Tuesday, June 2, 2015

Karnival Gundam Yang Ohsem! (Ohsemler sangat kata maknye dalam hati, haha)

*Yana yang pura2 excited jumpa abe Gundam..
Citer pasal GUNDAM ni kan...
Ai tak tahulah kalau ada orang pompuan yang minat jugak...
Siyes, kalau dibandingkan dengan segala elemen periuk, kuali dan senduk VS Gundam. Ai prefer lagi periuk, kuali dan senduk. Tapi disebabkan my anaks lelaki termasuk pakej ngan somi sekali yang minat betul dengan Gundam ni, so mak redho ja bila diheret ke sini dan menghabiskan masa yang agak lama di tempat berhantu ini.
Satu pameran terbuka dengan pelbagai koleksi patung GUNDAM telah diadakan di Main Place USJ hujung minggu yang lepas. Selain daripada pameran pelbagai aktiviti pentas diadakan, penjualan kit GUNDAM dengan harga yang berbaloi, GUNPLA Workshop dan pelbagai lagi.
Antara yang mencuri perhatian. GUNDAM yang dihasilkan oleh anak Malaysia dan berjaya memperolehi tempat pertama dalam pertandingan peringkat antarabangsa.
Ini adalah piala yang diraih. Gold Medal! Pehhhhh...
Memang kagumler, sebab rata2 pemenang kebanyakannya datang dari negara Jepun dan Taiwan. Tapi kali ni dari Malaysia... sesuatu yang luar biasa...
Kenalkan ~ Build Burning Try Gundam
Yang ni pulak ~ Sengoku Astray Gundam

Antara koleksi yang dipamerkan...
Saya hanya tunjuk sikit sahaja...
Kalau ikutkan banyak sangat koleksi GUNDAM di sana...
Ni tunjuk sikit tau... **Lap air mata

Time membeli pun makan masa juga...
Sebab dowang duk pilih kan...
Ikutkan nafsu nak beli semua agaknya...
Workshop GUNPLA... diajar cara memasang GUNDAM bagi yang amatur...
Ok, My Amani pun tahu pasang tau uolls...
Yang menariknya kita bukan sahaja dapat GUNDAM yang dipasang secara percuma, siap jer dapat lagi satu kit GUNDAM... tu yang hepi berbenor 3 beradek ni dapat benda percuma. Hahaha... anak omak lah katakan... Di pentas utama pula, ada pertunjukkan aksi GUNDAM...
Lepas tu ada sesi GUNDAM bertemu peminat--pehh cam artis...
Disebabkan ai sekeluarga orang pertama...
So, banyak giler lensa yang mengambil gambar...
Tu yang tengok gambar-gambar kat bawah, cam hilang arah pedoman sedikit. Sebab tak tahu nak senyum dan tengok kamera saper. Sedangkan terang2 my laki kat bawah tu ado... tengok dier jerlah patutnya, kan? Ni tengok saper2 ntah...
Sampai petang di situ...
Banyak kotak jugak Dedet borong untuk anak laki dier...
Balik umah, dengan tak mandi memasing semua bukak kit GUNDAM dan start pasang. Mak dier terus jadi GUNDAM Pontianak, acer bayangkan ghupa ai... hahahahah

Mak kata mandiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii doluuuuu.....
Punyalah obses memasing ngan GUNDAM, kan? Hmmmm

No comments: