Kedai Basikal TTDI Jaya Yang Besh!

Saya jenis bukan minat pergi bengkel. Dari bengkel keta, bengkel motor apatah lagi bengkel basikal. Tapi kalau bengkel masak saya layan. Dah namanya omak kan...
Bila 3 orang anak lelaki saya tetibe jadi rajin semacam. Tak perlu saya buka mulut untuk melakukan apa2 kerja. Saya dah dapat agak, mesti ada maksud tersirat yang hendak disampaikan. Memang segala sangkaan saya benar belaka...

Lepas tolong menyapu, sidai baju...
My Afiq tiba2 tanya... "Mummy nak suruh picit kaki tak?"
Iskk... terasa cam nenek2 jer bila ada orang nak offer picit kaki...
Ini sungguh luar biasa... Saya gelak. Dier pun gelak...

"Ok, tell me, apa yang Afiq nak sebenarnya...?"
Kat dapur duk dengar dah My Anaqi dan Akid tergelak2...
"Macam ni Mummy, Afiq ngan Akid dan Anaqi kitaorang nak minta tolong Mummy bawa beskal kiraorang gi kedai".
"Nak buat apa? Dedet tahu tak?"-- terus jer saya tembak... hiks
"Tahu... plisss la Mummy... Nanti mummy bayarkan dulu lepas tu tolaklah duit belanja sekolah setiap hari..." Bunyi macam kesian giler...

Saya pun kata OK tapi dengan syarat kena follow saya gi pejabat pos untuk amik parcel hadiah (untuk makluman pejabat pos ialah tempat my anaks lelaki selalu ngelat nak ikut, sebab boring kena tunggu, tapi tapi dek kerana nak ke kedai basikal punya pasal, semuanya OK, hahahaha).

******
Siap gugel jumpa satu kedai die area Shah Alam iaitu di TTDI Jaya...
Saya suka pergi kedai ni. Antara sebabnya kalau tengok kedai dier biasa jer tak nampak eksklusif so rasa macam "I belong to this kind of kedai" --- dengan kata lain, oklah rasanya masih mampu bayar dengan melihat rupa kedai basikal yang sederhana tapi banyak betul barangan spare part basikal yang dijual termasuk basikal sekali.
Ramai pula bebudak kawasan taman perumahan yang datang hantar basikal kat sini. Semua jenis nak upgrade gear...
Anak saya jer hantar basikal sebab nak tambah angin la... Nak tukar tiub tayarla... Nak pasang tongkat la...
Akid punya kes lagi best... Nak ketatkan rantai jer...
Kalau tukar tiub basikal die ikut standard RM7 atau RM10. Tapi sebab tayar basikal Anaqi jenis apa ntah, die mahal sikit RM15...
Abang pomen ni sangat cekap. Dan rajin bagi nasihat cara penunggangan terbaik untuk mengelakkan agar tidak selalu berlaku kerosakan pada basikal. My Anaqi memang duk berguru dengan abang ni. Itu pun kalau boleh, my Anaqi nak tolong sama baiki basikal kat situ. Anaqi ni memang jensi minat baiki-baiki barang. Pantang jumpa spanar abis dier bukak sana, bukak sini basikal adik2 dier... basikal dier tidaklah pulak.
30 minit jer... Semuanya siap... 3 basikal...
Okla... harga yang dikenakan takde GST... hahaha
Paling penting, kerja pomen tu memang cekap dan efisien!

Kedai ni dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari pukul 10 pagi sampai 6 petang.
Nak singgah, ni alamatnya
  1.  25, Jalan Opera K, U2/K, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, 40150, Shah Alam, Selangor, 40150, Malaysia

Untuk gambaran street view boleh klik pautan ini ya..

Kedai Basikal TTDI Jaya Yang Besh! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 12, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.