Thursday, May 7, 2015

Hantu di Jalan Puncak Alam Versi Saya

Bila saya tengok gimmick poster dari MIG satu masa dulu dan sekarang filem ini dah masuk ke pawagam pun, percayalah saya antara yang excited nak tengok filem ni. Bukan sebab nak tahu setara mana keseraman garapan buah tangan dari penerbitan David Teo semata. Tapi sebenarnya saya nak tahu cerita hantu apakah yang hendak dikongsikan dan dikatakan wujud di Jalan Puncak Alam.

Ekceli, banyak versi kisah hantu di jalan ini sebenarnya. So, saya tak boleh nak bezakan mana yang betul, mana yang auta. Tapi saya dan famili ada pengalaman mistik satu ketika dulu semasa menggunakan jalan Puncak Alam ini.

Jalan Puncak Alam ni, agak sunyi dan seram jika kita balik agak lewat malam, atau keluar pagi-pagi buta. Selain daripada kita boleh terserempak dengan binatang2 yang "rare" kat kawasan perumahan seperti babi hutan dan tapir.

Kita mungkin juga diusik dengan penghuni2 tetap alam ghaib kat situ. Saya ingin kongsikan satu kisah pengalaman my laki sendiri, satu hari my laki die ada kerja di opis yang menuntutnya untuk balik lewat malam. Masa tu zaman kitaorang pakai kancil. So dapat bayangkan tak? Bila bawa kancil yang ringan tengah malam di jalan yang kosong dan sunyi, memang lajulah juga tekan pedal minyak :p

Malam tu merupakan hari Khamis malam Jumaat. Cuaca malam agak terang disebabkan bulan mengambang penuh. Cik somi melalui jalan Puncak Alam melepasi simpang yang dikatakan tempat pembunuhan Altantuya kira-kira pukul 12 pagi.
*gambar sekadar hiasan
Masa drive tengah naik bukit, tiba2 rasa sapaan angin di muka (even masa tu tingkap ditutup rapat sebab menggunakan air-cond). Cik somi cool lagi. Sorang-sorang dalam kereta memang my laki ada buka lagu sepanjang memandu (dengar dari CD). Buka kuat giler nak hilangkan rasa sunyi... tiba2 rasa kereta agak berat (macam ada muatan). My laki pun tekan pedal minyak lagi kuat tanpa syak.

Dah melepasi puncak bukit, masa tengah turun tiba2... satu kereta bau harum yang amat kalah bau downy (macam bau bunga harum sundal malam). Masa tu tengah berkumandang lagu favourite dia "Hotel California"... Memang dia tengah layan... Tanpa diduga, kedengaran satu bunyi siulan yang agak kuat mengikut rentak lagu dari tempat duduk penumpang belakang...

My laki memang terkejut, bayangkan kereta kancil yang ruang dalamannya sempit, memang jelas bunyi siulannya... Tapi my laki memang tak berani langsung tengok belakang... spontan dia yang tengah bersandar dekat seat mendekatkan badan dengan stereng kereta.

Lama juga... rasanya bau tu... my laki terus tutup lagu... pasang telinga, bunyi siulan dah takde... Masa tu cik laki hanya mendiamkan diri. Disebabkan hati rasa tak senang, my laki takde pilihan... akhirnya dijelingnya juga cermin pandang belakang... "Alhamdulillah... tiada penumpang" Hahahahahahahahahhahaha...

Sampai rumah... terus melompat masuk... kelam-kabut, takde citer apa-apa. Dah relaks, 2-3 hari baru die story kat saya. Saya siap sound my encik laki... "Apersal tak tengok cermin belakang on the spot? Mana tahu ada ghupa Erra Fazira kah? Fasha Sanda kah?"

My laki senyap jer... Tapi memang dia cakap time tu muka pucat tak berdarah, ala terkejut gitu... Ater tu cuma bau dan keta rasa berat... Cer kalau nampak muka penumpang yang menumpang tu, errkkkkkkk.
Berbalik pada filem Jalan Puncak Alam ni... Dalam banyak2 hantu yang muncul, saya tak berapa sukalah hantu budak ghupa macam ni...

Tak macam hantu versi Malaysia... ni macam hantu budak versi Korea jer...
Hhmmmmmmmmmmmmm

Anyway Jalan Puncak Alam tu dah tukar nama rasanya...
Sekarang ni dah jadi Persiaran Moktar Dahari...
Biarpun jalan ni dah bertukar nama... seramnya tetap sama...

6 comments:

Mama Zharfan said...

i pernah dok sana...sebulan kot dok sana time mula2 kawin..time tu sgt hutan lah kwsnnya...

CikLily Putih said...

x nak aku tengok citer hantu ni.. aku ni dah la penakut

Mohd Roshaidi said...

Bestnya cita ni

AyuArjuna BiGoshh said...

mz- skrg dah maju skit.....tapi kli lalu waktu mlm seram juga

cik lily- hahahah aku jns layan jugak klu boring sanagt heheh

pak dee- ok kot...ntahlah tapi kadang2 keluaran produksi malaysia..gimmick jer seram..bila tgk biasa jer huhuhu

Azyyati Liah said...

Heheh. Azie memang tinggal di Puncak Alam. Persiaran Mokhtar Dahari dan persimpangan Altantuya tu memag laluan biasa setiap hari. Pergi keje balik keje hatta nak kemana-mana pun. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi bertemu dengan pengalaman seram walaupun lalu jam 1 atau 2 pagi :) Mintak-mintak dijauhkan. Aminn.

Azyyati Liah said...

Heheh. Azie memang tinggal di Puncak Alam. Persiaran Mokhtar Dahari dan persimpangan Altantuya tu memag laluan biasa setiap hari. Pergi keje balik keje hatta nak kemana-mana pun. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi bertemu dengan pengalaman seram walaupun lalu jam 1 atau 2 pagi :) Mintak-mintak dijauhkan. Aminn.