Wednesday, May 6, 2015

Random Posting - Jejalan Satu Hari Di Hari Cuti

Cuti panjang yang lepas bermula dari 1 Mei sampailah ke Hari Wesak 4 Mei, memang heaven :) Tapi shian my laki sepanjang dier kerja tak pernah dapat berehat pada 1 Mei (Hari Buruh). Masa tu jugaklah projek tengah jalan, so kena kerja lebih masa lagi. Tapi tahun ni projek dier kecik jer so amik masa 2 hari untuk setel. Hari ketiga terus my laki ajak gi jejalan luar kawasan KL dan Shah Alam.

So,  ke Bukit Melawati Kuala Selangor antara pilihan terbaek.
Untuk rekod kitaorang dah lebih 4 kali panjat bukit ni. Memang idakler excited berbenor. Cuma bila berjalan di kawasan ni bersama anak2. Benda tak best pun jadi best gitewww...

Mana taknya... sikit2 nak amik gambar. Ala2... bercuti ke obersea sedangkan tempat tu dah berapa kali datang seisi famili :p
Semakin banyak spesis ni kat sini. Besar2 pulak tu. 
Lebih besar dari My Ameer pun ada. Sampai binatang ni tak heran dah dengan kite. Sebabnya kita yang lebih-lebih heran tengok dowang melepak santai kat situ.
Kalau Bukit Melawati yang pamos kat situ ~ meriam, perigi berancun, batu hampar (tempat penggal kepala), menara cerap nak tengok anak bulan, kubur cina berlambakan berdekatan dengan rumah pegawai lama. Tapi paling ketara meriam ler... merata-rata kat sini sebab Bukit Melawati ni kan satu masa dulu kubu pertahanan. Tapi saya paling excited jumpa perkakasan lama di bawah (jakun mode activated!).
Tempat pemadam api kebakaran... Giler antik!!!
Lepas sejam duk daki kendian turun bukit jalan reramai anak-beranak. Orang lain naik tram, kitaorang pasrah berjalan. Sebab nak kurus!
Lepas tu nampak kedai eskrem. Kitaorang pun melayan ais krim pasu. 
Sebelum ni tengok orang makan takdelah teringin. Tapi sebab dah tak tahu nak melantak apa area situ so orderlah. Untuk seberkas besar ni 20 hengget koooo...

Dapat 4 perisa eskrim...
Pasu percuma tapi bunga tu kena pulang balik... iskkkk
Bunga plastik pun nak recycle balik? Aparaaa amoi kedai ni...

Lepas tu jejalan merata-rata kat situ konon nak tido hotel...
Haraaammm... Sebab malam jer, Kuala Selangor macam ada pesta!
Ramai giler manusia berada di jalan raya...
Last2 kita orang cari kedai makan...
Makan sambil borak2 kosong ngan anak...
Dalam kul 10 malam gerak balik...
Semua anak pakat tido nyenyak dalam kereta...

Sampai jer depan pintu umah...
Soalan pertama keluar dari mulut depa..
"Kita tido hotel mana ni Dedet?"

Hahahahahaha... Buka pintu keta jer... Masing2 muka frust sebab baru perasan keta di parking di depan rumah sendiri :p

3 comments:

Merlyn Hasshim said...

part yg last sekali tu mmg sadis sekali la, hehehehehe

ziana eunos said...

hihi,, tapi nampak sedap mknn tu ^_^

saya singgah

AyuArjuna BiGoshh said...

merlyn--kannn hahahaha

ziana- not bad makanan tu cuma sikit sangat hehehehehhe...