Saturday, May 23, 2015

Jungle Gym dan Roller Sports World, Pusat Sehenti Dunia Permainan Kanak-Kanak

Saya dan anak-anak berpeluang menghadiri Disney Parti di Jungle Gym pada hari Jumaat yang lepas. Lokasinya terletak di BSC Bangsar, dan Jungle Gym ini rupanya sudah beroperasi 8 tahun di sini. Untuk pengetahuan semua, bersebelahan dengan Jungle Gym terdapat juga Roller Sports World, bagi mereka yang meminati sukan ekstrem skating. 

Harga:
Untuk hari biasa (weekday)
Toddler (bawah 2 tahun) - RM16
Jungle Gym- RM30
Roller Sports - RM30
Combo- RM52

Untuk Sabtu/Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah
Toddler (bawah 2 tahun) - RM22
Jungle Gym- RM38
Roller Sports - RM38
Combo- RM62

Terdapat juga pass tahunan : RM938 
50 pass masuk Jungle Gym dan Roller Sports
Sah untuk setahun dari tarikh pembelian
*Lebih kurang harga RM18.80 untuk setiap kali masuk

Multi Entri Visit Pass : RM298
10 pass masuk
Sah untuk 3 bulan pertama pembelian

Kebetulan ketika kami berada di sana, beberapa pertunjukkan dari pemain skaters yang hebat sedang berlangsung.

Aksi ini hanya boleh ditiru jika mempunyai skil sahaja. Bagi pengunjung yang lain, bolehlah bermain roller skate di sini. Ini kerana mereka juga menyediakan peralatan roller skate yang boleh disewa dengan harga yang sangat berpatutan.

Kanak-kanak dan orang dewasa boleh juga mencuba permainan ini di Roller Sports World :)

Tarikan utama ke sini adalah Jungle Gym! Gimnasium yang direka khas sesuai untuk kanak-kanak bermain menawarkan pelbagai jenis alatan yang menarik buat si kecil. Bukan sahaja terdapat mini trampolin, bahkan dengan keluasan yang agak luas menempatkan pelbagai jenis permainan seperti gelongsor, gut builder dan lain-lain.

Antaranya permainan di dalam Jungle Gym seperti:





Yang penting kanak-kanak boleh mengeksplorasi samada secara sendirian mahupunberteman dengan rakan-rakan. Tanpa ibu-bapa yang sedang menunggu khuatir atas keselamatan anak-anak mereka.

Jika uolls nak buat parti hari jadi, di Gym Jungle juga ada menawarkan perkhidmatannya.
Uools boleh pilih samada (harga sila rujuk Junle Gym ya):

*ZEBRA PAKEJ
*LION PAKEJ
*ARTSY PARTY
* PARTI PILIHAN SENDIRI...
Contohnya parti Disney yang sempat saya dan hadiri ini.
Memang menarik, penuh warna-warni...

Ada "Candy Booth"
Boleh pilih ikut tema yang digemari..

Pakej juga boleh termasuk dengan "Party Packs".
Bersesuaian dengan bajet masing2 ya :)

Pelbagai jenis hidangan menu yang sangat nyummmehhh

Keluasan tempat jamuan juga agak luas.

Untuk pengetahuan semua di Jungle Gym ini boleh menempatkan hampir 180 kanak-kanak untuk satu acara ya!

Berpeluang mengadakan jamuan hari jadi di sini, pastikan meninggalkan 1001 kenangan manis buat si kecil...

Saya memang sangat tertarik dengan dekorasi di majlsi hari jadi ini...

Yang paling penting tetamu yang menghadiri juga tumpang gembira sekali..
See my Ameer dengan belon unggu pilihn hati!


Dan untuk promosi terkini pada bulan Jun 2015 nanti...Cikedaut uolls kalau berminat ya :)


Sekiranya, uolls datang Hari Rabu dan berpakaian warna hijau...


Keterangan lanjut boleh layari:

 www.junglegym.my
https://www.facebook.com/junglegymplayland 

No comments: