Tuesday, June 23, 2015

Kompilasi Resepi Biskut Semperit Cappucino, Semperit Kejutan Oren, Semperit Nutty dan Semperit Hazel Nut Bersama Coklat

Kuih Semperit atau biskut Dahlia telah lama menjadi kuih tradisi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan di beribu-ribu buah rumah di Malaysia. Berbentuk sekuntum bunga daisi yang sedang mekar dan dihiasi dengan kepingan buah ceri, ia mengimbau nostalgia dan rasa yang unik menjanjikan keenakan yang tidak terperi.

Chewah sangat!!!

Dan mentega SCS kini membawa kembali kuih kegemaran klasik ini, tetapi dengan satu kelainan. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resipi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini – iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.

Hidupkan suasana dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat Semperit melalui resipi-resipi yang telah dipertingkatkan. Ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat. Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah Mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.

Keraian anda pastinya akan menjadi lebih meriah dan semestinya lebih enak tahun ini. Sanak saudara dan handai taulan pasti menikmati suasana yang mencuit emosi, penuh keseronokan dan kasih sayang. 

Ok uolls, boleh cuba biskut semperit pelbagai versi yang sedap-sedap ini;
Semperit Cappucino (adunan kopi dan kacang)
Adunan berasaskan kopi ini menawarkan kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dinikmati bersama secawan kopi, anda akan merasa lebih bertenaga dah sedar sepenuhnya. Rasanya sedap dalam setiap gigitan.
Bahan-bahan :
240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat

Cara Penyediaan:
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.
3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.
4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.

Semperit Nutty (Mentega Kacang)

Dihiasi kacang parut di luar dan lapisan nipis mentega kacang di tengah, kuih unggul ini pasti akan menjadi kegemaran ramai. Rasa dan teksturnya merupakan ciri istimewa kuih ini.
Bahan-bahan :
200 gm SCS Mentega Bergaram
80 gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160 gm Tepung Gandum
65 gm Tepung Jagung
100 gm Tepung Kastad
130 gm Mentega Kacang
80 gm Kacang Berlapis Gula, dikisar
1 biji telur

Cara Penyediaan:
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh dalam peti sejuk.
4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh, kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.
5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskna dengan kacang yang telah dikisar.
6. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Semperit "Kejutan Oren"

Resipi klasik ini bukan sekadar sensasi Semperit yang biasa. Kanak-kanak pasti menggemari resepi ini kerana ia menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa oren dan dihiasi dengan seribu kilauan
Bahan-bahan :
200gm SC Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah

Cara Penyediaan :
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.
2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".
3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.

Coklat Kacang Hazel
Sajian bertekstur sederhana yang diserikan dengan rasa kacang dan kelazatan coklat, resepi ini menawarkan rasa yang penuh berperisa. Gigitan pertama memberikan rasa yang menyelerakan dan bertukar menjadi manis di tengah, resepi ini memiliki adunan mentega dan kerangupan yang sempurna tanpa mengenepikan daya tarikan yang serba sederhana
Bahan-bahan :
200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)

Cara  Penyediaan:
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.
2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Menguli sehingga menjadi doh.
3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.
4. Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit atau sehingga masak.
Paling sedap makan biskut cicah dengan coklat...
So yummmeh!!!
Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resipi-resipi kuih khas berasaskan mentega di atas boleh melayari laman Facebook SCS untuk resepi atau saluran YouTube kami. Buku resipi kecil untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. Menjelang Jun 2015, SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook https://www.facebook.com/scsdairymalaysia

Selamat Mencuba Uollls!!!