Friday, May 1, 2015

Sajian Hari Raya Lebih Enak Dengan Mentega Golden Churn

Mentega Golden Churn, sememangnya terkenal dengan kelebihannya dalam pembuatan kek dan masakan selama lebih dari 70 tahun. Dan kini mentega Goldern Churn membawakan evolusi dalam arena masakan tempatan dan rumah dengan memperkenalkan pengubahsuaian pada resipi-resipi klasik sambil mengekalkan rasa lazat mentega.

Keunikan Golden Churn ialah sebagai mentega yang ditinkan dan boleh ditemui di bahagian bahan membuat kek dan bukannya di bahagian dingin kebiasaannya dapat mentega ini didatangkan dalam bentuk bungkusan dan juga dalam bentuk tub. 



Mentega Golden Churn dalam tin merupakan produk keluaran Australia dan New Zealand yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput yang bersih dan segar. Mentega ini juga terkenal dengan jangka hayat yang boleh disimpan pada tempoh yang lama. Ianya juga bebas daripada perisa dan pewarna tiruan. Paling penting  mentega ini telah disahkan Halal dan boleh digunakan oleh pengguna Muslim tanpa was-was!


Untuk pengetahuan semua, mentega dalam tin Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari NZIDT (New Zealand Islamic Development Trust), manakala mentega beku Golden Churn mendapat pengiktirafan Halal dari ICCV (Islamic Co-ordinating Council Of Victoria P/L). Kedua-dua badan pelesenan Halal tersebut diiktiraf oleh JAKIM.





Di Malaysia, mentega Golden Churn sinonim dengan hidangan kegemaran tradisional iaitu kek lapis. Penghasilan kek ini menggunakan teknik yang sukar dan masa yang lama serta bahan-bahan berkualiti tinggi untuk hasil yang terbaik. Mentega Golden Churn adalah ramuan penting di dalam penghasilan Kek Lapis di Malaysia.

Selain kek, mentega Golden Churn juga enak dibuat biskut dan kuih-muih tradisional.


Menurut Encik Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar mentega Golden Churn di Malaysia;

“Mentega merupakan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana mentega merupakan makanan yang kurang diproses, tambahan pula Golden Churn tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Mentega sentiasa menjadi pilihan utama chef profesional seperti Chef Dato’ Fazley dan mereka yang selalu memasak di rumah kerana tekstur, rasa dan aromanya yang membangkitkan selera,” kata Encik Alagappar.

“Dengan mentega Golden Churn, Keenakan Dijamin kerana kami menyediakan mentega tulen berkualiti tinggi yang berasal dari lembu yang diberi makan rumput,” t






Sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Golden Churn telah bekerjasama dengan chef selebriti yang popular menerusi MasterChef Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, dalam menghasilkan dua resipi unik yang pasti menggembirakan keluarga dan sahabat handai di musim perayaan atau sambutan khas dengan rasanya yang dikenali tetapi mempunyai keunikan tersendiri.




Bengkel media bertemakan ‘Raya Lebih Meriah dengan Mentega Golden Churn’ diadakan di The Cooking House, Bangsar di mana Chef Dato’ Fazley Yaakob menunjukkan kelebihan mentega Golden Churn dalam pembuatan kek.  

Umum sedia maklum tentang kelebihan mentega dari segi rasa dan keenakannya di dalam mulut. Kini, mentega juga mendapat semula status sebagai bahan tambahan yang menyihatkan kepada pemakanan seimbang kerana ia kaya dengan vitamin larut lemak, terutama sekali Vitamin K2 yang membantu badan kita menyerap kalsium. Kalsium penting untuk kesihatan tulang dan mencegah penyakit kardiovaskular, kanser dan osteoporosis.

Mentega mengandungi lemak tepuyang meningkatkan kadar ‘kolestrol baik’ di dalam darah kita yang juga dikenali sebagai HDL. Mentega membuatkan anda rasa lebih kenyang kerana kehadiran lemak ‘short chain’ dan ‘medium chain’ dan membantu anda membakar lemak dengan lebih baik.

