Monday, June 8, 2015

Resepi Biskut dan Kerepek Kellogg’s Corn Flakes® versi AyuArjuna, Meh Cuba!

Tidak dinafikan, antara sajian biskut yang popular di hari raya ialah biskut diperbuat daripada Kellogg’s Corn Flakes®. Biskut ini bukan sahaja digemari kanak-kanak bahkan orang dewasa turut menggemarinya.

Dan saya juga teruja untuk berkongsi 2 resepi menarik diinspirasikan Kellogg’s Corn Flakes®. Bajet pun murah, praktikal, sedap dan membuatnya pun sangat mudah uollls :=)


Resepi : Kerepek Pedas Syawal Kellogg’s Corn Flakes® 


Bahan-bahan:
1. Kellogg’s Corn Flakes® (1 kotak)
2. Bawang merah (4-5 ulas)
3. Bawang putih - (4 ulas)
4. Ikan bilis (segenggam) - digoreng garing
5. Cili giling (sukatan ikut suka kepedasan)
6. Madu
7. Sedikit mentega





Kaedah:
Tumis bawang sehingga naik bau dengan mentega.

Masukkan cili giling

Masukkan madu, sukatan bergantung kepada rasa yang dikehendaki.
p/s: Saya letakkan hanya sedikit sahaja garam, memandangkan rasa ikini bilis sudah masin.

Masukkan ikan bilis yang telag digoreng garing.

Masukkan Kellogg’s Corn Flakes®.

Untuk rasa lebih ranggup dan tahan lebih lama, bakar Kellogg’s Corn Flakes®  yang telah disira dengan sambal pedas di dalam ketuhar selama 5-7 minit, 170c. 


Tada!!!!!!!!
Kerepek Kerepek Pedas Syawal Kellogg’s Corn Flakes® in da' house. Sedap dimakan sebagai kudapan tidak kira pada hari Raya dan bila-bila masa sahaja.

Simpan dalam bekas kedapan udara uollls!!!
Nyummeh...



Resepi: Biskut Jalinan Kasih Coklat Chip Kellogg’s Corn Flakes®

Bahan-bahan:
1. Kellogg’s Corn Flakes® - 1 cawan
2. Tepung gandum - 300gm
3. Tepung jagung - 50gm
4. Butter - 250gm
5. Gula icing - 125gm
6. Telur - 1 biji
7. Coklat chip - 1/2 cawan ~ boleh juga ditambah dengan buah kurma @ raisin dan sebagainya


Kaedah:


Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.

Masukkan tepung jagung dan tepung gandun. Nak dapatkan tekstur biskut lebih ringgan kedua-dua tepung ini boleh diayak bersama ya.

Bila dah cukup sebati, masukkan Kellogg’s Corn Flakes® .

Akhir sekali masukkan colat chip. Gaul rata.

Boleh masukkan dalam mangkuk cawan. Ataupun hanya bulat-bulatkan seperti doh dalam dulang pembakar. Bakar pada suhi 150c, selama antara 15-20 minit.

Sejukkan sekejap, sebelum ianya disimpan dalam bekas kedap udara. Ketika masih panas, biskut teksturnya agak lembut sedikit. Apabila sudah sejuk ianya akan rasa ranggup :=)

Cubalah uolls...Senang sangat!

Ternyata Kellogg’s Corn Flakes®  yang diperbuat daripada jagung sebenar mampu memberi extra keranggupan dan rasa lebih enak!!  Dan paling penting kedua resepi yang saya kongsikan memang sangat praktikal ~ mudah dan sedap, *wink wink....

Untuk pengetahuan semua, bulan Ramadhan tahun ini sekali lagi Kellogg’s telah memperkenalkan lapan (8) resipi biskut Kellogg’s Cornlakes® edisi terhad. Seperti tahun sebelumnya Maria Tunku Sabri, pengacara program menjamu selera TV terkenal telah berkerjasama dengan pihak Kellogg's untuk menggalakkan pengguna supaya mencuba resipi biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan juga mengunjungi trak sampel di lokasi yang terpilih, dan seterusnya membuat ikrar untuk menyumbang biskut kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Trak sampel Kellogg’s akan berada di bazar Ramadan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17hb Jun hingga 10hb Julai 2015.  Pengunjung yang mengunjungi trak sampel ini juga boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat, bagi
memperlihatkan pelbagai cara Corn Flakes® boleh digunakan untuk membuat kuih dan biskut.

Selebriti Maria akan turut hadir di beberapa lokasi trak sampel yang terpilih seperti
·         Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
·         Giant Batu Caves, 13 Jun  (1-3ptg)
·         Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Di sepanjang bulan Ramadan, setiap kotak Kellogg’s Corn Flakes® di pasaran akan memaparkan dua daripada lapan (8) resipi biskut edisi terhad: Crunchy Kellogg’s Corn Flakes Drops, Corn Flakes Bread Fingers, Cranberry Corn Flakes Cookies, Coconut and Corn Flakes Crunch, Layered Corn Flakes Parfait, Chewy Nutty Corn Flakes Squares, Cheesy Corn Flakes Melts, dan Cheesy Pandan Cake.


Uolls juga semua dijemput untuk mencuba biskut kuki Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:

Bazar Ramadan
Lokasi
Waktu
Tarikh
Gombak Taman Melawati
4ptg-8mlm
Rabu, 17 Jun
Stadium Shah Alam
4ptg-8mlm
Khamis, 18 Jun
Setapak Danau Kota
4ptg-8mlm
Jumaat, 19 Jun
Puchong Perdana
4ptg-8mlm
Sabtu, 20 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi)
9pagi-12ptg
Ahad, 21 Jun
Kelana Jaya
4ptg-8mlm
Isnin, 22 Jun
Kota Damansara Seksyen 4
4ptg-8mlm
Selasa, 23 Jun
Taman Medan
4ptg-8mlm
Rabu, 24 Jun
Pandan Indah( di hadapan Balai Bomba)
4ptg-8mlm
Khamis, 25 Jun
Stesen LRT Wangsa Maju
4ptg-8mlm
Jumaat, 26 Jun
Taman Cahaya(Ampang)
4ptg-8mlm
Sabtu, 27 Jun
Stadium Shah Alam(Pasar Pagi)
9pagi-12ptg
Ahad, 28 Jun
Seksyen U 19 Sg Buloh
4ptg-8mlm
Isnin, 29 Jun
Taman Melawati
4ptg-8mlm
Selasa, 30 Jun
Pasaraya Ria/Pasar Raya
Econsave Bangi
12ptg-5ptg
Sabtu, 6 Jun
Econsave Balakong
12ptg-5ptg
Ahad, 7 Jun
Sogo KL
11pagi-4ptg
Jumaat, 12 Jun
Giant Batu Caves
12ptg-5ptg
Sabtu, 13 Jun
Giant Stadium Shah Alam
12ptg-5ptg
Ahad, 14 Jun



Jom berkongsi kegembiraan dan beramal bersama Kellogg’s Corn Flakes®!

3 comments:

Nana said...

wow kreatif la
bese buat cornflakes madu je heee

Ainul Mustafa said...

1st time dgr kerepek pedas guna cornflakes. kreatif la

AyuArjuna BiGoshh said...

nana n ainul...cubalah sedap tauu