Thursday, May 21, 2015

Keseronokan Mandian dan Urutan Buat Si Bayi, Merangsangkan 4 Multi-Sentuhan Stimulasi

Tidak dinafikan bayi memang sangat sukakan waktu mandiannya terutama ketika bermain buih-buih sabun..

Begitu juga kita yang sudah dewasa..
Terasa seronok dan bahagianya apabila dikelilingi buih-buih sabun pelbagai saiz…. :)

Untuk pengetahuan semua, proses mandian bersama bayi boleh membantu perkembangan otak mereka. Ini dinamakan sebagai “Science of the Senses”.

Sentuhan dan belaian terhadap bayi mampu meningkatkan daya rangsangan bayi terhadap persekitaran.


Terdapat 4 aktiviti yang dapat membantu memberi rangsangan kepada bayi. Iaitu melalui– sentuhan, bau, bunyi dan penglihatan.


Sentuhan- Melalui sentuhan dan urutan oleh ibubapa, 50% sepanjang proses melibatkan “eye-contact” bersama bayi dan juga memberi ekspresi positif secara keseluruhan (senyuman dan lain-lain)

Bauan- Bauan yang biasanya digunakan (mahupun bau daripada ibu itu sendiri), dapat meningkatkan “mood” yang selese dan peka. Menurut kajian didapati 30% bayi lebih berhubung dengan ibunya sekiranya mandian yang digunakan mempunyai bauan. Dan 25% bayi yang mandi menggunakan mandian yang mempunyai bauan lebih nyenyak tidurnya.

Bunyi- Berinteraksi bersama bayi ketika mandi dan mengurutnya mampu meningkatkan tatabahasa bayi itu sendiri. Kajian menunjukkan jika kita kerap berinteraksi dengan bayi ketika mandi, mereka lebih cepat bercakap dan lebih banyak mengetahui perkataan seusia 24 bulan..

Penglihatan – Melalui mandian dan urutan, kanak-kanak juga pasti boleh memberi tindak balas terhadap stimulasi visual. Koodinasi menerusi mata dan juga anggota badan lain seperti tangan dan kaki serta skil pengamatan sangat membantu dalam perkembangan tumbesarannya.  



Menyedari tentang kepentingan “Sciences of Senses” terhadap perkembangan bayi, Johnson’s Baby dengan kerjasama Hospital KPJ Ampang Puteri telah mengadakan siri kempen “So Much More” . Kempen ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi ibu untuk melibatkan diri dalam aktiviti harian bayi mereka seperti waktu mandian.

Pelancaran kempen ini telah dilakukan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun.


Diskusi bersama pakar penyelidikan, doktor dan juga tetamu jemputan. Antara lain dari kiri; Scha Al-Yahya (Selebriti Berstatus Ibu), Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi (Paedetrik KPJ), Mr Robert Kwon (Regional Director, Profesional Marketing Johnson & Johnson Asia Pacific) dan Mt Pabitra Ghosh (Tehnology Manager- South East Asia Sciences & Technology, Givaudn Fragrances). Turut dalam diskusi ialah Belinda selaku pemudahcara.

Pelbagai info yang saya pelajari di sini, antaranya:-

Saat ketika kita mandikan anak, tumpuan sepenuhnya perlu diberikan. Dan biasanya kita akan mandikan bayi kita tanpa penglibatan atau mengunakan tapi tidaklah terlalu kerap peralatan teknologi seperti kamera ataupun telefon pintar. Sebaiknya fokus utama adalah saat kita mandikan bayi. Ini kerana kita perlu berinteraksi dengan bayi kita.



Waktu mandian adalah waktu stimulasi deria anak. Contohnya penggunaan sabun mandian khas buat kanak-kanak yang lembut baunya, secara tidak langsung merangsang bayi kita ketika sedang menikmati air mandiannya. Bayi juga akan bermain dengan buih sabun secara tidak langsung merangsang daya sentuhannya dengan persekitaran.


Menurut kajian yang dilakukan semasa mandian juga membantu perkembangan otak bayi.




 Masa mandian boleh dikatakan sebagai salah satu aktiviti rutin bayi penuh keseronokan dan mampu memberi kesegaran kepada bayi sepanjang hari.

Seronok bukan apabila dapat melihat anak kita gembira semasa menikmati mandiannya setiap hari :=)

      Satu sesi soal jawab antara media dan juga VIP serta pakar-pakar yang terlibat secara langsung dengan kempen yang dijalankan turut diadakan.


      Selain mandian, pengurutan bayi selepas mandi juga sangat perlu dilaukan. Ini kerana bayi yang diurut selepas mandi boleh memberi kegembiraan pada bayi. Sekaligus membantu perkembangan dan tumbesarannya.

      Bayi yang diurut pasti akan terasa sentuhan tangan ibunya ke atas badannya.



Paling penting, ketika sesi urutan dilakukan “eye-contact” antara ibu dan bayi pasti berlaku. Ketika sesi urutan, adalah digalakkan ibu perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak. Menurut kajian yang dijalankan bayi yang diurut membantu meningkatkan perkembangan kognitif dan juga menjadi lebih peka terhadap persekitaran di sekelilingnya.


Rangsangan bauan daripada mandian, seterusnya diberikan urutan. Menjadikan bayi lebih selesa dan gembira.

Apatah lagi urutan dilakukan oleh ibu yang tersayang. Melalui sentuhan dan kelembutan bauan secara tidak langsung akan berlakunya interaksi kasih-sayang secara tersirat.


It’s bonding time! ~Pastinya ianya meninggalkan memori bahagia buat bayi selamanya.


#somuchmore 

2 comments:

juelee said...

yeay.. best entri ni

AyuArjuna BiGoshh said...

jue- best event ni sbnrnya hehehehe