Monday, June 8, 2015

Naik Jambatan Terpanjang di Asia Tenggara

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasmi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan jambatan tol jalan raya kembar di Pulau Pinang yang telah siap dibina pada bulan Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau PinangJambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pulau tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
*Sumber wikipedia
_________________________________________________________________________________
Pengalaman saya naik jambatan ini buat pertama kali, haruslah teruja...
Teruja... Sebab melihat sendiri salah satu projek kebanggaan Malaysia. Biarpun banyak sekali isu mengenai jambatan ini tapi berpeluang melaluinya dan melihat sendiri betapa panjangnya laluan jalan raya yang membelah lautan sekaligus menghubungkan tanah besar dan pulau milik Malaysia. Sememangnya ianya memang boleh dibanggakan.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ini mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.
 Muka 2 beradik yang excited...
Cer tengok... panjang kan laluan dier?
Nampak seberang jambatan menerusi pandangan sisi dari tingkap kereta...
Dari pandangan hadapan menerusi tingkap kereta...
Perjalanan lancar... Biarpun kereta banyak ada di atas jalan. Sebab ianya panjang, masalah kesesakan tak berlaku sekiranya setiap pengguna secara konsisten memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan.
Here we are...Welcome to Penang :)

1 comment:

Alongxp said...

Nampak sangat saya ni "buta sejarah" kata ali mamak. Saya bayangkan jambatan gantung yang menghubungkan dua gunung masa sebelum baca entri ni... hahahaha... rosak... rosak...