Mentega merupakan sumber butirat iaitu sejenis asid lemak yang penting untuk penghadaman. Mentega ini kaya dengan CLA yang memberi kesan yang besar terhadap kadar metabolisma. Kajian menunjukkan CLA mempunyai sifat antikanser dan mampu menurunkan peratusan lemak didalam badan manusia. Mentega dikaitkan dapat merendahkan risiko obesiti walaupun kandungan kalori dalam mentega lebih tinggi, memakan produk tenusu yang tinggi kandungan lemak juga tidak mempunyai kaitan dengan obesiti. Wah memang menarik bukan?



Bengkel media “Raya Lebih Enak dengan Mentega Golden Churn” telah memberi peluang kepada wakil-wakil media menerima bimbingan membuat kek daripada Chef Dato’ Fazley. Para media juga telah diuji kemahiran mereka dalam cabaran menghias kek.





Chef Dato’ Fazley berkata, “Mentega Golden Churn sentiasa menjadi pilihan saya kerana kualitinya yang tinggi dan hasil yang diberikan.”

Beliau menghasilkan kedua-dua resipi tersebut khas untuk Hari Raya dengan menggunakan mentega Golden Churn untuk hasil hidangan yang terbaik.

“ Hari Raya juga merupakan sambutan istimewa apabila kaum keluarga dari jauh berkumpul bersama. Inilah masanya untuk menjamu orang tersayang dengan juadah yang paling enak dan berkualiti tinggi. Inspirasi saya dalam mencipta resipi-resipi ini adalah dengan menggabungkan yang tradisional dengan yang moden, yang lama dengan yang baru, untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan dari segi rasa dan rupa masakan tersebut.”







Dua resipi yang saya pelajari adalah Kek Marble Mentega Golden Churn yang menampilkan rasa eksotik kulit kayu manis, dan buah pala untuk rasa kek yang lebih sofistikated dan Golden Churn Puff Krim Kaya yang mengimaginasikan semula puff kaya zaman kanak-kanak sehingga menjadi pencuci mulut ‘fine dining’.



Bahan utama dalam kedua-dua resipi tersebut adalah mentega Golden Churn yang memberi keseimbangan rasa lemak, kelembutan dan tekstur yang halus serta aroma kacang yang menambahkan lagi keenakannya.






Golden Churn Butter Kek Marble Mentega Lembap Berempah 

Bahan-bahan:
220gram Mentega Golden Churn 
4 Telur
45gram Gula kastor
145gram Gula kastor 
190gram Tepung gandum
10gram Serbuk coklat 
2 sudu teh Serbuk penaik 
65 ml Susu 
1 sudu teh Esen vanilla
½ sudu teh Serbuk buah pala (nutmeg powder)
½ sudu teh Serbuk kayu manis (cinnamon powder)

Cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.

2. Asingkan telur dan masukkan putih telur ke dalam mesin pengadun (mixer). Kuning telur ketepikan.

3. Pukul putih telur, masukkan 45g gula kastor perlahan-lahandan pukul sehingga kembang menjadi foam kental (meringue).

4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul Mentega Golden Churn dan 145g gula kastor, masukkan esen vanilla.

5. Masukkan kesemua kuning telur dan pukul sehingga semua kuning telur campur sebati.

6. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan serbuk penaik dan tepung gandum. 
Tuangkan separuh campuran tepung ke dalam adunan dan masukkan susu perlahan-lahan. Pukul sehinnga sebati. Masukkan kesemua tepung yang tinggal. 

7. Masukkan separuh campuran putih telur (meringue) dan gaul sehingga sebati. 

8. Kemudian, masukkan spearuh campuran putig telur (meringue) yang tinggal dan gaul 
sehingga sebati.

9. Apabila adunan sudah siap, asingkan ¼ adunan ke dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan serbuk coklat, serbuk buak pala dan serbuk kayu manis. Gaul sehingga sebati.

10. Tuangkan ¾ adunan yang tinggal ke dalam loyang diikuti ¼ adunan yanng berempah di atas. Dengan pisau, potong permukaan adunan dengan ringan mengikut corak yang disukai.  Bakar kek selama 50 minit atau sehingga masak.

Cantik dan menarik bukan..
Rasanya juga enak :)


Golden Churn Puff Krim Kaya & Kelapa


Bahan-bahan:
250gram Air
5gram  Gula 
100gram Golden Churn Butter
150gram Tepung gandum 
4 telur 
2 kuning telur 
230gram krim whipping 
100gram kaya
½ cawan kelapa parut kering  
3 sudu besar Mentega Golden Churn, cairkan

Cara-cara membuat Puff Krim:
 1. Panaskan ketuhar kepada 200⁰C.

2. Masukkan air, gula dan Mentega Golden Churn ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

3. Apabila sudah mendidih, tutupkan api dan masukkan tepung gandum. Gaul sehingga sebati dengan senduk kayu.

4. Panaskan semula periuk, teruskkan memasak dan gaul sebati sehingga ia tidak melekat pada periuk dan menjadi satu kepingan bulat yang rata.

5. Pindahkan doh ke dalam mesin pengadun (mixer) dan pukul dengan "paddle attachment" untuk keluarkan stim selama 3 minit.

6. Setelah doh menjadi suam, masukkan 4 telur satu demi satu dan pukul sehingga mejadi pes yang rata dan pekat. 

7. Paipkan pes ke atas kertas kalis minyak (baking paper) dan sapukan bahagian atas
dengan kuning telur yang telah dipukul ringan.

8. Bakar pada suhu 200⁰C selama 15 minit dan kemudian rendahkan suhu kepada 170 ⁰C, bakar selama 30 minit.


Cara-cara membuat inti:

1. Putarkan krim sehingga menjadi foam kental dan paipkan krim berbentuk donut dalam puff krim yang telah sejuk.

2. Paipkan kaya di bahagian tengah krim yang telah disediakan.

3. Sapukkan Mentega Golden Churn yang telah dicairkan ke bahagian atas puff krim dan taburkkan kelapa parut kering ke atas ia.


Ini adalah 2 jenis cupcake yang dihasilkan oleh ramuan yang sama kecuali mentega yang digunakan. Satu menggunakan marjerin biasa, dan satu lagi menggunakan mentega Golden Churn. Ternyata cup cake yang menggunakan mentega Golden Churn jauh lebih enak rasanya dan juga memiliki tekstur yang begitu lembut.

Setelah kami mempelajari, cara membuat kek dan juga cream puff. Saya dan rakan media lain berpeluang untuk menghias cup cake...


Ni team saya ~ Cik Lily, Miera dan AyuArjuna, ahem ahem


So, belajar buat icing sendiri...
Cam biasa, saya tukang perati jerr...


Nampak tak kerjasama di situ, hahahahah
Beria sangat muka Cik Lily Putih.... :p


Siap minta pendapat dari chef lagi! heheheh


Ok, saya mula menunjukkan skil mendeko...


Tidaklah hebat mana..
Tapi gigih jugaklah untuk mencubanya..


Touch up kasi lebih menarik...


Hasilnya..tadaaaaaaaaaaa


Mereka yang bekerja keras :p


Hasil kreatif mendeko dari semua kumpulan...


Acara santai yang memerlukan setiap kumpulan memberi penerangan ringkas tentang hasil deko yang dipersembahkan. Memang seronok!

Saya juga diberitahu sekiranya mentega Golden Churn ini diadun sedikit bersama kopi, sememangnya memberi rasa latte yang begitu enak!!

Golden Churn boleh didapati di semua pasaraya besar dan pasaraya terkemuka. Untuk maklumat lanjut, layari http://goldenchurn.com.au/ or http://www.gbaglobal.com/

No comments: