Monday, May 11, 2015

Sesi Gather Together Bersama Blogger dan Famili | Program Edutainment dan Pelbagai Aktiviti Ohsem di Enerz

Berpagian saya dan anak-anak di sini. Di Enerz Indoor Extreme Park Subang Jaya. Memang excited abis sebab kami akan sertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur di sini.
Saya paling tertarik dengan program khas buat kanak-kanak yang berusia 3 tahun ke atas. Program ini dikenali sebagai Edutainment yang direka khas untuk kanak-kanak merasai keseronokan bermain dan pada yang sama dapat belajar sesuatu yang baru.
Objektif permainan Edutainment di Enerz boleh dirujuk di sini ya :)

Terdapat 4 modul yang disediakan iaitu:- Energizer, Team Building Games, Group Obstacle Course dan Gut Builder.

1. Energizer (20 minit)
Circle  Time - Setiap kanak-kanak duduk dalam kumpulan. Di sini akan mula mengenali setiap ahli kumpulan mereka. Perlantikan ketua dan bersama-sama memikir dan memilih nama kumpulan yang sesuai dengan imej kumpulan mereka. 
Leaders in the making - Memotivasikan kanak-kanak untuk berani ke hadapan. Coach akan sentiasa berinteraksi dengan mereka dan mengajak kanak-kanak ini memberi respon positif. Ini merupakan salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak menjadi lebih yakin dan percaya keupayaan diri masing-masing.
Edutainment Times - Beberapa pergerakan senaman mudah dengan tunjuk ajar coach. Agak menarik dan sememangnya menyeronokkan!

2. Team Building Games (35 minit)
Selain daripada sifat kepimpinan yang diterapkan dalam module Edutainment Enerz, bermain dalam pasukan untuk membentuk semangat berpasukan turut diselitkan. Kanak-kanak bukan sahaja berasa seronok bahkan kita dapat lihat setiap ahli kumpulan akan menyokong rakan-rakan mereka dengan bersorak memberi kata-kata semangat.

3. Group Obstacle Course (35 minit)
Kanak-kanak juga diberi pendedahan untuk berani menghadapi cabaran. Sentiasa berusaha belajar mengatasi kesukaran dan mencuba dengan bersungguh-sungguh. Permainan ini mampu menerapkan keyakinan kepada kanak-kanak untuk tidak mudah berputus asa.

4. Gut Builder (1 hour)
Permainan ini sememangnya sangat dinantikan oleh kanak-kanak. Pelbagai jenis cabaran yang disediakan yang mana kanak-kanak harus mengharunginya dengan berani. Ianya cabaran individu untuk menguji sejauhmana kanak-kanak ini boleh melangkah maju serta berani menghadapinya seorang diri (dengan pengawasan coach juga ya!). Setiap level builder ini mempunyai pelbagai jenis rintangan yang menarik dan berlainan cabarannya. Paling penting kanak-kanak ini perlu mengatasi rasa takut pada ketinggian. Sebab itu sikap "percaya diri" itu perlu ada.

***********

Sebenarnya, blogger yang dijemput bersama kelurga ke Enerz ada juga disediakan cabaran. Sebanyak 7 jenis task yang perlu kami lakukan untuk memenagi hadiah lumayan. Antaranya;

Task Pertama - Gambar seisi famili di Enerz. Kalau boleh kena bergambar kreatif 
*tapi saya bergambar asal boleh, hahahahahah

Task kedua - gambar aktiviti kanak-kanak

Task ketiga -Aktiviti trampoline

Task keempat - makan time bersama famili atau rakan

Task kelima - gambar atau video aktiviti berkumpulan yg sedang berlangsung pada petang ini.

Banyak sangat aktiviti kitaorang buat kat sini. Antara aktiviti yang perlu kami sertai ialah "Dodge Ball", "Slam Dunk" dan juga "Dare You Jump?"-ala-ala permainan galah panjang.

Permainan Dodge Ball.
video
Video by Saidila, TQSM
Aksi sebelum memulakan serangan, hahahahah
My Anaqi in action! Semangat tuh...
Saya yang macam Mak Gayah sangat, hahahahahah
Penat bertarung habis-habisan, kalah juga akhirnya, hiks.

Permainan Slam Dunk
Kalau kita tahu teknik lompatan dan cara membaling ke jaring, memang kita boleh score game ini :)

"Dare You Jump?
Permanan ala-ala galah panjang. Yang mana setiap pemain perlu mengatasi halangan defender. Kalau anda hebat dan mempunyai strategi menarik. Anda boleh memenangi permainan ini.

Task Enam- selfie dengan Bro Framestone bersama keluarga anda

Task Tujuh - Selfie atau ambil gambar pemenang cabaran gambar/video di Insta!
Tahniah dan syabas buat Azlinda Alin. Gambar Alin memang chantek-chantek!

Biarpun ini kali kedua saya dan keluarga di sini, tapi memang sangat teruja dan bercadang untuk kembali bermain di sini lagi. Di Enerz kita boleh bersama-sama keluarga dan rakan-rakan menghabiskan masa bersama dengan bermain dan beriadah. Selain daripada berpeluh yang sangat baik untuk kesihatan, kita juga dapat mengurangkan tekanan. Paling penting kita boleh mengeratkan lagi hubungan bersama orang-orang yang tersayang.
Seperti juga saya seisi keluarga bersama blogger-blogger lain yang turut hadir bersama keluarga, biarpun antara kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi bila berada di sini, apabila melakukan aktiviti dan bermain bersama, secara tidak langsung mendekatkan kami antara satu sama lain. Ibarat seperti sebuah keluarga blogger yang sudah lama mengenali.



Tidak kira usia dan bangsa, kami semua keluarga blogger yang bahagia di Enerz Subang Jaya!
Amboi abang kat depan, siap posing bagai heheheheh...

Nak baca entri mengenai Enerz sebelum ni boleh klik pautan http://ayuarjuna.blogspot.com/2015/04/enerz-indoor-extreme-park.html

Keterangan lanjut boleh layari 

TQSM Bro Framestone dan Enerz atas jemputan.
Dan juga salam kenal semua blogger yang hadir!

Pssst: TQ untuk gambar Saidila, Alin dan lain-lain...


Uolls nak habaq...sekarang ada promosi ya...

Jangan lupa terjah uolls.//
EnerZ ~ Lot 791, Persiaran Subang Indah, 47500 Subang Jaya, Selangor