai jenama yang bermula serendah RM99 turut ditawarkan di expo MOBITE!

Saya juga tertarik bila berada di booth ini. Selain daripada pemberian diskan sebanyak RM300 untuk setiap pembelian penghawa dingin. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah "7 pieces cookware" yang menarik rekaan periuknya.

Semuanya ada...beg laptop, tetikus, thumb drive dan macam-macam lagi dengan harga lelong di Jaya.com


Bagi mereka yang meminati "games online"..Booth ini ada menawarkan "spesifikasi" perkakasan dan perisian yang terbaik.


Kemeriahan di dalam ruang legar expo..

Nak mencuba ais krim Sangkaya yang famous? Boleh cuba di sini ya! Harga RM10.90 dengan 4 scoop :)

Jika membeli di sini. Anda juga berpeluang memenangi hadiah HP Vivo, dengan syarat dalam satu resit jumlah minima RM100. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah "sure-win" setelah berbelanja di sini.

Contohnya, saya membeli dakwat untuk printer. Saya diberikan percuma printer. Berbaloiiiii




Tadaaaaaaaaaaaa.....

Selain pelbagai tawaran menarik, pengunjung expo juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti di atas pentas seperti kuiz, pertunjukan silap mata, penerangan produk dan peraduan. Kehadiran pasangan idiola terkemuka FuYing & Sam juga antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan  di expo MOBITE.

Jangan lupa terjah uolllls!

No comments: